Aking Publish time 24-3-2021 09:26 AM

Sultan Johor Mahu Tubuh Semula JVF - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1eRTrX.img?h=532&w=799&m=6&q=60&o=f&l=f&x=412&y=146
Pegawai Tadbir Negeri Johor akan diberi latihan asas bersama-sama Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Berita Harian

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan penubuhan semula Pasukan Sukarelawan Johor atau Johore Volunteer Forces (JVF), yang pernah ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar, pada 1905.

Sultan Ibrahim bertitah, sebagai permulaan, semua Pegawai Tadbir Negeri Johor perlulah diserapkan ke dalam JVF dan diberikan latihan asas ketenteraan bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

"Ini bertujuan menambah kecergasan dan memperkasa disiplin pegawai-pegawai kerajaan.

"Pegawai JCS boleh memakai uniform JVF semasa bertugas atau menghadiri majlis-majlis bersesuaian. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan penampilan pegawai tadbir negeri Johor," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi JCS (Johor Civil Servant) dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama di Pusat Konvensyen PERSADA, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda, hari ini.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibrahim.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah, penubuhan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (Akademi JCS) satu langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan kerajaan Johor.

Selain memberikan ilmu baharu, baginda bertitah, Akademi JCS harus memberikan pendedahan dan pengajaran mengenai kes-kes mahkamah yang merugikan kerajaan disebabkan tindakan dan keputusan yang silap, serta perjanjian yang berat sebelah supaya kesilapan yang dibuat tidak berulang kembali.

"Saya berharap akademi ini akan menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam negeri Johor.

"Penubuhan Akademi JCS ini tepat pada masanya. Ia perlu berfungsi sebagai badan perkembangan ilmu untuk melahirkan kakitangan kerajaan yang mahir dalam bidang pengurusan dan pembentukan dasar negeri," titah baginda.

Aking Publish time 24-3-2021 09:27 AM

Siapa nak tanggung kos tu semua?

tagas Publish time 24-3-2021 12:01 PM

Ade mase utk sakit kpale
ke peg2 jcs nak mikir sume nih :o

oneword Publish time 26-4-2021 11:47 AM

"Sayaes berharap akademi ini akan menjadi pusat perkembanganes ilmu pengetahuan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam negeri Johor."
hot game free cookie clicker
Pages: [1]
View full version: Sultan Johor Mahu Tubuh Semula JVF - AKT


ADVERTISEMENT