queenraveena Publish time 7-4-2021 09:28 AM

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA LAKONAN UQASHA SENROSE,SHUKRI YAHAYA & MARSHA MILAN

JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
EPISOD : 40
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Fizo Omar sebagai Aidil
Norreen Iman sebagai Qistina
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izzudin
Rahim Jailani sebagai Dato Halim
Khaty Azean sebagai Datin Khadijah
Khairil Anwar Aman sebagai Dato Raqib
Noorkhiriah sebagai Kak Munah
Aleza Shadan sebagai Kak Esah
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Farouk Hussain sebagai Kader Salimm
Farah Nadia sebagai Fatin
Farez Ridzwan sebagai Agil
Fareez Fauzi sebagai Malik
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jah Kelip
Fiza Thomas sebagai Sally
Munira Iwan sebagai Azminda
Mak Wan Latah sebagai Mak Cik Bibah
Silfeny Osman sebagai Anis
Puteri Rafasya sebagai Mah

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.


Kredit: myinfotaip.com

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:29 AM

bTDyfJ7xprA

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:29 AM

b-N8sANmflI

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:30 AM

C6vpzr06h4o

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:31 AM

n1peDEiiycY

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:33 AM

OST DRAMA
R1A9Kwmgp7k

p0Mm8V1SFf8

queenraveena Publish time 7-4-2021 09:44 AM

https://www.facebook.com/watch/?v=3523142424464571

Ashna21 Publish time 7-4-2021 05:39 PM

Ada pun benang cerita ini... Kenapa sara ni dendam sangat2 dengan nazril
Pasal nazril ceramah dia je ke
Rambut singa tu

malaygirl Publish time 7-4-2021 10:18 PM

Alamak kenapa heroin dia Uqasha? Hero tu Shukri Yahya dah ok dah. Tp heroin macam xsesuai je hahahaha

queenraveena Publish time 7-4-2021 10:45 PM

Ashna21 replied at 7-4-2021 05:39 PM
Ada pun benang cerita ini... Kenapa sara ni dendam sangat2 dengan nazril
Pasal nazril ceramah dia j ...

Kalau tak silap dia dendam sbb nazril ceramah dia waktu accident tu..yg kedua masa naz nak bagi surat aidil dekat sarah...lagi pulak musuh sarah cabar dia untuk mengorat nazril sampai nazril nak kahwin dengan dia..tu yang dia nekad sangat tu

queenraveena Publish time 7-4-2021 10:47 PM

malaygirl replied at 7-4-2021 10:18 PM
Alamak kenapa heroin dia Uqasha? Hero tu Shukri Yahya dah ok dah. Tp heroin macam xsesuai je hahahah ...

At first memang sy pun tak minat dengan uqasha..tapi bila perhatikan balik, lakonan dia pun ada improvement dan sy rasa watak sarah ni sesuai juga dgn dia

AyaqMeloSuam Publish time 7-4-2021 10:47 PM

Aku suka klu uqha ni berisi sikit. Bg mata aku la. Dia mmg cantik dah. Sweet2 ja..

Ashna21 Publish time 7-4-2021 11:07 PM

queenraveena replied at 7-4-2021 10:45 PM
Kalau tak silap dia dendam sbb nazril ceramah dia waktu accident tu..yg kedua masa naz nak bagi su ...

Mcm bengang dgn nazril nie lh

Ustad kn asyik ceramah jer

babycc Publish time 8-4-2021 12:03 AM

malaygirl replied at 7-4-2021 10:18 PM
Alamak kenapa heroin dia Uqasha? Hero tu Shukri Yahya dah ok dah. Tp heroin macam xsesuai je hahahah ...

Kan?? Aku pon x minat US.. tgk cite ni sbb SY je

babycc Publish time 8-4-2021 12:03 AM

Penat sikit la tgk cite ni.. 1 episod utk cerita 1 hari.. detail sgt..

Perawankota Publish time 8-4-2021 04:44 AM

Finally ada pon yg up..
Kamal x marah ke shukri pegang2 uqasha tu

Aikiko Publish time 8-4-2021 07:30 AM

Si uqa ni penah dok tanpa secalit mekap or less mekap
Ni semedang je penuh muka berinci-inci foundation
Masa majlis tu pun gitu, cubalah lesskan or no mekap, mekap
Nak tgok kulit tu betul2 licin dok
Tapi lam citer nie ada gak sebutir 2 kat muka tukan idokler peloles sgat

fahima80 Publish time 8-4-2021 09:43 AM

Perawankota replied at 8-4-2021 04:44 AM
Finally ada pon yg up..
Kamal x marah ke shukri pegang2 uqasha tu

Kan, over jugak dipegang2 tu. Uqasha pun ada masa nampak macam x selesa

queenraveena Publish time 8-4-2021 12:50 PM

fahima80 replied at 8-4-2021 09:43 AM
Kan, over jugak dipegang2 tu. Uqasha pun ada masa nampak macam x selesa

Shukri kan..paham2 jak la;P uqasha tu pun dah nak bernikah dengan kamal tak lama lagi..

queenraveena Publish time 8-4-2021 12:55 PM

AyaqMeloSuam replied at 7-4-2021 10:47 PM
Aku suka klu uqha ni berisi sikit. Bg mata aku la. Dia mmg cantik dah. Sweet2 ja..

Uqasha ni walaupun cengkung, kalau pakai tudung nampak cantik sangat :$
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: RINDU AWAK SEPARUH NYAWA LAKONAN UQASHA SENROSE,SHUKRI YAHAYA & MARSHA MILAN


ADVERTISEMENT