berun Publish time 26-3-2021 11:00 PM

Toyota Corolla Cross dilancar, TNGA, 1.8-liter dan CVT, dari RM124k

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-46-1068x712.jpg
Toyota Corolla Cross dilancar, TNGA, 1.8-liter dan CVT, dari RM124k

Setelah dilancar di Thailand tahun lepas, Toyota Corolla Cross kini tiba di Malaysia secara rasmi. UMW Toyota Motor mengumumkan penawaran Corolla Cross di sini dengan pilihan dua varian seperti berikut:

Corolla Cross 1.8G: RM124,000
Corolla Cross 1.8V: RM134,000

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-01-696x464.jpg
Harga adalah atas jalan, tanpa insurans.

Untuk yang kurang jelas, ya benar, ini kali pertama Toyota Corolla hadir dalam bentuk badan SUV. Sebelum ini, nama Corolla hanya terkenal dengan bentuk sedan, coupe, wagon dan hatchback.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-10-696x464.jpg
Di pasaran Malaysia, Corolla Cross akan menggantikan tempat C-HR yang kini tidak dijual lagi. Kedua-dua model ini menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture), cuma Corolla Cross menggunakan suspensi belakang torsion beam yang lebih rendah kos berbanding C-HR yang menggunakan double-wishbone.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-09-696x464.jpg

Corolla Cross juga mempunyai jarak roda sama dengan C-HR iaitu 2,640mm, tetapi ia 100mm lebih panjang, 30mm lebih lebar dan 55mm lebih tinggi.

Berbanding Corolla Altis sedan pula, SUV kompak ini lebih pendek, tetapi lebih lebar dan lebih tinggi.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-31-696x464.jpg
Toyota Corolla Cross menampilkan rekaan unik dengan gril depan trapezoidal, lampu depan dan belakang nipis, dan fender cembung yang agak ketara. Rekaan bersegi pada fender ini secara tidak langsung memberi imej rugged pada SUV ini.

Varian 1.8G didatangkan dengan lampu halogen, manakala 1.8V dengan unit bi-LED dan DRL.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-20-696x464.jpg

Dari segi dalaman, papan pemukanya berkongsi dengan Corolla Altis sedan. Jadi ia mendapat kelengkapan seperti paparan instrumen 7-inci dan pendingin hawa dwi-zon. Sistem infotainmen pula lengkap dengan kamera undur serta sambungan Bluetooth, Android Auto dan Apple CarPlay.


https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-drive-2021-37-696x464.jpg
Untuk kedua-dua varian G dan V, Corolla Cross dipacu enjin 1.8-liter Dual VVT-i 2ZR-FE yang digabungkan dengan transmisi CVT. Powertrain ini serupa dengan Corolla Altis sedan dan C-HR, menghasilkan 139hp dan 172Nm tork.


https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-2021-08.jpg
Salah satu ciri utama pada Corolla Cross ini ialah kapasiti kargonya yang dikatakan paling besar dalam segmennya, iaitu 440 liter. Pintu kargo belakang adalah berkuasa dengan ciri pengesan gerak kaki (kick motion).


https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-2021-32-1-696x385.jpg

Toyota juga berkata Corolla Cross mempunyai radius pusingan paling kecil dalam kelasnya, iaitu hanya 5.2 meter. Ini pasti memudahkan pengemudian di dalam bandar.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/toyota-corolla-cross-2021-25-696x310.jpg
Dari segi keselamatan, Corolla Cross mendapat TSS 2.0 (Toyota Safety Sense) (varian 1.8V sahaja) yang merangkumi:

Pre-Collision System (PCS)
Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist
Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
Lane Tracing Assist (LTA)
Automatic High Beam (AHB)
Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Tyre Pressure Warning System (TPWS)
Ciri lain adalah tujuh beg udara dan penarafan 5-bintang untuk ASEAN NCAP.

