Raline Publish time 30-3-2021 09:01 PM

Video gadis minta ‘Zulhilmi’ pulangkan semula Tupperware bikin berdekah

Video gadis minta ‘Zulhilmi’ pulangkan semula Tupperware bikin berdekah

https://twitter.com/i/status/1376469658442768384

Mangkuk dan bekas Tupperware adalah salah satu harta benda wanita yang tidak boleh dibawa main. Sesiapa yang meminjamnya baik rakan-rakan mahupun ahli keluarga sendiri haruslah memulangkannya jika mereka tidak ingin dileteri atau tidak mahu perkara itu diungkit sehingga berzaman-zaman.

Sebuah video yang tular baru-baru ini contohnya menunjukkan seorang wanita meminta seorang lelaki bernama Zulhilmi untuk memulangkan semula bekas Tupperwarenya.

Menurut pengguna TikTok atas nama Insyiright itu, lelaki tersebut membawa mangkuk Tupperware miliknya bersama sudu dan garfu ke tingkat 4, membuat dia marah.

Perkongsian video dari wanita berkenaan membuat ramai yang terhibur dan keliru siapakah Zulhilmi, tetapi rupa-rupanya dia hanya membuat parodi untuk video dari seorang pelajar.

Dalam video asal, seorang pelajar lelaki terpaksa membuat video kerana rakan serumahnya tidak memulangkan mangkuk Tupperware yang dipinjam.

Dalam video tersebut, pelajar berkenaan berkata dia mempunyai mangkuk Tupperware berwarna ungu dan terpaksa menyebut nama rakannya itu iaitu Zulhilmi.

Pelajar tersebut mengadu bahawa rakannya itu membawa mangkuk, sudu, garfu, dan Magginya ke parcel 5 dan tidak memulangkan semula kepadanya sehingga membuatkan dia hilang sabar.

Perkongsian video yang tular membuat ramai geli hati dan meminta individu bernama ‘Zulhilmi’ untuk memulangkan mangkuk Tupperware yang dia telah rembat.

“kau buat hal…”

https://pbs.twimg.com/ext_tw_video_thumb/1376488950664024076/pu/img/8kbZnyp3O4zEMCZ_.jpg

https://twitter.com/i/status/1376489032645931015



SUMBER
TWITTER

makneng Publish time 30-3-2021 09:51 PM

Mak gagal utk ketawa.. Sekian

whimsygirl Publish time 30-3-2021 11:07 PM

Dun mess with Tupperware kaedahnya :lol:

Emangnya kalau nak viral kena sebut Tupperware eh? Kalau story pasal bekas plastik brand lain, tak dapat sambutan?;P

Tupperware mak hilang, pecah, cair kena bakar, etc:lol::lol::lol:

swimswim Publish time 30-3-2021 11:11 PM

Ceni leh terhibur ke. Mende. Akak gagal memahaminya

sarah82 Publish time 30-3-2021 11:11 PM

Tupperware aku hilang.. Aku lantakkan saja.. Beli baru.. X faham dgn org yg over sgt dgn sesuatu brand.

Kurex Publish time 30-3-2021 11:33 PM

Ironinya aku tak terhibur, berdekah, atau tersenyum

ciksaenara Publish time 31-3-2021 12:45 PM

krik krik krik :bye:

rezaremy Publish time 31-3-2021 05:43 PM

:bye::bye::bye:

komotthecat Publish time 31-3-2021 10:42 PM

kebanyakan pinggan mangkuk mug kat rumah komot kucing pecahkan. dorang boleh tolak bekas kaca yang berat kat atas meja.

Cocoais Publish time 1-4-2021 01:29 AM

Produk kebanggaan mak mak

siputpepel Publish time 4-4-2021 12:44 PM

kau jangan, tupperware tu tak boleh dibuat main. selagi tak ganti, 20 tahun akan datang pun dia ingat lagi tau :lol:

Teatumpahh Publish time 10-6-2021 01:05 AM

hahahaha kelakar lah tu

Kadbaru Publish time 21-10-2021 07:07 PM

Tupperware kesayangan mak2
Pages: [1]
View full version: Video gadis minta ‘Zulhilmi’ pulangkan semula Tupperware bikin berdekah


ADVERTISEMENT