berun Publish time 26-3-2021 09:43 PM

Tak Nak Yang Lain, 5 Jenama Bra Ini Pilihan Tetap Wanita Sepanjang Zaman

Tak Nak Yang Lain, 5 Jenama Bra Ini Pilihan Tetap Wanita Sepanjang Zaman

Pemilihan bra sangat penting bagi seorang wanita yang inginkan selesaan, keselamatan, sokongan penuh, rekaan yang menarik dan dalam masa yang sama dapat berikan keyakinan diri buat sepanjang hari.

Bagi wanita tiada apa yang penting melainkan ciri-ciri ini dapat dipenuhi, dan bukan sembarangan jenama bra yang dapat tunaikan keinginan serta kehendak wanita yang banyak seperti ini.

Meski di Malaysia terdapat banyak jenama-jenama bra tempatan dan luar negara, tetapi Wanista perasan ramai wanita rata-rata lebih gemar memilih bra dari jenama yang satu ini.

Nak tahu jenama bra yang mana satukah pilihan hati ramai wanita, ikuti kupasan penuh di bawah.

Triumph
https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-1-29.jpg
Foto – Facebook Triumph

Jenama Triumph sudah lama bertapak dalam industri penghasilan bra sejak tahun 1886, boleh dikatakan Triumph antara pioneer pakaian dalam wanita.

Setiap bra yang dihasilkan menampilkan elemen yang disukai wanita iaitu versatil, elegan, seksi, dan kontemporari. Rekaan bra dengan elemen seperti ini, sering kali membuatkan mata wanita tidak berkelip rekaan bra yang terdapat di depan mata.

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-2-27.jpg
Foto – Facebook Triumph
Bukan itu saja, fungsi bra yang dapat menyokong serta mengekalkan bentuk payudara juga antara aspek utama wanita memilih jenama bra ini.

Sorella

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-3-21.jpg
Foto – Facebook Sorella


Satu lagi jenama yang sering menjadi pilihan wanita adalah Sorella, rekaan yang ringkas, minimalis dan kreatif menjadi kekuatan mengapa jenama ini sering menjadi perhatian wanita.

Selain itu, kebanyakan bra yang Sorella hasilkan menggunakan fabrik yang jenis serap peluh, tanpa wayar dan juga menampilkan cawan payudara yang mudah alih (boleh dikeluarkan).

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-4-14.jpg
Foto – Facebook Sorella


Bukan itu saja, penggunaan warna-warna terang dan gelap mengikut kesesuaian rekaan bra yang dihasilkan, antara salah satu faktor mengapa wanita tidak dapat melupakan jenama Sorella ini.

Tambahan lagi, keselesaan bra yang ditawarkan benar-benar kena dengan jiwa wanita moden masa kini jadi tidak hairanlah mengapa ramai wanita gemar menggunakan bra dari jenama ini.

Wacoal

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-5-15.jpg
Foto – Facebook Wacoal

Wanita yang inginkan keselesaan semasa bersukan pastinya akan mencari bra dari jenama Wacoal ini, kerana fabrik yang digunakan bagi menghasilkan bra adalah jenis Wincool yang dapat berikan rasa sejuk serta membuatkan payudara dapat bernafas dengan bebas.

Selain bra untuk bersukan, Wacoal juga banyak menghasilkan bra-bra yang inovatif di mana ia mesra pergerakan, selesa, serta rekaan bra yang menarik membuatkan hati wanita lemah dan membuatkan keinginan untuk miliki bra dari jenama ini menggunung.

Sloggi
https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-6-12.jpg
Foto – Facebook Sloggi

Kalau nak diikutkan sebenarnya ramai wanita kalau boleh tak nak pakai bra kerana berasa rimas dan berat, tetapi dengan Sloggi wanita akan rasa seolah-olah tidak memakai bra langsung kerana pemilihan fabrik yang istimewa membuatkan bra tersebut menjadi sangat ringan.

Bukan itu saja, rekaan yang eksklusif dan elegan dengan kombinasi kain lace membuatkan wanita ingin dapatkan koleksi bra dari Sloggi ini.


Xixili

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-7-9.jpg
Foto – Facebook Xixili

Jika ingin menarik pasangan di kamar dengan pakaian dalam yang ezotik dan seksi, pastinya wanita akan menyerbu butik Xixili ini kerana setiap set pakaian dalam yang dikeluarkannya cukup menarik perhatian.

Dan kebanyakan wanita yang telah berumahtangga pasti akan memilih bra serta set pakaian dalam dari jenama ini, untuk tampil lebih seksi di hadapan encik suami dan menjadikan moment di ranjang jadi lebih menyeronokkan dari biasa.

https://wanista.com/wp-content/uploads/2021/03/collage-8-8.jpg
Foto – Facebook


Padan sangatlah kenapa ramai wanita pilih kasih terhadap jenama bra yang ini, pakaian dalaman yang dihasilkan menepati citarasa serta kehendak wanita.

Apatah lagi, fabrik yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu rekaan bra tersebut sangat berkualiti tinggi dan harga yang diletakkan juga berpatutan dengan jenis bra yang dipamerkan.

Antara jenama bra yang Wanista senaraikan di atas kamu paling suka yang mana satu?

