Raline Publish time 25-3-2021 07:07 PM

Jika BF Ada Petanda Ini, Dia Tak Sesuai Jadi Pasangan Hidup

Jika BF Ada Petanda Ini, Dia Tak Sesuai Jadi Pasangan Hidup

https://wanista.com/wp-content/uploads/2016/12/couple-e1616571876474.jpg


Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.

Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin petanda-petanda ini boleh membantu anda.

1. Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung.

2. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda.

https://wanista.com/wp-content/uploads/2016/12/dating-e1616571654217.jpg
Foto – The Economic Times


3. Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.

4. Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.

5. Dia dengan selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya.

https://wanista.com/wp-content/uploads/2016/12/freepik-e1616571767496.jpg
Foto – Freepik


6. Anda selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.

7. Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.

8. Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.


https://wanista.com/wp-content/uploads/2016/12/hehe-e1616571849929.jpg
Foto – Dewi


Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku.

Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama.

Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah di masa hadapan.

Sumber : https://wanista.com

KIM.K Publish time 25-3-2021 08:40 PM

1, 2, 3, 6, 7, 8 - dating orang tua

misssakura Publish time 25-3-2021 08:47 PM

hampir majoriti ade pada my ex dulu. padan la dh jd ex;P

mbhcsf Publish time 25-3-2021 09:49 PM

Edited by mbhcsf at 26-3-2021 01:44 PM

1. any signs of dishonesty from the wordGO -is definitely a NO NO.
2. any forms of hesitation from the beginning. NO
3.any excuses of fearof commitment in an forms - NO
4. any history of baggages in the past - NO definitely NO.
5. any signs of distrust or controllingetc - NO!

yeah.

any lelaki yg suka seseorang wanita walaupun jauh beribu ribu batu benua pun , akan jumpa wanita tu - kalau dia suka, bukan saja birthday tapi apa apa hari pun dia akan ingat.

kalau tak suka - apa yg baik yg ikhlas darpada you akan dipejam matakan saja and dia tak recognised pun and hanya dibuar door mat kan sahaja. Sometimes u would wonder - apa hikmah ye hehehe..lelaki sebegini wujud dalam hidup, there must be something but well...

so, jauhilah leaki macam ni - harap ALlah simpang sesungguh , dan kita harap lelaki sebegini akan insaf dan berubah , dan wanita yg terlibat dengan lelaki sebegini akan dilindungi.

tak apa , ALLAh tu kan Ada, so ...dont worry. Maafkan saja, lagipun u wanna be happypun. so satu rahmat if Allah sisihkan sebegini ciri.

ifanonline Publish time 26-3-2021 12:14 PM

mbhcsf replied at 25-3-2021 09:49 PM
1. any signs of dishonesty from the GO -is definitely a NO NO.
2. any forms of hesitation from the...

advice utk para andartu ke ni?;P

None68 Publish time 26-3-2021 02:17 PM

Any sign of red flag we couldn't ignore!

siputpepel Publish time 4-4-2021 12:57 PM

pernah kawan dengan sorang mamat ni. marah betul bila pegang phone dia. tapi phone kita nak pulak check mesej segala. kalau tak bagi, marah. something wrong somewhere so tata..

stingerxmas Publish time 4-4-2021 01:10 PM

ifanonline replied at 26-3-2021 12:14 PM
advice utk para andartu ke ni?

Who else can be in a better position to advise?



kahkahkahkahkahkah

ifanonline Publish time 4-4-2021 01:59 PM

stingerxmas replied at 4-4-2021 01:10 PM
Who else can be in a better position to advise?




aku tersenyum sinis...;P

stingerxmas Publish time 6-4-2021 05:25 AM

mbhcsf replied at 25-3-2021 09:49 PM
1. any signs of dishonesty from the wordGO -is definitely a NO NO.
2. any forms of hesitation fro ...

Petanda2 serta nilai apa yg ada pada diri kau sendiri yg sampai kehari ni masih tak laku2?

kahkahkahkahkah

lesprincesse Publish time 6-4-2021 06:24 PM

Er boleh tak nak kata. Obviously... kalau BF hang cenni hang still ngan dia then ai dunno what to say lah

ATSYanaL Publish time 14-5-2021 06:53 PM

Iols paling tidak suka lelaki yg pemalas. nak makan je, tidak serious dlm kerja.

adelea Publish time 18-5-2021 08:17 PM

mbhcsf replied at 25-3-2021 09:49 PM
1. any signs of dishonesty from the wordGO -is definitely a NO NO.
2. any forms of hesitation fro ...

Semua ex ada ...patut la jadi ex ... Hahah
Pages: [1]
View full version: Jika BF Ada Petanda Ini, Dia Tak Sesuai Jadi Pasangan Hidup


ADVERTISEMENT