piao Publish time 9-4-2021 02:58 PM

RESEPI AYAM GORENG KFC, LELAKI INI BERJAYA TIRU SELEPAS 18 BULAN TRY & ERROR

RESEPI AYAM GORENG KFC, LELAKI INI BERJAYA TIRU SELEPAS 18 BULAN TRY & ERROR

https://1.bp.blogspot.com/-314uPDnQLcQ/XpReIXWry8I/AAAAAAAAEkY/N4wH_XEHkM8eREwbziWh8KsAb0LB1KgWgCLcBGAsYHQ/s400/d9aa59148d70ff297f20c881af05ec0f.jpg

Sebut sahaja KFC, pastinya rangkaian makanan segera ini amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, KFC sudah menjadi salah satu kewajipan untuk dinikmati kerana keenakan rempah ratus yang terdapat di dalam perapan ayam gorengnya. Tular awal bulan ini apabila seorang pencinta ayam goreng Dan Fell dari Warwickshire, England berjaya meniru resepi rahsia rempah ayam goreng KFC melalui ciapan di Twitter miliknya.

https://1.bp.blogspot.com/-dflULj9Ni0w/XpRgc-suURI/AAAAAAAAEkk/TDmcHusxXtw_iNdE2DmFpSfMv-DDPS1pgCLcBGAsYHQ/s400/Screenshot%2B2020-04-13%2Bat%2B20.46.38.png

Melalui ciapan tersebut, Dan memberitahu bahawa beliau menghabiskan masa sekurang - kurangnya 18 bulan untuk menghasilkan perapan ayam goreng yang sama seperti KFC.

https://1.bp.blogspot.com/-ecbOukhHTaQ/XpRg_j-ySxI/AAAAAAAAEks/KNwbsT0IcuMoCoQTrCtDMMRnatnkecDzACLcBGAsYHQ/s400/Screenshot%2B2020-04-13%2Bat%2B20.46.48.png

Berikut adalah resepi yang diberikan Dan, mungkin masa PKP ni kita boleh cuba.


RESEPI AYAM GORENG ALA KFC

Bahan - Bahan
Bahan A
5 Cawan Tepung Gandum
5 Sudu Makan Serbuk Paprika
2 Sudu Makan Serbuk Lada Putih
2 Sudu Makan Serbuk Bawang Putih
1 Sudu Makan Garam Saderi (Celery Salt)
1 Sudu Makan Lada Hitam
1/2 Sudu Oregano
1/3 Sudu Makan Garam

Bahan B
Tepung Naik Sendiri (self raising flour)

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua Bahan A menjadi satu bahagian. Kemudian di bekas yang lain masukkan campuran Bahagian A dengan Tepung Naik Sendiri (Nisbah 3 : 1) Cth : 3 sudu campuran Bahan A dengan 1 sudu Tepung Naik Sendiri.
Kemudian masukkan ayam ke dalam bancuhan telur (egg wash) dan balutkan bersama dengan bancuhan tepung tadi.
Goreng ayam selama 5 ke 6 minit pada suhu 162.5 darjah celcius.
Panaskan oven 80 darjah celcius dan bakar ayam sehingga masak.
Akhir sekali goreng semula ayam selama 90 saat sebelum dihidang.


PERHATIAN
Menurut Dan, rasa dan kualiti ayam yang dihasilkan dipengaruhi oleh beberapa faktor.

https://1.bp.blogspot.com/-zjpV3RTV8Z4/XpRnw0tnz1I/AAAAAAAAEk4/wZM1myHgqXw5z0QXadDoybreHSYKNLlPQCLcBGAsYHQ/s400/Screenshot%2B2020-04-13%2Bat%2B21.22.55.png


Sumber : https://www.roycarimakan.com

groundfloor Publish time 10-4-2021 10:27 PM

Tahniah.....

Artemesiaa Publish time 11-4-2021 11:42 AM

Bagus tak lokek resepi

siputpepel Publish time 11-4-2021 01:11 PM

Sempoi!!         

HuoJingJue Publish time 11-4-2021 06:09 PM

letak kapur lagi rangup..hahaha

salmon-suki Publish time 11-4-2021 09:18 PM

Dunno laa..tp setau ai,kepci buat double coating..tp guna air je..sbb abg ai dlu pernah keje kepci..huhu..n ai pernah buat double coating guna air..tp xde laa rse mcm kepci sbb xletak 11 herbs.. just ltk peppers,paprika,cayenne,sikit serbuk perasa,serbuk jintan sikit..serbuk kari sikit n garam...hihihihi...nk sedap,celup butter milk..ai xguna egg wash .guna butter milk lg sedap wehhh..

nuryakmal Publish time 11-4-2021 10:01 PM

Kepci punya fryer pun bukan fryer biasa. Diorang pakai yang heavy duty pressure fryer tu.

tricomonas Publish time 15-4-2021 03:46 PM

Goreng ayam selama 5 ke 6 minit pada suhu 162.5 darjah celcius.
Panaskan oven 80 darjah celcius dan bakar ayam sehingga masak.
Akhir sekali goreng semula ayam selama 90 saat sebelum dihidang.



kena 2 kali masak ke?:dizzy:

Oldbitty1 Publish time 15-4-2021 04:16 PM

Dah tried so many so called kfc recipes including ni, hampeh.... U all Ada kfc recipes lain x? Sharing is caring.

sue_liah Publish time 15-4-2021 04:50 PM

beli je la kalau teringin..bukannya leh mkn selalu mknan bergoreng ni

bakingsoda Publish time 16-4-2021 09:52 AM

kossernya nk buat, beli je kalau kempunan sangat {:fullo

She-Ra Publish time 16-4-2021 10:06 AM

2 lokasi ayam goreng ala ala kay ef see yg lagi sedap dan lazat tapi tak pasti masih beroperasi ke tidak. dh lama tak pergi
1. belakang PWTC
2. food court desa pandan

dedua gerai pakcik makcik yg niaga.. ala2 makpak kita, berniaga jenis tak kedekut tp suka membebel hahhahaaa

Vellfire Publish time 14-2-2022 10:40 PM

Byknya bahan
Nak makan beli jer kfc

Supersirap Publish time 17-2-2022 09:17 PM

Boleh cuba resepi ni, tq TT
Pages: [1]
View full version: RESEPI AYAM GORENG KFC, LELAKI INI BERJAYA TIRU SELEPAS 18 BULAN TRY & ERROR


ADVERTISEMENT