bianglala Publish time 1-4-2021 03:22 PM

Hobi Memasak. Saya Selalu Masak... Paling Hebat Masak...

Tak kira lelaki atau perempuan yang minat memasak, kebiasaannya ada satu dua 'speciality dish'. Masakan yang selalu famili atau kawan-kawan request suruh masak.

Jadi, apakah kepakaran anda? Buat kuih atau masak lauk pauk kampung?

Masak hanya sekadar hobi dan terapi, atau jadi pendapatan sampingan? Ambil tempahan untuk sebarang majlis, misalannya?


Kongsikan.






akuchenta Publish time 1-4-2021 03:26 PM

Tak pandai sgt masak. Baru belajar memasak. Tapi selalu masak lauk feveret anak
1. Ayam masak kicap
2. Sotong goreng tepung
3. Mix vege
4. Mee goreng mamak

akuchenta Publish time 1-4-2021 03:28 PM

Kuih muih & kek, cookies mmg langsung tak reti buat. Huhu

Mungkin nanti belajar. Anak2 pun suka makan cookies

malaygirl Publish time 1-4-2021 03:34 PM

Suka masak masakan Melayu sebab memang favorite masakan Melayu. Macam gulai lemak, gulai tempoyak, singgang etc. Tak pernah jadikan sebagai pendapatan pun. Lebih kepada memasak untuk perut keluarga dan kepuasan bila tengok diorang enjoy dengan masakan tu

Lengkong Publish time 1-4-2021 03:35 PM

Edited by Lengkong at 1-4-2021 03:37 PM

Boleh masak yang biasa2 je..
1. marble,cake cheese 3 bahan,cake batik
2. Biskut raya..tart nenas, mazola, biskut gajus (biskut lama2...:lol:) tahun ni nak cuba buat biskut arab
3. Lauk masak kampung je..selalu masak kari..ikan atau daging.
4. Paling suka buat pengat pisang, bubur roti dan bubur caca

Masak untukfamily dan ada bagi kawan2 sikit

Lengkong Publish time 1-4-2021 03:39 PM

thread ni memang best..harap mod boleh buka thread menu buka puasa dan sahur...tq mod bagi tacang banyak

Normabaru Publish time 1-4-2021 03:51 PM

Hobi kaka dulu suka masak. Now dah x..pass kat maid;P

suka masak savoury rather than sweet

Paling fav masak noodles mcm laksa,mee kari, spaghetti,ckt dan bihun

Hehehehe



bunga_durian9 Publish time 1-4-2021 03:56 PM

Nak kata pandai masak tu.. tidak la.. tapi suka jugak memasak. Suka mencuba masak lauk2 atau apa saja kecuali kuih muih mmg xpandai..;P

paiayam Publish time 1-4-2021 04:19 PM

Boleh memasak tapi idokler terer bebenau. Antara dishes ialah:

Bihun goreng tanpa segala sos, bihun goreng bubuh segala sos
Mee goreng
Nasik goreng
Laksa utara

Pasta -marinara, carbonara,

Habuan kunyah2- tauhu bergedil, bergedil, cucur2 homemade nuggets

Lauk pauk-masak lemak, kari., asam pedas, goreng kunyit, masak hitam, sup, masak asam

Biskut - choc chip, almond butterscotch

Kek- moist buttercake (campur dua jenis butter-hasilnya wallah!), pernah buat red velvet sekali je, keknya jd berminyak haha, tp sedap lah cuma failed tang tekstur.

Kuih melayu - popia, nona manis, samosa, tepung talam. Nt nk belajar buat kuih melayu asli.

And nak belajaq buat kulit pastri from scratch

Gomea Publish time 1-4-2021 04:53 PM

Masak tu reti je. Sedap tu bergantung pada tekak orang yg makan tu lah. Janji setiap kali makanan habis, kira sedaplah tu

Catpaw Publish time 1-4-2021 05:16 PM

Masak weekend, hari kerja masak yang ringkas2 je, tak sempat nak masak beria.

Idgaf Publish time 1-4-2021 05:18 PM

Hari hari pon masak untuk makan family. Dulu2 awal kawen selalu jugak buat western. Tiba2 bila da menua ni rasa macam xkenyang la. So hari2 lunch masakan melayu. Dinner je bole western mcm pasta ke sandwich ke. Kalau baking tu every weekend topap kek for the week. Lepas mkn nasik kene mkn dessert hahah

wak_pijah Publish time 1-4-2021 06:50 PM

Tak reti masak lauk, sbb fail adjust rasa melainkan ada specific measurement.

