Kagome_inu Publish time 25-3-2021 04:09 PM

Nak berhenti belajar

Hai, aku sebenarnya nak berhenti belajar. Aku tak boleh bawak course aku sekarang ni. First aku apply main main bodoh bodoh je. Tapi dapat aku pon eksaited lah aku pon daftar ingat aku boleh bawak rupanya aku takleh bawak. Sekarang ni aku tengah sem 3 tahun 2, aku sumpah struggle gila. Aku baru sedar aku tak minat course ni. Aku nak quit. Nak buat benda yang aku suka. Jujur aku menyesal buat keputusan ikut impulse. Course ni kene banyak melukis aku tak suka dan tak pandai melukis. Aku suka menulis berbanding melukis. Sebelum daftar tu pihak U ada mintak surat pesuruhjaya sumpah mengatakan kalau tak silap aku kene habiskan belajar kalau tak, kene denda.

Jadi aku buntu, aku ada tanya pihak U macam mana dan apa jadi kalau aku nak berhenti tapi belum dapat jawapan lagi.

Aku ada cakap ngan mak aku, tapi dia kata jangan berhenti dia malu. Aku pon entahlah. Aku taknak teruskan aku tak boleh tak larat. Sampai satu malam tu aku pernah cakap kat diri aku kan best kalau besok aku tak bangun, takpayah hadap hari esok.

Aku tak tau seteruk ni pilihan yang aku pilih. Mak aku cakap ni yang kau pilih lalu jelah jalan straight. Masalahnya aku dah takde minyak nak jalan straight dah kering, aku nak patah balik. Dia kata jugak orang lain boleh kenapa kau tak boleh, aku cakaplah aku tak minat, baru sedar aku tak minat. Btw aku dah pikir dah setahun.

Aku pon entahlahh kalau lah kalau lah nk berhenti belajar kene bayar denda aku tak taulah nak buat apa. Lagipon yuran ni mahal 7.5k per sem. Ptptn aku baru dapat tahun 2 sebelum ni mak aku tanggung bayar. Benda yang terkesan kat aku mak bapak aku gaduh pasal duit. Mak aku cakap mana ada duit dah bayar yuran "nama aku". Aku dengar dia cakap depan aku. Aku tak boleh nak rasa apa perasaan aku masa tu. Btw pt aku total 37.++k.

Aku buntu. Apa patut aku buat? Aku nak tanya pendapat korang.

Normabaru Publish time 25-3-2021 04:57 PM

Edited by Normabaru at 25-3-2021 05:31 PM

Nothing come easy la dik. If you really stuck.. Minta tangguh. Bukan tukar terus. Ingt senang ke nk cari duit.. 37k tu byk kot. Orka level xpela... P tangguh lps tu ko cari blk duit.. Tgk senang ke x compare dgn alasan 'xminat' ko tu..nnt dr situ mana tau minat ko smpi plak kan..

Otak manusia ni semua benda blh. Nothing is impossible.. Dah amik course 2thn blh plak xminat.. Klu satu sem xpela jugak. Ni dah 6 sem. Kang dah tukar hujung2 xminat lg.. Dah la bljr private institution.. Tlg fikir pengorbanan parent. Be a responsible person on every decision take.Jgn selfish sgt pls

Eat that frog{:1_551:}

KIM.K Publish time 25-3-2021 05:04 PM

Berhenti belajar or teruskan..sama je perasaannya
Kalau kau rasa belajar tu leher di tali gantung, kat situlah leher kau masa kau tak habiskan pengajian
Kalau kau rasa nak terjun bangunan sebab kena teruskan, sama je ko akan berdiri kat situ juga masa tak habis

user.name Publish time 25-3-2021 07:28 PM

course apa kena banyak lukis2 ni dekk? kalau course2 arts camtu bukan kena submit portfolio ke hapa entah masa nak apply tu khens? lepas tu pre requisite mesti nak subjek seni gred sekian2? boleh pulak ko lepas dekk tapi claim tak pandai melukis bagai?