Corolla Cross boleh dipilih dengan lima pilihan warna iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic.

https://youtu.be/DyK04MdJhX0


Sumber : https://www.motoqar.com

carcarlover Publish time 11-5-2021 09:29 AM

if u are SUV type of person sure it's considerable. but if u are someone who is all about comfy and smooth sedan ride, definitely R-Line i would say is your one. with their good throttle responsivity, bumpy and cornery would be something u enjoy 🥳🥳

sabunkk Publish time 11-5-2021 10:04 PM

saya rs la kalau keluarga ygselalu pergi vacation mmg sesuai ambik kereta jenis mcm ni. sbbnya ruang dia lagi besar and nmpk selesa sbb tinggi kot

qqshop55 Publish time 11-5-2021 10:06 PM

sabunkk replied at 11-5-2021 10:04 PM
saya rs la kalau keluarga ygselalu pergi vacation mmg sesuai ambik kereta jenis mcm ni. sbbnya rua ...

haah aku pun teringin jgk nk ada suv tpi belum mampu lahh. cuma boleh pkai axia je hahah

tapi syukur la asalkan ada kereta. kena tgk loan yg best kalau nak beli kereta ni so nnti x koyak poket :'(

sangsurian Publish time 11-5-2021 10:33 PM

qqshop55 replied at 11-5-2021 10:06 PM
haah aku pun teringin jgk nk ada suv tpi belum mampu lahh. cuma boleh pkai axia je hahah

tapi...
actually ramai ja kat luar sana boleh afford kereta memahal tapi still guna axiaatau pun kereta compact yg lain sbb mudah dan banyak faedah

tgoku Publish time 12-5-2021 01:13 PM

sabunkk replied at 11-5-2021 10:04 PM
saya rs la kalau keluarga ygselalu pergi vacation mmg sesuai ambik kereta jenis mcm ni. sbbnya rua ...

ye lebih sesuai kpd family, kalau yg single ni tak sesuai lah sbb mcm rugi ja 1.8 ni mmg minyak kaw la

tgoku Publish time 12-5-2021 01:15 PM

sangsurian replied at 11-5-2021 10:33 PM
actually ramai ja kat luar sana boleh afford kereta memahal tapi still guna axiaatau pun kereta...

ni sbb org cuba buat pelaburan sikit kat kereta tapi lebih kpd lain mcm rumah ka. sbb tu yg rmai go for low cost car.

qqshop55 Publish time 13-5-2021 11:04 PM

sangsurian replied at 11-5-2021 10:33 PM
actually ramai ja kat luar sana boleh afford kereta memahal tapi still guna axiaatau pun kereta...

aah tapi mcm ikutkan malas nnti nk bnyk loan kan so kita guna ikut mampu. plus not bad jugak kalau kita modify kereta kita asal boleh guna n banyak bills nak kena tanggung kan. kena ukur baju di badan sndiri haha

qqshop55 Publish time 13-5-2021 11:08 PM

tgoku replied at 12-5-2021 01:15 PM
ni sbb org cuba buat pelaburan sikit kat kereta tapi lebih kpd lain mcm rumah ka. sbb tu yg rmai g ...

betul. sbb kadang orang banyak habis dekat minyak je so kalau mahal2 kereta nnti x mampu susah bro. mmg kena bijak pilih minyak jugak

sabunkk Publish time 13-5-2021 11:18 PM

qqshop55 replied at 11-5-2021 10:06 PM
haah aku pun teringin jgk nk ada suv tpi belum mampu lahh. cuma boleh pkai axia je hahah

tapi...

sy rasa axia tu pun dah kira ok. cuma nnti dah habis bayar kan msti boleh upgrade kereta baru. plus, rasanya lagi baik kalau pakai kereta mampu bayar ni sbb kalau nak repair accident ke kan

sabunkk Publish time 13-5-2021 11:19 PM

tgoku replied at 12-5-2021 01:13 PM
ye lebih sesuai kpd family, kalau yg single ni tak sesuai lah sbb mcm rugi ja 1.8 ni mmg minyak ka ...

