YgBenar Publish time 24-3-2021 09:59 AM

Pesanan terakhir seorang lelaki: Pasangan Hidup Perlu Dipilih!

SETIAP orang ingin bertemu pasangan hidup yang tepat untuk meneruskan sebuah hubungan hingga ke alam pernikahan.

Sebaik kita dilahirkan, Allah telah tetapkan siapa jodoh kita. Cuma kita tidak tahu adakah pasangan ini jodoh yang ditakdirkan atau tidak.

Iklan

Justeru baik atau sebaliknya, kita haruslah menerima pasangan seadanya andai telah memasuki alam rumah tangga.

Berikut perkongsian seorang pemuda dikenali Mohd Fadli Salleh perihal pasangan hidup perlu dipilih.

“Hari ini, aku bertemu dengan dua orang anak yatim piatu. Kami duduk dan berborak tentang kehidupan mereka, dan apa pula yang kami boleh bantu.

“Punyalah mereka bersyukur bila aku bagitahu akan bantu mereka yang dalam kesempitan. Tiba-tiba, gadis itu berkata, “Cikgu. Dekat rumah saya ada seorang akak ni susah sangat. Boleh tak cikgu bantu dia?”

“Boleh. InsyaAllah. Suruh dia datang kedai cikgu ambil barang dapur. Wanita itu datang bersama dua orang anaknya. Kami berborak seketika, sebelum mereka berlalu pergi dengan set barang dapur dengan senyuman.

Daripada pemakaian dia dan anak-anak, daripada raut wajah dan sinar matanya, aku tahu wanita itu sangat struggle dalam menguruskan kehidupan dan anak-anaknya. Jelas dapat dilihat walau tidak diungkap.

“Wanita dua anak itu rupanya isteri kedua. Suami kerja biasa sahaja. Nafkah keluarga liat sangat-sangat. Semua diserah 100% pada si isteri. “Pandai-pandai kau la nak hidup”.

“Begitulah lebih kurang ayat si suami pada si isteri. Maka isteri yang tidak berpendidikan tinggi, gigih berusaha dijalanan demi membesarkan anak-anak kecilnya.

“Anak-anak dibawa bersama untuk berniaga di jalanan. Siapa nak jaga kalau tinggal kat rumah? Nak hantar ke pengasuh, duit tak cukup. Duit nak makan pun semput, apa lagi untuk bayar pengasuh,” tulisnya di Facebook.

Pesan Mohd Fadli kepada yang ingin berkahwin, carilah pasangan betul-betul.

Adik-adik yang belum kahwin. Carilah pasangan betul-betul untuk dijadikan suami atau isteri kita.

“Pasangan hidup ini, kalau boleh sepanjang hayat kita akan bersama. Membesar anak-anak dalam suasana aman dan bahagia.

“Jika tersilap pilih, dapat yang tidak bertanggungjawab, sepanjang hidup makan hati dan hidup dalam kesusahan.

“Benar, harta bukan pengukur bahagia. Bukan aku nak nasihat supaya cari yang berharta dan kaya untuk dijadikan pasangan.

“Tak semestinya cari calon yang kaya raya. Tidak. Tapi carilah yang bertanggungjawab.

“Yang tahu erti amanah seorang suami dan ayah. Yang memberi nafkah dan berusaha sebaik mungkin untuk keluarganya. Yang solatnya dijaga. Yang boleh membimbing kita.

“Hidup jika pun tidak mewah, namun jika ketua keluarga seorang yang ada asas agama, bertanggungjawab dan rajin usaha, pasti hidup dalam aman dan bahagia.

“Jika pun jodoh dengan suami orang, carilah yang boleh bertanggungjawab dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin.

Jika kasih pun terpaksa dikongsi, tanggungjawab pula tidak dilaksanakan dengan baik, adilnya entah ke mana, nafkah buat tak tahu saja, sebenarnya kita sendiri yang mencampakkan diri dalam lembah kesusahan.

“Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Namun kita masih boleh membuat pilihan. Pilih elok-elok. Kenali peribadi betul-betul sebelum menerima lamaran seseorang.

“Sekali lafaz perkahwinan dilafaz, selamanya akan terikat. Lebih baik sendirian dari silap dalam memilih pasangan,” pesannya.

Justeru buat pasangan yang bakal berkahwin, kenali peribadi dia sebaiknya.Dxf26RoPNTw

KIM.K Publish time 24-3-2021 10:37 AM

Perkahwinan ni kontrak.Even pertunangan tu dah sain kontrak..batal je kena refund. Andai masa bertuang dapat beg LV, balun sampai lunyai pastu engagement tak jadi..kena refund beg LV yg baru

Biarlah kontrak tu memang memuaskan

adelea Publish time 24-3-2021 11:17 AM

wpn suami and anak anak pinjam pinjaman dunia
tetap la nak kena polih macam yg islam guide

nak hidup sama sama kot

klu setakat geng rumah sewa
ko boleh la halau klu x suka


ni klu dah bernikah
tgjwb tu xde mmg x payah la bernikah
setakat nak menghalalkan zina

baik ko pk 10 kali sblm kawen

white_musk Publish time 24-3-2021 02:22 PM

adelea replied at 24-3-2021 11:17 AM
wpn suami and anak anak pinjam pinjaman dunia
tetap la nak kena polih macam yg islam guide



Ramai orang malayu berkahwin hanya kerana mahu elak zina
bukan mahu pikul tanggungjawab berumahtangga

siputpepel Publish time 24-3-2021 02:44 PM

Bak kata prof Muhaya,

“Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti hamba. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.

Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga..”

siputpepel Publish time 24-3-2021 02:45 PM

Dan kata kata di Faceboook pula,

Wanita paling bodoh adalah wanita yang setia dengan suami orang

adelea Publish time 24-3-2021 02:47 PM

white_musk replied at 24-3-2021 02:22 PM
Ramai orang malayu berkahwin hanya kerana mahu elak zina
bukan mahu pikul tanggungjawab berumaht ...

betul tu ...

becir Publish time 24-3-2021 07:37 PM

Byk je jumpa jantan solat tak tinggal tapi tak responsible pun..

Meiizu Publish time 24-3-2021 08:24 PM

Edited by Meiizu at 24-3-2021 08:25 PM

Kat thread lain.ain edruce pesan aim laki kaya.
Sape kata harta bukan ukuran{:1_530:}
Dari mula susah kan dah jadi derita

Nenasketum Publish time 24-3-2021 08:43 PM

Dalam Islam kalau nak kahwin lebih dari satu, kena mampu dan boleh berlaku adil? Janganlah buat silap macam ni.

dory.thefish Publish time 25-3-2021 12:30 AM

Aku pernah kawen dulu. Ikut umur mmg dah matang. Tp rupanya susah jgk marriage life. N pgalaman tu buat aku serik. Now, tak kawen pun xpe. Sbb aku takut xmampu nk fulfill expectation psgn & at the end aku jgk kecewa lg. Jd, sape rasa tak sedia tu xyah la try luck. Kecuali ko jenis hati kering dan x absorb apa2 bad effect divorce.

alizaR Publish time 25-3-2021 05:56 AM

becir replied at 24-3-2021 07:37 PM
Byk je jumpa jantan solat tak tinggal tapi tak responsible pun..

Setujuuuuu sangaaaat.

helicornia Publish time 25-3-2021 08:38 AM

sementara itu forumer cari jugak menghina orang tak kawin. andartu junior la andartu forever la.masalahnya ramai jantan skrg takde kualiti. jadi perlu ke kawin semata2 nak elak diejek andartu. bila timbul masalah kita sendiri jugak yang tanggung bukan forumer yang dok menghina andartu2 tu

chinta89 Publish time 25-3-2021 09:36 AM

“Sekali lafaz perkahwinan dilafaz, selamanya akan terikat. Lebih baik sendirian dari silap dalam memilih pasangan,” pesannya.

masalahnya skait telinga sakit hati org cerca x berlaki. opis aku ni pun snaggup hadap jantan lakinya x btanggungjawab, siap pakej hutang ahlong simbah cat pun sampai kena refer psikiatri dah minah tu tp takan sesekali bercerai sb konsep asal berlaki

None68 Publish time 26-3-2021 02:19 PM

dory.thefish replied at 25-3-2021 12:30 AM
Aku pernah kawen dulu. Ikut umur mmg dah matang. Tp rupanya susah jgk marriage life. N pgalaman tu b ...

Bukan senang jugak nak bercerai esp dgn anak berderet2 dan xde income.

doodlediddle Publish time 9-9-2021 09:10 AM

Aku harap wanita2 yg kne tindas dek perkahwinan, Cuba lah Sedaka upaya utk membebaskan diri Dari perkahwinan toksik. Kalau dah laki si biawak
Hidup, xbagi nafkah, x bertanggungjawab, sudah2 lah bertahan Demi anak ke, asalkan ber laki ke. Ni dah 2021 kot. Kebahagiaan diri sendiri tu lagi penting. Kalau emosi kau stabil, anak2 pun bahagia. Kenapa sanggup deritakan diri sendri. Wanita kini bukan sperti wanita dulu2 yg mmg dok rumah jaga anak dan suami. Suami helok ke xhelok ke terpaksa lah hadap.Sekarang wanita mampu berdiri dgn kaki sendiri dan bertindak bijak utk kebahagiaan dan ketenangan diri sendiri

NorAddin Publish time 23-9-2021 05:32 AM


RE: Pesanan terakhir seorang lelaki: Pasangan Hidup Perlu Dipilih!


walaupun jodoh itu adalah rahsia takdir ..
tetapi d'suroh pilih ..
supaya tidak salahkan takdir ..


so .. haha
pilih .. memilih sehingga terpilih

[*]pilih .. dulu
[*]memilih .. nilaian
[*]terpilih .. hargai
ini apply for both gender ..


Nabi SAW sabdanya:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ
Wanita d'nikahi kerana empat perkara
لِمَالِهَا
kerana hartanya
وَلِحَسَبِهَا
keturunannya
وَجَمَالِهَا
kecantikannya
وَلِدِينِهَا
agamanya
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maka peganglah dengan yang mempunyai agama.
Engkau akan bahagia.

Riwayat al-Bukhari (5090) & Muslim (3708)


hanya memula d'dalam alam rumahtangga ..
kita kena mengerti dan faham ..
Manusia semuanya
Tiada lepas siksa
Suka dan duka silih berganti
Sudah takdirNya Yang Maha Suci

Tetapi manusia
Seharusnya berusaha
Bahagia tak akan datang sendiri
Jika manusia tiada cari



[*]kompromi
[*]toleransi

amat perlu pada awal penghidupan suami isteri
tolak ansur d'dalam asam garam .. perkahwinan

p/s ..
nCiiJdYYc3Q
all d'best ..{:1_551:}{:1_149:}{:1_511:}{:1_141:}



Pages: [1]
View full version: Pesanan terakhir seorang lelaki: Pasangan Hidup Perlu Dipilih!


ADVERTISEMENT