munahjolie Publish time 26-3-2021 09:29 AM

Been there done that. Fyi, Munah dulu pun buat keputusan ikut impulse. Mak abah suruh apply course sekian2, kita pun apply la. Demi keluarga. Tapikan, apa yang Munah boleh nasihatkan, ambil la gap year/ special leave dulu. Munah ambil dulu sebab nak masa untuk fikir masa depan. Munah ambil masa sampai 9 semester untuk habiskan degree. Masa kawan2 dah final year, Munah extend and ambil special leave. That's the best decision I ever done! Lepas ambil cuti baru berkobar2 nak study. Barulah pointer naik dan tak turun2 lagi ;P

Munah dulu after SPM kena terus masuk PLKN. Then terus masuk asasi and terus degree. Tak ada proper time to think on my own interest. Adik, bagi pendapat Munah kan, stick je with your course. Memang sakit and perit nak habiskan study course yang kita tak minat tapikan trust me, once you dah grad, you akan puas hati sebab you dah dapat harungi halangan yang maha dahsyat.

Or

Adik tengok dulu contract tu. Contract tu cakap tak boleh berhenti universiti atau berhenti course yg adik ambil? Kalau tukar course tapi still study dalam univeristi yang sama itu tak tergolong dalam berhenti universiti. Fahamkan dulu isi contract then bagitahu Munah ya. Sebab semua isu berbangkit terletak kepada budi bicara pihak fakulti dan universiti. Kalau setakat tukar course, I think it shouldn't be a problem sebab ramai je kawan Munah yg ambil ptptn then tukar course dalam uni yang sama. Tak kena denda or whatsoever. Please make sure dulu isi kandungan contract tu ya. Nanti boleh discuss.

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 04:18 PM

Normabaru replied at 25-3-2021 04:57 PM
Nothing come easy la dik. If you really stuck.. Minta tangguh. Bukan tukar terus. Ingt senang ke nk...

Tu la arr enn. Nothing comes easy. Seriusly, that's why im here asking for other's pendapat, pandangan. Sebab aku banyak belajar, kalau tak pasti sungguh buntu tanya orang, tanya. Bertanya tu tak rugi. But part responsible, i believe i am a responsible person sebab tu aku tanya orang dulu baru sebelum aku buat impulse desicion lagi. Btw thanks weyy balas. Aku hargai. Aku akan pikir pikir kan pandangn ko.

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 04:19 PM

KIM.K replied at 25-3-2021 05:04 PM
Berhenti belajar or teruskan..sama je perasaannya
Kalau kau rasa belajar tu leher di tali gantung,...

Ahhhhh, samaa jee. Maknanya kita kene pilih lah whether kita nak leher kat taling gantung atau berdiri atas bagunan. Oraitt thanks weyy balas. Aku hargai.

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 04:21 PM

user.name replied at 25-3-2021 07:28 PM
course apa kena banyak lukis2 ni dekk? kalau course2 arts camtu bukan kena submit portfolio ke hapa...

Course computer animation weyy. Tu ar tu takde iv pulak. Aku apply first ikut impulse sebab ingat boleh bawak last last haram weyy aku takleh bawak. Ha'ah aku memang tak pandai melukis setakat trace tu boleh arrhh. Appreciate kau sudi balas weyy. Thanks so much

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 04:24 PM

munahjolie replied at 26-3-2021 09:29 AM
Been there done that. Fyi, Munah dulu pun buat keputusan ikut impulse. Mak abah suruh apply course s ...

Ahhh, terpikir gak pasal mintak cuti dulu enn. Orang panggil defer sem. Terpikir gak. Seems ok. Cuti dulu, keep on pace and bila betul betul sedia baru go on enn. Tak taulah pasal tak boleh tu, peguam yang tandatangan surat pesuruhjaya sumpah yang cakap. Tapi mungkin kita mintak cuti dulu enn. Thanks munah. Hargai sangat.

munahjolie Publish time 26-3-2021 04:40 PM

Kagome_inu replied at 26-3-2021 04:24 PM
Ahhh, terpikir gak pasal mintak cuti dulu enn. Orang panggil defer sem. Terpikir gak. Seems ok. Cu ...

Ok lah if adik rasa nak defer sem. Munah pun rasa that's the best solution sementara nak cari arah hidup. Be strong ya adik!!!

