Raline Publish time 24-3-2021 06:22 PM

PERMAINAN CONGKAK BERHANTU?

PERMAINAN CONGKAK BERHANTU?

http://4.bp.blogspot.com/_IQPVoO7EtNs/R_8mKAven1I/AAAAAAAAAHA/qg-6qj2zBtE/s320/195930_jzsfY1ONr6VHcWH_eE3K_LS9h.jpg
Gambar hiasan


Assalamualaikum dan selamat malam..

Malam-malam ni best kalau cerita pasal seram-seram...Haaa..takut tak, jadi kepada yang lemah semangat, saya cadangkan jangan baca cerita, bimbang juga saya. Gara-gara baca cerita seram saya, takut nak bangun pergi buang air. kang tak pasal terbuang atas tilam..hahaha..

Kenapa tiba-tiba buka cerita ni? Sebab tadi main congkak dengan umi..hehehe..kelakar lah umi..Tapi bukan nak cerita pasal main congkak tadi tapi nak cerita waktu main congkak dulu-dulu.


Peringatan sekali lagi ye, kepada sesiapa yang takut jangan baca..

Macam seram kan..Seram tak???huuhaahaha..

Sebelum tu anda pernah main congkak tak?

Kalau pernah, pernah tak main waktu malam?

Haaaaaa....kalau tak pernah mari sini......kita dengar cerita main congkak waktu malam.

Cerita ini bermula waktu aku, adik dan kakak aku main congkak dalam sebuah bilik. Bilik apa? Bilik tidur lah. Aku dan kakak aku main congkak tak berhenti-henti dari pukul 8 lebih sampai tak sedarkan diri. Tengok-tengok jam dah pukul 11.

Sebelum tu ayah ada cakap, jangan main congkak malam-malam tak elok. Tapi disebabkan terlalu seronok main, aku buat dono je.. Disebabkan esok cuti sekolah jadi aku teruskan bermain tapi tak ingat sampai pukul berapa,hahaha..sampai pukul 12:30 rasanya. Adik aku dah lama tidur, sebab waktu tu dia kecil lagi(aku kecil juga tapi dia lagi kecil pada aku..haha..faham tak?), kerana akak aku dah mengantuk sangat-sangat jadi dia ajak tidur. Disebabkan terlalu penat aku pun nak tidur juga, tak kan nak main sorang-sorang kot.


Nak dijadikan cerita, aku tak kemas pun lepas aku main sebab penat, mengantuk sangat-sangat, mahu tidur, aku letak je congkak aku tu bawah katil. Guli pun masih dalam congkak tu, aku tak kemas pun guli tu masuk dalam bekas. Biarlah esok aku boleh simpan.

dan................malam pun berlalulah dengan lalunya............................................

Keesokan harinya, aku bangun, tiba-tiba kakak aku marah aku..siap jeling lagi..

ehhh..aku cakap "apa sal minah ni "..(haha..tak lah, mana ada cakap macam tu.)

Aku tanyalah kenapa dia marah aku?
Lepas tu dia cakap :

Kau lah ni letak congkak bawah katil.

Kenapa nya?

Aku takut tahu tak, semalam aku dengar bunyi guli..Kau letak congkak bawah katil kan..Aku dengar macam ada orang main congkak.

Aku cakap : Mana orang tahu, akak yang tak simpan..Orang tak dengar pun.

Akak aku: Memanglah kau tak dengar tapi aku dengar.

Kemudian........Dahhhhhhhhhhhhhhhh..aku dah tak ingat apa yang berlaku seterusnya.

Tapi orang cakap kalau yang suka main guli ni adalah toyol???
Betul ke??
Dan orang cakap kalau nak elakkan toyol curi duit kita, kita letak guli dalam botol kaca, nanti dia akan main guli tu, dan tak jadi mencuri. Ye ke?

-Tamat-

Cerita ni agak tergesa-gesakan sebab cerita ni dah lama, ingat plot penting je. Dan yang paling menakutkan dulu-dulu pun selalu duit dalam tabung hilang, tabung selalu berbunyi, dalam tabung kacang( seramik). Tak ada lubang selain lubang masuk duit.... dan dan dan umi cakap tabung tu selalu berbunyi macam ada orang keluarkan duit padahal waktu tu petang tak ada orang dekat rumah selain umi. Emmm...

Wallahhualam.


REmsQI3Aums

p/s: Kalau ada pengalaman seram, marilah cerita.


Sumber : http://nainis76.blogspot.com/2012/10/permainan-congkak-berhantu.html


Coklatpanas Publish time 24-3-2021 11:28 PM

Waalaikumussalam tt

mamichik Publish time 26-3-2021 09:30 PM

dari kecik dok dengar pasal hantu congkak..memangseram.. alhamdulillah..walaupun i mmg kaki congkak, tapi Allah tak izinkan hantu congkak usik i..uhuhu

dryskinremover Publish time 27-3-2021 03:00 PM

Obviously, electric dry skin remover as with all foot the executives choices, a great deal of it is simply close to home inclination. We have an inclination as well. Like the vast majority, we have occupied lives and can see the accommodation in an electric hard skin remover over the more conventional manual foot documenting.

Raline Publish time 28-3-2021 01:55 AM

mamichik replied at 26-3-2021 09:30 PM
dari kecik dok dengar pasal hantu congkak..memangseram.. alhamdulillah..walaupun i mmg kaki congka ...

pg la mandi manda di sg congkak

mamichik Publish time 29-3-2021 08:23 AM

Raline replied at 28-3-2021 01:55 AM
pg la mandi manda di sg congkak

memang idok lerrrrr

siputpepel Publish time 29-3-2021 03:08 PM

sejak tengok filem congkak tu ler tak berani nak main congkak lagi especially time petang nak dekat senja and malam :lol: tacoood
Pages: [1]
View full version: PERMAINAN CONGKAK BERHANTU?


ADVERTISEMENT