Raline Publish time 1-4-2021 11:06 AM

FILEM SERAM - SALINA

Edited by eddlisa_uyuk at 5-4-2021 09:20 AM

Kekuatan, kelompongan ‘seram’ Salina

MELIHAT industri perfileman, khususnya karya tanah air perlahan-lahan kembali ‘bernafas’ selepas setahun terhimpit permasalahan Covid-19 sebenarnya satu hal yang amat melegakan.

Antara naskhah tempatan terawal yang telah pun menjengah pawagam ialah sentuhan sutradara Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin berjudul Salina. Filem tersebut mula ditayangkan bermula 25 Mac lalu.

Adakah Salina berbaloi untuk ditonton? Itu satu persoalan yang bersifat subjektif.

Apa yang menarik tumpuan penulis tentang Salina ialah dua aspek penting teknikal dalam seni perfileman atau pengarahan iaitu skor bunyi dan sinematografi.

Memandangkan karya tersebut merupakan satu ‘buah tangan’ seram Raja Mukhriz, dua elemen tersebut sangat penting untuk memastikan perhatian audiens tidak berbelah-bahagi sewaktu menonton.

Sebuah filem seram yang baik akan berjaya membuatkan emosi penonton ‘terbawa’ dengan apa yang dipancarkan di layar panggung. Jika entiti seram yang dicernakan terasa seperti berada sama ada di kiri, kanan, depan atau belakang kita sewaktu menonton, itu petanda yang baik. Sayangnya, Salina seperti tidak konsisten dalam aspek tersebut.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/03/sal1-1024x736.jpg
TIDAK hanya seram kosong, Salina cuma diisi dengan isu penyakit mental dan pemerdagangan kanak-kanak sebagai penguat jalan cerita.
Sinematografi, bunyi

Semestinya, aspek tersebut dibantu dan diangkat dengan kualiti skor muzik yang baik serta sinematografi dalam filem terbabit.

Penulis suka dengan keputusan produksi Salina membawa perhatian penonton pergi ‘bercuti’ ke kawasan tersembunyi yang penuh dengan kehijauan pepohon, ketenangan air tasik dan semuanya tentang alam semula jadi. Itu bahagian yang boleh dipuji tentang Salina

Jika inginkan sebuah filem seram yang benar-benar menyeramkan, ada perkara lain yang harus diutamakan produksi Malaysia.

Ada juga beberapa kelemahan yang mungkin boleh diperbaiki. Ini bukan untuk menjatuhkan tetapi lebih kepada ingin melihat industri filem Malaysia terus meroket dan berkembang.

Kalau tidak seperti Hollywood atau Korea Selatan pun, berjalan seiring dengan kebanyakan filem negara jiran seperti Indonesia.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/03/sal2.jpg
KANAK-KANAK menjadi subjek penting yang cuba dikupas oleh Raja Mukhriz dalam Salina.

Naratif

Jalan cerita dan perkembangan karakter juga dua aspek yang sangat penting dalam merealisasikan sebuah filem di layar perak. Dua aspek itu kurang diterjemahkan dengan baik dalam Salina.

Salina bermula dengan agak baik apabila watak Marina yang dilakonkan oleh Alicia Amin menderaskan adrenalin penonton dengan babak mencemaskan bersama tiga orang budak kecil. Dia memberikan ‘mood’ yang menjadi memandangkan Salina ialah debutnya dalam bidang perfileman.

Barangkali, satu perkara yang penulis tidak bersetuju dengan pilihan produksi adalah rambut palsu ‘kejung’ yang dipakainya hanya untuk menjayakan watak seorang ibu.

Deskripsi di kenyataan media tertulis ‘Marina seorang ibu tunggal yang tidak percayakan perkara karut’.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/03/IMG_6034.jpg
KEMUNCULAN model sensasi, Alicia Amin dalam Salina tidak mengecewakan biarpun sekadar menjayakan watak tempelan.

Alicia menyerlah

Justeru, dia tidak perlukan rambut palsu untuk menampakkan sisi keibuannya.

Namun, Alicia berjaya menjalankan peranannya dengan baik walaupun Salina menjadi pengalaman pertamanya di panggung besar. Tambahan pula, dia hanya watak ‘tempelan’. Sebenarnya, Alicia layak untuk diberikan lebih banyak adegan.

Menyentung soal naratif, ada perbezaan antara karya yang membuatkan penonton ‘berfikir’ dan karya yang membuatkan kita ‘sesat’ dengan kekeliruan yang ingin disampaikan. Salina termasuk dalam kategori yang kedua.

Kimia Pekin, Mona

Terlalu banyak perkara ingin disumbat termasuk elemen seramnya, isu kesihatan mental dan pemerdagangan kanak-kanak sehingganya perhatian penulis pada hujung filem menjadi tepu.

Cetusan kimia antara pemain utamanya, Pekin dan Mona Allen pula bagaimana? Mereka suami dan isteri dalam kehidupan realiti, namun dalam filem, penulis secara peribadi kurang yakin percaya dengan hal tersebut.

Pekin seorang pelakon yang kaya dengan ‘adlips’, penulis percaya, dia juga seorang yang selamba, namun berbeza dengan Mona. Banyak ruang lain yang boleh diperbaiki dari segi dialog, pemainanan emosi. Sama ada mereka juga bergelar suami isteri saat filem berkenaan dibikin, itu tidak pasti,

Apapun, sama ada penonton suka atau tidak dengan garapan seram Raja Mukhriz, penerimaannya tergantung kepada pilihan masing-masing.

Selamat menonton dan jangan dilupa tentang kepentingan pemakaian pelitup muka sewaktu ke pawagam.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/03/IMG_8726-1024x683.jpg
MONA ALLEN buat pertama kali muncul di layar perak sebagai heroin filem seram bertajuk Salina.



Sumber :https://www.kosmo.com.my

Annaquinn009 Publish time 11-4-2021 11:14 PM

i ingatkan movie ni adaptasi dr novel salina karya a samad said

buragazz Publish time 5-5-2021 10:02 AM

Klu aku tak bukak benang ni aku pun tak tau ada filem ni...
Pages: [1]
View full version: FILEM SERAM - SALINA


ADVERTISEMENT