KIM.K Publish time 26-3-2021 04:42 PM

Kagome_inu replied at 26-3-2021 04:19 PM
Ahhhhh, samaa jee. Maknanya kita kene pilih lah whether kita nak leher kat taling gantung atau ber ...

Ha..pandai pun

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 07:39 PM

munahjolie replied at 26-3-2021 04:40 PM
Ok lah if adik rasa nak defer sem. Munah pun rasa that's the best solution sementara nak cari arah ...

Thanks ye munahhh

Kagome_inu Publish time 26-3-2021 07:39 PM

munahjolie replied at 26-3-2021 04:40 PM
Ok lah if adik rasa nak defer sem. Munah pun rasa that's the best solution sementara nak cari arah ...

Thanks ye munahhh

miss_gegirl Publish time 27-3-2021 10:02 AM

Tangguh dulu lepas tu cuba kerja. Tengok mana susah mana senang.

Sebaiknya bangkitlah tt. Study kaw bagi habis senangkan mak balik. Bagi apa yang dia mintak. Baru la dia tak rasa susah tanggung kita.

Kagome_inu Publish time 28-3-2021 02:19 PM

miss_gegirl replied at 27-3-2021 10:02 AM
Tangguh dulu lepas tu cuba kerja. Tengok mana susah mana senang.

Sebaiknya bangkitlah tt. Study k ...

Ye baik terimakasih. Terpikir gak tu. Belajar bagi habis. Ni orang panggil apa halangan, nanti bila dah lepas boleh rasa bangga dengan diri sendiri dapat atasi. Terima kasih ye pandangannya

noor2 Publish time 28-3-2021 02:43 PM

Normabaru replied at 25-3-2021 04:57 PM
Nothing come easy la dik. If you really stuck.. Minta tangguh. Bukan tukar terus. Ingt senang ke nk...

Nasib bukan anak akak...udahla first minta course tu sekadar suka2...kesian betul mak ayah... anak orang kaya x pela...

namr Publish time 30-3-2021 01:47 PM

Saya sambung belajar course yang tak minat jugak.. tapi sebab leceh nak tukar course kat ipta tuh, family pulak susah terpaksa gigihkan jugak habiskan degree. Hujung2 sekarang kerja bidang lain dari course belajar tu:lol: coursemate pun majority kerja bidang lain:sweat3:

J4I Publish time 31-3-2021 10:04 PM

Nape tak tukar ke course yang mungkin TT minat? At least dapat transfer credit dan mungkin tak perlu start balik semua dari kosong.

Dah pergi counselling for assistance tak mengenai isu ni?

siputpepel Publish time 4-4-2021 12:55 PM

Kalau nak teruskan belajar, cari kawan2 yang boleh study group sekali. kena gigih dan rajin sikit la. banyakkan jumpa lecturer and bertanya. banyakkan buat soalan past year juga. then, cari senior and tanya macam mana course & outcome semua. senior boleh membantu.

online pun ada juga free course yang boleh kita enroll. cuba cari course yang kita ambil tu. boleh widen our knowledge juga, so tak termaktub pembelajaran di kuliah fizikal sahaja.

jepp Publish time 4-4-2021 05:53 PM

Salam,

1) Universiti mana ni siap sign pesuruhjaya sumpah kalau tak habis kena denda?

2) Yang pastinya habis tak habis, ptptn sahaja kena bayar.

3) Tak pernah lagi seseorang quit belajar, univ denda, melainkan ambil scholar dari univ tu.

4) Ramai di luar sana nak masuk univ. Tapi tak berjaya. Cadangan: tukar course.

5) Kalau nak berhenti masih boleh. Sebab baru terima ptptn 1 atau 2 sem kan. so perlu byr yang diguna sahaja. Bukan total.

6) Kaka geram mentaliti your mom. Hurm. Lagi nak fikir malu berbanding emosi anak (tp yang ni nothing much we can do)

So, cadangan 1, tukar course. Kalau tak nak berhenti segera. Jangan biarkan diri menanggung hutang ptptn lagi 1 sem. Jangan lambat buat keputusan.

Good luck tt. Maklong jepp doakan TT dipermudah urusan..
Pages: [1] 2
View full version: Nak berhenti belajar


ADVERTISEMENT