Sumber : https://wanista.com


matbad Publish time 26-3-2021 10:05 PM

Aku slalu jumpa org gegel ni paling suka avon. Jgn kata kwn skolah menengah aku tp kakak2 aku pn pilih avon hihi

makadek Publish time 26-3-2021 10:13 PM

Avon sedap ...aku pnh kerja kt kilang triumph..

krustykrab Publish time 26-3-2021 10:23 PM

Awat la senza takde?
La senza sedap pakai..tahan lama plak tu...

Sloggi best tak?

testly Publish time 26-3-2021 10:35 PM

La senza n victoria secret xde ke? Or sbb pricey dr brand dlm artikel tu...

KIM.K Publish time 26-3-2021 10:49 PM

Penah dengar triumph jer
Fav aku dulu soxxworld kot

haifawehbe Publish time 27-3-2021 05:58 AM

my mum dari zaman anak dara mesti pakai triumph selesa katanya. x nak brand lain kalah anak dia ni pakai brand biasa2 jer..

airmineral Publish time 30-3-2021 08:55 AM

triumph tu tahan lama harga pun mahal jugak
xixili tu tahan lama ke? aku pny cpt reput nyahhhh.haha

mikey.zid Publish time 31-3-2021 09:39 AM

krustykrab replied at 26-3-2021 10:23 PM
Awat la senza takde?
La senza sedap pakai..tahan lama plak tu...






Kayangan nih....:P

krustykrab Publish time 31-3-2021 10:26 AM

mikey.zid replied at 31-3-2021 09:39 AM
Kayangan nih....

Rasanya mahal wacoal n triumph lg kan..
La senza ni berbaloi beli bg aku..sbb getah dia 7 tahun pun masih ketat lagi..unlike other brands yg aku prnh cubala..yg murah kat supermkt dan brand cotton ke nama dia, lupa dah aku.

mikey.zid Publish time 31-3-2021 10:34 AM

krustykrab replied at 31-3-2021 10:26 AM
Rasanya mahal wacoal n triumph lg kan..
La senza ni berbaloi beli bg aku..sbb getah dia 7 tahun p ...



haha ya ka?

teman memang tak tau.... teman henggat La Senza ni mahei yahudi dah.... :P

pastu kaler dia mak aih.... memang glow in the dark .....

pastu banyak push up..... teman tak suke...teman suke.... no wire.... n no pad....:P

krustykrab Publish time 31-3-2021 11:03 AM

mikey.zid replied at 31-3-2021 10:34 AM
haha ya ka?

teman memang tak tau.... teman henggat La Senza ni mahei yahudi dah....


Byk je pilihan..yg biasa2 pun ado, aku pilih yg biasa je sbb aku bukan nk tayang kt org :lol:
Aku biasanya beli time sale...dulu beli 3 helai rm150 rasanya..last beli last yr, saja tambah koleksi..

Pad dia ko blh cabut sbb dia x jahit sekali,..

mikey.zid Publish time 31-3-2021 11:26 AM

krustykrab replied at 31-3-2021 11:03 AM
Byk je pilihan..yg biasa2 pun ado, aku pilih yg biasa je sbb aku bukan nk tayang kt org
Aku ...



tayang kat husband? :L:L:L

krustykrab Publish time 31-3-2021 03:36 PM

mikey.zid replied at 31-3-2021 11:26 AM
tayang kat husband?

Kat hubs tak payah, bukannya dia peduli pun, bukak je semuahahahaha

Normabaru Publish time 31-3-2021 03:38 PM

Mana VS kaka? :o:o

mikey.zid Publish time 31-3-2021 04:00 PM

krustykrab replied at 31-3-2021 03:36 PM
Kat hubs tak payah, bukannya dia peduli pun, bukak je semuahahahaha



lain lelaki ... lain 50 shades or Gray nye kan ..... :L:L:L:L:L:L

Normabaru Publish time 31-3-2021 04:49 PM

krustykrab replied at 31-3-2021 10:26 AM
Rasanya mahal wacoal n triumph lg kan..
La senza ni berbaloi beli bg aku..sbb getah dia 7 tahun p ...

Apa lagi brand dik krab penah pakai ye

takayama Publish time 31-3-2021 04:53 PM

selalu pki wacoal klu gie kerja
kt rumah just pki sorella
ms tgh sale beli gak VS dan la senza
triumph x kena dgn payudara kaka :$:lol:
owhh yea dulu2 ada brand nama Hana, xtawlah klu dia dah ada new brand dr company yg sama atau dah ada pemilik lain

krustykrab Publish time 31-3-2021 06:52 PM

Normabaru replied at 31-3-2021 04:49 PM
Apa lagi brand dik krab penah pakai ye

Amboihhh kaka norm..hihihi
X ingat dah la kaka..masa remaja tu yg brang femes tu apa, rasanya satu co dgn triumph tu...lain2 tu brand cikai je bila pakai seminggu suspender dh longgar, habis duit beli bra je hahaha

krustykrab Publish time 31-3-2021 06:54 PM

mikey.zid replied at 31-3-2021 04:00 PM
lain lelaki ... lain 50 shades or Gray nye kan .....

Alamak hubs chuols 100 shades of puriz ke? Tak dapek nk nolong :lol:
Cenggitu chuol kna beli yg seksi meksi punya ka..la senza pun ada..chuol try tgk kat fb dia...baju tido pun ada seksi
Pages: [1] 2 3
View full version: Tak Nak Yang Lain, 5 Jenama Bra Ini Pilihan Tetap Wanita Sepanjang Zaman


ADVERTISEMENT