melainkan mmg boleh dpt minyak yg even mahal pun kualiti tinggi. sbb selalunya risau marketing je lebih tapi bila guna, cepat gak habis nya

sangsurian Publish time 14-5-2021 08:44 AM

qqshop55 replied at 13-5-2021 11:04 PM
aah tapi mcm ikutkan malas nnti nk bnyk loan kan so kita guna ikut mampu. plus not bad jugak kalau ...

its okay untuk modify but ingat yg dalaman kalau modify contoh engine ka eksos ka mmg akan ada effect kat ur bil bulanan nanti.

sangsurian Publish time 14-5-2021 08:46 AM

tgoku replied at 12-5-2021 01:13 PM
ye lebih sesuai kpd family, kalau yg single ni tak sesuai lah sbb mcm rugi ja 1.8 ni mmg minyak ka ...

btul tu baru pelaburan bijak. tapi kalau dah mampu terpulanglah duit memasingkan jangan mengamuk bayar buln mahal la duit minyak tinggi la sudah

sabunkk Publish time 14-5-2021 08:17 PM

sangsurian replied at 14-5-2021 08:46 AM
btul tu baru pelaburan bijak. tapi kalau dah mampu terpulanglah duit memasingkan jangan mengamuk b ...

nasib baik iolss sekarang dah jumpa minyak yang mesra pelanggan tau hihi. korang mmg kena cuba try perbezaan dia. sbb dulu sy jenis tukar2 minyak jugak but lastly stuck dengan brand sekarang ni

qqshop55 Publish time 14-5-2021 08:20 PM

sangsurian replied at 14-5-2021 08:44 AM
its okay untuk modify but ingat yg dalaman kalau modify contoh engine ka eksos ka mmg akan ada eff ...

yep sebab tu nak modify mmg pakai banyak duit. kalau accident susah tu nak cover balik. at least kalau minyak kita boleh dapat yg harga rendah takpe lagi, lain mesti boleh cover

tgoku Publish time 14-5-2021 10:52 PM

sabunkk replied at 14-5-2021 08:17 PM
nasib baik iolss sekarang dah jumpa minyak yang mesra pelanggan tau hihi. korang mmg kena cuba try ...

minyak apa tu? samalah tak pernah stay pun dgn satu brand.

sabunkk Publish time 15-5-2021 09:24 PM

tgoku replied at 14-5-2021 10:52 PM
minyak apa tu? samalah tak pernah stay pun dgn satu brand.

sy guna shell je. start dah dekat setahun jugak and mmg best sbb banyak kali guna mmg confirm dapat extra km tau. so korng mmg kena cuba tak rugi duit poket hahah

qqshop55 Publish time 15-5-2021 09:33 PM

sabunkk replied at 15-5-2021 09:24 PM
sy guna shell je. start dah dekat setahun jugak and mmg best sbb banyak kali guna mmg confirm dapa ...

dulu aku kerap2 jgk tukar minyak ni tpi last aku pkai shell mmg lekat sampai sekarang. beza gila rasa bila drive tu kan rasa smooth je and banyak gila bars left sbb masa tu aku gi pahang dari johor. kira jauh jugak n xyh pam lagi

sangsurian Publish time 16-5-2021 12:13 AM

qqshop55 replied at 15-5-2021 09:33 PM
dulu aku kerap2 jgk tukar minyak ni tpi last aku pkai shell mmg lekat sampai sekarang. beza gila r ...

kemain eh, power ler gituh jauh jarak tu. nak test lah sbb nk gi outstation next week tgok tinggal bar bnyak mana.

tgoku Publish time 16-5-2021 12:34 AM

sabunkk replied at 15-5-2021 09:24 PM
sy guna shell je. start dah dekat setahun jugak and mmg best sbb banyak kali guna mmg confirm dapa ...

shell eh, skrg duk guna petron tapi mcm tertarik pulak dah kata dpt jimat duit. takpa tgok la mcm mana nanti.
Pages: [1] 2
View full version: Toyota Corolla Cross dilancar, TNGA, 1.8-liter dan CVT, dari RM124k


ADVERTISEMENT