Raline Publish time 29-3-2021 11:57 AM

Tayar basikal pintar tanpa angin dicipta

Tayar basikal pintar tanpa angin dicipta

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/03/280321-tayar-METL.jpg
Tayar METL direka untuk suhu melampau dan persekitaran planet seperti Marikh. - SMART Tire Company/Oddity Central


NEW YORK – Sebuah syarikat pembuat tayar telah bekerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk menghasilkan tayar basikal aloi angkasa lepas pertama di dunia untuk dipasarkan ke pasaran runcit, lapor laman berita Oddity Central.

SMART Tire Company dalam pengumumannya baru-baru ini berkata, tayar basikal tanpa udara berinovasi itu bakal dibangunkan dan diuji oleh NASA untuk misi Mars Rover pada masa akan datang.

Digelar METL, tayar canggih itu diperbuat daripada logam memori pintar yang tidak meregang, menyusun semula struktur molekulnya ketika dibengkok dan berupaya kembali ke bentuk asal dalam kadar segera.

Menurut satu kenyataan daripada NASA, wayar dianyam dengan teliti untuk menghasilkan struktur tayar tanpa udara yang mempunyai kebolehan melentur di atas permukaan, tidak seperti tayar basikal biasa.

“Bahan aloi memori bentuk (SMA) pula bertindak sebagai penyerap kejutan serta dapat melintasi kawasan berbatu dengan mudah tanpa merosakkan tayar,” ujar kenyataan itu.

Secara teknikal, tayar pintar METL adalah sebuah rim dengan bahagian luar diperbuat daripada bahan elastik berteknologi tinggi digelar NiTinol+, yang membentuk mengikut keadaan jalan serta kembali semula ke bentuk asal dengan pantas.

Ia mempunyai tahap kelenturan seperti getah namun memiliki kekuatan titanium dan memberi kelebihan kepada pengguna untuk tidak lagi perlu menukar tayar basikal selama-lamanya.

Proses pembuatan tayar METL melibatkan proses memanaskan roda ke suhu melebihi 500 darjah Celcius dan direka khas untuk suhu melampau dan persekitaran planet seperti Marikh.
Tayar tersebut dijangka memasuki pasaran pada tahun depan namun anggaran harga masih belum didedahkan. – Agensi


Pages: [1]
View full version: Tayar basikal pintar tanpa angin dicipta


ADVERTISEMENT