Raline Publish time 7-4-2021 12:36 PM

Keberkesanan Parasetamol terhad

Keberkesanan Parasetamol terhad


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/04/paracetamol.jpg
Pakar telah memberi amaran bahawa parasetamol tidak boleh diresapkan untuk sakit belakang. - Getty

SYDNEY – Kebanyakan orang ada mengambil ubat parasetamol pada suatu masa sama ada untuk melegakan sakit kepala atau sakit belakang.

Bagaimanapun, sekumpulan penyelidik mendedahkan bahawa ubat tersebut hanya berkesan sama seperti pil plasebo untuk merawat penyakit biasa dan demam, demikian lapor akhbar The Sun kelmarin.

Plasebo merujuk kepada ubat atau rawatan yang kelihatan seperti asli tetapi tidak mengandungi bahan aktif atau sebenarnya tidak berkesan untuk merawat sesuatu penyakit.

Pakar-pakar memberi nasihat supaya ubat paracetamol tidak digunakan untuk menghilangkan sakit belakang.

Sekumpulan pakar di Australia mendapati ubat tahan sakit paling biasa didapati itu amat tidak berkesan apabila diambil untuk melegakan sakit belakang akut.

Menulis dalam penerbitan Medical Journal of Australia, kumpulan penyelidik berpusat di Universiti Sydney itu berkata, parasetamol berupaya memberi kelegaan kepada segelintir simptom kesakitan sahaja.

“Di sebalik penggunaan parasetamol yang meluas, keberkesanan ubat tersebut dalam melegakan kesakitan terbukti dalam hanya segelintir situasi manakala manfaatnya adalah sederhana.

“Bukti menunjukkan paracetamol ( biasanya 0.5 hingga 1 gram) , dos tunggal atau berbilang, didapati lebih berkesan berbanding ubat plasebo dalam melegakan rasa sakit hanya untuk 44 keadaan kesakitan yang telah diuji” kata kumpulan penyelidik tersebut.

Mereka mengkaji kesan parasetamol berbanding ubat plasebo membabitkan 50 kesakitan biasa.

Daripada 50 keadaan kesakitan biasa tersebut, mereka mendapati osteoarthritis lutut dan pinggul, sakit kepala, kraniotomi (apabila tulang tengkorak dibuang ) dan sakit perineal selepas bersalin dapat dilegakan menggunakan ubat tersebut.

Parasetamol jarang mengakibatkan kesan sampingan apabila diambil dengan dos yang betul.

Pakar-pakar tersebut menyatakan bahawa penemuan itu ‘tidak mencukupi’ untuk mengesahkan sama ada paracetamol berupaya membantu melegakan kesakitan biasa yang lain.

Ini termasuk kesakitan akibat prosedur gigi, jangkitan telinga kanak-kanak, sakit belakang, sakit perut, demam, sakit kepala dan kesakitan pasca pembedahan.

Penulis kajian, Dr Christina Abdel Shaheed berkata, parasetamol adalah lebih berkesan untuk sakit kepala berbanding ubat plasebo lain.

“Bagaimanapun, untuk keadaan lain kami kekurangan bukti untuk membuat kenyataan kukuh mengenai keberkesanan parasetamol,” katanya.

Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) menyatakan bahawa parasetamol boleh digunakan untuk merawat kesakitan di samping mengurangkan suhu badan tinggi.

Bagaimanapun, penulis-penulis kajian tersebut mencadangkan supaya doktor tidak memberikan ubat tahan sakit itu untuk melegakan sakit belakang

Ini kerana kajian terbaharu jelas menunjukkan parasetamol tidak berkesan menghilangkan rasa sakit itu dan trend memakan ubat tersebut tanpa kesan positif perlu dihentikan. – Agensi

Sumber : https://www.kosmo.com.my

seribulan Publish time 9-4-2021 02:06 PM

Jarang sakit...jarang guna ubat-ubat...{:thumbo thanks info...

ipes2 Publish time 10-4-2021 11:57 PM

paracetamol sgt berguna utk turunkan temperature ie ianya anti-pyrexia agent yang tiada taranya
cuga, paracetamol dpt turunkan byk jenis sakit2 yg mild to moderate.
byk jenis sakit ia hilangkan
yg utama tentang sakit belakang, walaupun ia tidak mampu hilangkan sakit itu, namun ianya:
1) menurunkannya.. dan ''menurunkan'' ini sgt berguna kepada ramai org kerana rami org boleh function dgn biasa sahaja jika ada sedikit sakit disana, sini, belakang, leher, tgn, sendi etc
2) bila paracetamol dicombine dgn painkillers lain, sakit belakang yang teruk pun mampu dikurangkan

:
..masih belum boleh

seribulan Publish time 11-4-2021 10:21 AM

ipes2 replied at 10-4-2021 10:57 PM
paracetamol sgt berguna utk turunkan temperature ie ianya anti-pyrexia agent yang tiada taranya
cug ...

Good info...masih problem letak gambo ye {:1_141:}



Scheherazade Publish time 12-4-2021 01:31 PM

My back pain ni klu paracetamol mmg x jln. Agaknya dah ambik yg lebih berat kot
Pages: [1]
View full version: Keberkesanan Parasetamol terhad


ADVERTISEMENT