kp5x Publish time 8-4-2021 03:24 PM

"You Kampung Bit*h" - Kenapa Haflin Nazri 'Menyundalkan' Isteri Zahid

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/08/105051z52q5qlbdzpi6g7g.jpg

Kredit foto : NST



Isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz, Datin Seri Haflin sekali lagi mengundang kontroversi apabila memuat naik Instastory yang dipercayai ditujukan kepada isteri Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Let me tell you Karma's a B!#*#, YOU KAMPUNG B!#*#"


"Tak Hadap pun! Laki kau yang jemput! bodoh!"


Begitu antara kandungan yang dimuat naik.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/08/113704ygk5vvkzvkap5ag6.jpg
Kredit foto : mStar




Melalui Instastory tersebut, Haflin menulis mengenai satu insiden dipercayai terjadi di rumah Zahid di mana dia dan suaminya Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan 'Chief' telah dijemput bagi menghadiri satu mesyuarat, namun layanan yang diberikan isteri kepada Presiden UMNO itu seolah-olah kedatangan mereka tidak dialu-alukan.


"Bagaimana perasaan anda semua jika anda telah dijemput oleh presiden parti suami anda ke rumahnya tetapi kami terpaksa menunggu hampir dua jam dan mereka langsung tidak keluar untuk berjumpa dengan kami!"?


"Saya masih boleh ingat lagi 'kesombongan' si isteri yang bertanya dari luar rumah, siapa yang datang dan sandal Chanel di luar rumah itu kepunyaan siapa"


Pengawal peribadi yang menjawab memberitahu ianya milik DS Haflin, isteri Chief. Dan isteri yang 'sombong' tersebut memutuskan untuk tidak masuk dan bertemu dengan kami.


Mungkin terasa dilayan seperti antara dua darjat dan dianggap 'wanita kampung tidak sedar diri', di dalam hantaran sama Haflin kelihatan berusaha untuk membuktikan bahawa dia sedar dari mana asal usulnya.


"Saya sedar dari mana asal usul saya, susah payah, pengorbanan arwah ibu saya, perit jerih beliau membina dan mengusahakan @villadania daripada awal sejak saya berusia 15 tahun lagi dan saya bangga untuk berkata yang keluarga saya tidak pernah menggunakan 'wang kutipan derma' untuk membeli hotel-hotel," katanya.


Haflin sebelum ini juga pernah memuat naik satu hantaran di Instagram melepaskan kemarahan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berkata, ketika dia bekerja di bawah Kementerian Pendidikan dengan TSMY sebagai menterinya, pengusaha wanita sepertinya dibuli oleh TSMY sambil meninggalkan tanda pagar yang lebih kurang sama #karmaisbitch.


Sementara itu Zahid kini berdepan desakan daripada segelintir ahli UMNO termasuk Nazri agar melepaskan jawatan Presiden.- CARI




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/08/114311hkpgo8fhr83orh8p.jpg

Kredit foto: mykmu

mclaren Publish time 8-4-2021 03:29 PM

Mcm mana boleh tak perasan Muhyiddin pernah jadi menteri pendidikan/pelajaran?

kuchenta_81 Publish time 8-4-2021 03:31 PM

Berani kau usik mak kaklong kawasan?
traa taaa taaaaaaaa perang la kejap lagi ni ;P

Orennn Publish time 8-4-2021 03:32 PM

Aku side harlin dom isu ni. Kurang ajar biadap sgt tetamu dtg buat mcm tu, jahatnya hati bini si zahid. Dengki kut haflin muda n chantekkk, dia tu dah tua, makcik2 sgt, muka mcm burung hantu. Sorrybukan nak kutuk tp selayaknya klu buat tetamu mcm tu. Belagak sgt dgn kedudukan laki yg lebih tinggi konon. Tp makcik2 wanita2 umno ni mmg jenis hatibusuk klu retis cantik kawin dgn menteri. Dulu akak tiara yg vogue dorg kutuk dia masa perhimpunan umno. Yg tak busuk hati nmpknya tok siti semah je,mcm ibu2semuaorg suka dia yg retis2 yg muda2 pun nak ambik pika tayang kat socmed.

Haukkan aje haflin bini zahid tu{:1_152:}:lol:

Orennn Publish time 8-4-2021 03:39 PM

Over nak mamposs bini zahid ni, keta2 mewah dia n zahid punya byk, nafsu mcm kak mah jugak cuma dulu dia tak blh menonjol sbb kak mah tak bagi ruang.

