Begini Cara Keluarkan Getah Untuk Hilangkan Pahit, Rasa Timun Tambah Enak
Begini Cara Keluarkan Getah Untuk Hilangkan Pahit, Rasa Timun Tambah EnakTimun antara makanan ulaman utama dalam menu harian kita. Rasa timun akan menjadi lebih enak dan sedap dimakan jika kandungan getah pahit di dalamnya dikeluarkan terlebih dahulu tetapi bagaimana caranya?Sangat mudah. Ikuti teknik berikut di bawah.
Seorang wanita yang berasal dari New Orleans, telah berkongsi video mengenai teknik mudah bagaimana cara untuk memaksa getah timun pahit supaya keluar tanpa membuang mana-mana bahagian timun tersebut yang telah dilihat sebanyak sejuta kali.Berikut teknik yang betul yang ditunjukkan oleh wanita tersebut.
https://1.bp.blogspot.com/-dyGO45EAoVY/Xr3yhtfXciI/AAAAAAAARfI/JkOzdz9N4rYTCRKxm6lQ7tx5PajSE8TXQCLcBGAsYHQ/s400/Cucumber.jpg
Potong sebahagian kecil bahagian hujung timun.
Kemudian gogok antara dua bahagian timun itu tadi dengan gerakan putaran berkali-kali sehingga zat putih seperti susu getah berbuih mula keluar dari badan timun dan berkumpul di luar.
Lakukan gosokan selama mungkin sehingga bahan putih seperti susu getah putih itu berhenti keluar.Bahan putih yang keluar seperti keju itu mengandungi rasa pahit dalam timun. Selesai.
https://1.bp.blogspot.com/-Sj_svo7MrOA/Xr3yhrYYTeI/AAAAAAAARfE/SHgythT0MKkKKKqrDP_utYW7gJ3xqtKDQCLcBGAsYHQ/s400/Cucumber1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-hUWbUsKOVN8/Xr3yhlsE47I/AAAAAAAARfA/AJOth5KQIBwTmJXk2MGiverweEKbcR5mgCLcBGAsYHQ/s400/Cucumber2.jpg
Timun mengandungi sebatian yang disebut cucurbitacin, yang menyebabkan rasa pahit, biasanya di hujung atau dekat dengan kulit.Kebiasaan orang membuang kulit timun untuk menghilangkan rasa pahit tetapi kulit menyimpan sebahagian besar nutrien sayuran.
https://1.bp.blogspot.com/-qcj66i2Q0T0/Xr3yi1sMwgI/AAAAAAAARfQ/1elCP7xmF6cRrwg5_-JfLSEWipnTJy1KQCLcBGAsYHQ/s400/Cucumber4.jpg
Oleh itu untuk menghilangkan rasa pahit tanpa mengupas kulitnya, lakukan cara seperti di atas, iaitu dengan mengosokkan kedua bahagian yang dipotong sehingga susu getah timun itu berhenti keluar.
Sumber : https://www.orangmuo.my
Ler..kami mmg buat mcmni pun sejak kecik lagi. Kecik2 dulu dah belajar laa buat mcm ni, tgk org2 tua merewang masa kenduri kendara.. buat jelatah biasanya... Baru tahu, takde sapa pernah ajar kat tempat meols. Tq for sharing. Rasanya mat rempit pun tau cara ni... Rsnya dh lama org amalkan cara buang getah timun ni. good info untuk bbnu :lol: Dah berzaman buat teknik camni..dulu kecik2 mmg org tua2 bt camni..tmbh2 time kenduri kendara. Anggap saja TT baru berjinak-jinak hendak ke dapur... baru mengenali yang mana tomato, yang mana timun :lol: dari dulu buat camni.
Tapi tk tahu keberkesanannya.
Tak pernah rasa timun dn buat ujian before and after. Laa lama dah tahu :D Tak tahu Napa kalau timun dekat nasi lemak ngan nasi ayam boleh makan tapi kalau takder dua dua takleh makan pulak.{:3_99:} Oohh, lagi satu Dalam laksa pun boleh gak makan;P
Pages:
[1]