30 Minit Je? Ini Resepi Mudah Nak Buat Sambal Hitam Belimbing Buluh
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/232835syyi45ids7il1lmb.pngKecur air liut bila sebut sambal hitam belimbing buluh.
Bercakap mengenai sambal hitam, pasti ramai yang terbayang betapa rumitnya untuk menyediakannya. Akan tetapi, anda sebenarnya boleh menyiapkan sambal itu dalam tempoh 30 minit sahaja.
Menerusi perkongsian Habib Izzah di Facebook, dia menunjukkan resepi mudah untuk membuat sambal belimbing buluh itu.
Jom tengok resepi yang dikongsikan di bawah ini.
Bahan-bahan:
[*]Cili api
[*]Cili besar
[*]Belimbing
[*]Bawang besar
[*]Ikan bilis
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/230434pvqrg22fvxaqqnqv.png
Cara-caranya:
1. Kisar kasar ikan bilis dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tersebut sehingga agak kekeringan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/231525dbnibzrue44gtsqd.png
2. Kisar cili api, cili besar bersama belimbing buluh.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/231756c1or54e66e1j6x5z.png
3. Kacau rata sehingga kering dan masukkan garam secukup rasa.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/231953x0sg61zii1b3dv31.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/02/232128pziqfdi3bezihr8r.jpg
4. Sedia untuk dihidangkan.
Nikmatnya jika dapat makan dengan hidangan lauk kampung yang enak, ditambah pula jika gaul dengan nasi yang baru masak. Selamat mencuba. - CARI
Kecur air liur tgk :drool3: Aroma sambal ni sangat bikin terangkat :drool3: Boleh la buat utk lauk bulan ramadhon ni..{:teatime{:teatime Walaupon org kata ni sambal org pahang... Sampai sekarang tak pernah rasa Wowwww. Thanks tt bagi reaepi yg express. I selalu berangan nak try buat samabal hitam ni. I xtaw knp viral.. xsedap pun i rasa..
Pedas pun tak.. lattehazelnut: I xtaw knp viral.. xsedap pun i rasa..Pedas pun tak..
Cili jenis tak pedas kot. Kena cr cili api kecik2 tu baru pedas. Kalau rasa x kena tekak, U boleh try juga tak payah letak belimbing. Tapi add ikan bilis lagi,belacan skit, gula garam. Blend mcm resipi tu. Goreng sampai kering. Sedap juga. Sedapnya.. Tp biasa rebus dulu belimbing tu.. Ni express.. Blh try ni Nasib2 jgk kalau beli dapat yg kurang umphh. Tapi kalau dapat yg umphh memang best, dengan pedasnya, masam2..seimbang rasa. Makan dengan nasik panas, goreng telur dadar pn sedap amat, silap2 bertambah nasik. Utk bln pose sesuai sgt la buat lauk sahur. Ok nk pi oder kt sopee Wow boleh cuba ni X penah try tp nmpk sedap.. Sedapnyaaa..ikan bilis kena lebih..makan dgn nasi panas2..tambah teloq mata sebijik..3 pinggan boleh pi setakat ni xpernah lg jumpa yang x sedap sambal hitam ni..sedapnyaaa makan dgn nasi panas2 gitu je mau 2 pinggan wow sedap ni. kalau makan time sahur, boleh pergi dua pinggan nihh ! :lol: Tq share resepi ni Tak pernah makan, yg resepi ni tapi kalau belimbing Yang masak lemak Tu pernah la Rasanya, macam susah jer nak Cari buah believing ni
Pages:
[1]