Baking je reti sikit2 sbb ada measurement tepat yg guna gram. Guna cawan kalu, hancuss. Sedehhh :(

Jitu Publish time 1-4-2021 07:07 PM

tak pandai memasak ;P tp setakat goreng ayam, ikan, sayur dgn masak nasi bolehlah

anakkerengga Publish time 1-4-2021 07:10 PM

Sy suka masak lauk pauk dan mknn bergoreng.. yg penting suami dan keluarga suka masakan sy

cendawancute Publish time 1-4-2021 07:27 PM

Suka masak dan try resepi baru.tak kisah masakan kampung atau barat dan kuih juga kek.cuma tu la tak rajin makan kek.kalau buat memang bagi kat orang

isseliparjepun Publish time 1-4-2021 07:31 PM

Nak kata pakar tidaklah, tapi I suka buat kek lapis dan butter cake. Join macam macam kelas and yet, setiap kelas tu akan ada perbezaan resepi. Kalau dekat office I akan ambil bahagian dessert untuk potluck party. Colleagues punya favourite ialah victoria sandwich dengan pecan cheese brownies. Kalau savoury, masih belajar lagi. Tak berapa pandai. Kadang kadang jadi, kadang kadang failed miserably.

sarah82 Publish time 1-4-2021 07:34 PM

Yg iols tau masak

- laksa kedah versi biasa dan tumis
- laksam kuah versi kedah
- laksa lemak siam
- mee,bihun dan kuetiew goreng
- mee kari versi penang dan biasa
- bihun goreng singapore
- bihun goreng tomyam
- kuetiew kungfu tomyam
- nasi goreng kampung
- nasi goreng campak2
- nasi ayam
- gulai ikan,daging dan ayam
- rendang ayam dan daging
- sup daging dan tulang versi Melayu dan siam
- sup ayam versi Melayu dan cina
- abc soup
- sup tauhu jepun dan ayam
- stir fry vegie
- sup telur versi cina dan melayu
- egg congee
- kanji @ bubur lambak versi kedah
- sambal ikan bilis
- sambal sotong kering dan udang
- sambal belacan
- kangkung goreng belacan
- kailan ikan masin
- kailan sos tiram
- unbaked cheesecake
- apam cornetto
- buah melaka (yg makan buah melaka iols selalu ckp buah melaka iols mmg sedap)
- cara manis dan cara berlauk
- popia sardin
- sardinroll
- masak asam ikan kering,sardin dan ikan termenung
- masak lemak fucuk dgn telur
- masak lemak cili padi ikan tenggiri/ikan tongkol
- daging goreng kicap dan kunyit
- ayam goreng kunyit versi kedai pattani
- telur bistik dan telur bungkus
- tomyam biasa dan poktek
- tauhu begedil

kaoru44 Publish time 1-4-2021 07:35 PM

sarah82 replied at 1-4-2021 07:34 PM
Yg iols tau masak

- laksa kedah versi biasa dan tumis


Wow..{:childlikeo

AyaqMeloSuam Publish time 1-4-2021 07:36 PM

Sy suka memasak tp dok rajin nk ngemas .. wahhhahaa..
Apa sja fmily nk makan sy masakkn.. kkdg tu mkn kt luaq x kena tekak sy.. so bhempas pulas masak bg kena tekak..
Srkg suka msk masakan kpg2.. wlpn dbesarkn di utara . Now menetap KL.. alhmdllh blh masak semua jenis masakan icon negeri.. kcuali sabah srawak.. x la sesedap chef tp kena dgn tekak sdri & fam jah....
Skrg tgk dok belek resepi Biryani Tuna.. haiishhh.. tringin nk buat la plk..
Tp satni mlm nk kna masak 8kg sambal badjak.. ioollss jual tu kecil2an.. syok2 buat.. kwn2 ode.Pastu iioolls jugak kluarkn spices sdrik.. syok2 buat jua..
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Hobi Memasak. Saya Selalu Masak... Paling Hebat Masak...


ADVERTISEMENT