Orennn Publish time 8-4-2021 03:42 PM

Haflin juga yg chantekkk n vogue, mak datin tua dengki perangai bangsatttt org dtg buat kurang ajar.

Orennn Publish time 8-4-2021 03:43 PM

team pompuan chantekk n vogue{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:} lol

batmana Publish time 8-4-2021 03:47 PM

Haflin sebelum ini juga pernah memuat naik satu hantaran di Instagram melepaskan kemarahan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berkata, ketika dia bekerja di bawah Kementerian Pendidikan dengan TSMY sebagai menterinya, pengusaha wanita sepertinya dibuli oleh TSMY
yg ni cmne dia dibuli?

bangang btul ckp dibuli, tapi tk cite details..

jofizo Publish time 8-4-2021 03:48 PM

tunggu anak zahid datuk perbarisan bg komen plak nanti....:lol::lol::lol:

dua_chzy Publish time 8-4-2021 03:49 PM

mclaren replied at 8-4-2021 03:29 PM
Mcm mana boleh tak perasan Muhyiddin pernah jadi menteri pendidikan/pelajaran?

Pernah. Gelombang PPPM 3 Fasa, PBD/PBS, PBL, SKPMg, MBMMBI tu, smua idea di zaman dia.

Orennn Publish time 8-4-2021 03:49 PM

jofizo replied at 8-4-2021 03:48 PM
tunggu anak zahid datuk perbarisan bg komen plak nanti....

meriah nantiii:lol:

missyL Publish time 8-4-2021 03:51 PM

I cm caya je cite haflin nie.
Sbb tgok muka makcik tu pn smcm je..
Kening pn cm tatoo..

Walaopn haflin pn lawak org nye.
Tp maybe ni pengalaman hidup die yg benar

opie5662 Publish time 8-4-2021 03:52 PM

Caya sgt la ngan monah meroyan ni... Same je perangai puak2 diorg ni. Taknak sebelah sape2 sbb sume perangai neraka jahanam... Selayaknya la di layan mcm sampah n sorang lagi selayak nye la di maki...padan muka

asamfish Publish time 8-4-2021 03:57 PM

Orennn replied at 8-4-2021 03:32 PM
Aku side harlin dom isu ni. Kurang ajar biadap sgt tetamu dtg buat mcm tu, jahatnya hati bini si zah ...

Tok siti semah laaaagi tak suka minik2 yang bernombor ni tawww
Zaman2 tok siti semah dulu dia mmg tak iktiraf minik2 bernombor di kalangan minik2 menteri nehhhhhh


asamfish Publish time 8-4-2021 03:58 PM

opie5662 replied at 8-4-2021 03:52 PM
Caya sgt la ngan monah meroyan ni... Same je perangai puak2 diorg ni. Taknak sebelah sape2 sbb sume...

hahaha....betoi..betoi...betoi

asamfish Publish time 8-4-2021 03:59 PM

batmana replied at 8-4-2021 03:47 PM
yg ni cmne dia dibuli?

bangang btul ckp dibuli, tapi tk cite details..

Tak dpt tender kot...terus kata dibuli

Belibis Publish time 8-4-2021 03:59 PM

Merempan versi kayangan..

asamfish Publish time 8-4-2021 04:00 PM

Orennn replied at 8-4-2021 03:39 PM
Over nak mamposs bini zahid ni, keta2 mewah dia n zahid punya byk, nafsu mcm kak mah jugak cuma dulu ...

Tapi betoi ka org kata bini pak jahit ni ada madu?

Suchi Publish time 8-4-2021 04:04 PM

opie5662 replied at 8-4-2021 03:52 PM
Caya sgt la ngan monah meroyan ni... Same je perangai puak2 diorg ni. Taknak sebelah sape2 sbb sume...

Betul tu
Koser nak sokom memana sebab semua hauk to the max:mad:

natrahn Publish time 8-4-2021 04:08 PM

mclaren replied at 8-4-2021 03:29 PM
Mcm mana boleh tak perasan Muhyiddin pernah jadi menteri pendidikan/pelajaran?

pernah....tahun 2009-2015
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: "You Kampung Bit*h" - Kenapa Haflin Nazri 'Menyundalkan' Isteri Zahid


ADVERTISEMENT