piao Publish time 5-4-2021 07:07 AM

'James Bond' nak turun padang promosi filem

'James Bond' nak turun padang promosi filem

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jamesbondada1_1617525243.jpg
DANIEL Craig


London: Pelakon Daniel Craig, 53, merancang mahu turun padang mempromosikan sendiri sekuel James Bond lakonan terakhirnya, No Time To Die yang bakal ditayangan pada September nanti.

Craig memilih untuk menghadiri acara tayangan perdana filem itu berbanding melakukan sesi promosi menerusi talian seperti di Zoom sebagaimana dilakukan kebanyakan artis sekarang.

Setakat ini, dia merancang untuk berbuat demikian di beberapa lokasi termasuk London, wilayah Eropah yang lain serta di Amerika Syarikat (AS).

Menurut satu sumber, penerbit No Time To Die berhajat melakukan promosi secara besar-besaran supaya tiket wayang filem terbabit terjual sebagaimana sebelum ini.

"Meskipun berdepan kerugian akibat tayangannya ditunda dua kali, mereka percaya ada cara tertentu untuk pastikan jualan tiketnya mencapai angka bilion.

yHafN0M2kl0

"Antaranya mendekati sendiri orang ramai dan tampil di khalayak adalah faktor penting. Daniel peka terhadapnya dan sedia berbuat demikian asalkan tahap keselamatan dijaga rapi," katanya.

Terdahulu, sekuel berkenaan ditunda beberapa kali disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan. Tayangan asal filem itu sepatutnya dijadualkan pada April tahun lalu.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

soslaili Publish time 5-4-2021 07:42 AM

cepatlah... tak sabar tunggu lama dah ni.

piao Publish time 5-4-2021 05:44 PM

soslaili replied at 5-4-2021 07:42 AM
cepatlah... tak sabar tunggu lama dah ni.

x sabr tgu mortal kombat... bertahun2 sudah ;P
Pages: [1]
View full version: 'James Bond' nak turun padang promosi filem


ADVERTISEMENT