Kaykaychan Publish time 22-3-2021 07:05 PM

6 Perkara Wajib Anda Ketahui Tentang Dunia Percintaan

Dalam perhubungan, anda pasti akan merasai asam garam kehidupan dunia romantis. Dari mengenali cinta pertama hinggalah ke kesedihan putus cinta, pastinya ada sahaja kenangan pahit manis yang sukar dilupa.
1. Masih Awal Untuk Anda Serius Dan Berkomitmen Pada Usia Seawal 20-anUsia 20-an dikatakan fasa terbaik dalam hidup seseorang. Namun, berhadapan dengan beberapa isu seperti awal kerjaya ataupun masih dalam institusi pengajian tinggi merupakan perkara biasa pada usia awal dewasa ini. Perkara seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi. Melibatkan diri ke alam percintaan secara serius boleh menambahkan kerungsingan dan tidak punya masa untuk memperbaiki diri sendiri.Emosi pada awal usia 20-an, yang masih sedang mencuba menyesuaikan diri dengan alam dewasa dan komitmen dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika anda mahu menjalin hubungan cinta, pilihan terbaik untuk kalian cuba mengenali antara satu sama lain. Nothing that is too serious or too personal antara satu sama lain. Latih diri untuk lebih matang dengan memberikan komitmen yang konsisten terhadap pasangan anda juga antara langkah yang selamat. Namun, ada baiknya juga jika anda berjaya bertemu pasangan kala masih muda – stay committed! Kalau nak menemui sesiapa, kakak recomendasi JD Dating Apps untuk dating sahaja, ataupun Tinder juga boleh!
2. Kesihatan Mental Bukan Penghalang Untuk Menjalinkan Hubungan Percintaan.Masalah kesihatan mental seperti anxiety atau kemurungan tidak sepatutnya dijadikan penghalang dalam menjalinkan cinta yang stabil. Kasih sayang dan kepercayaan antara satu sama lain merupakan kunci utama dalam hubungan yang sihat. Memilih pasangan hidup yang dapat bekerjasama dalam menjamin kesihatan mental anda harus dititikberatkan.Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengawal emosi, berbincanglah dengan pasangan mengenai kesulitan yang dihadapi. Juga harus diingat bahawa pasangan anda merupakan teman hidup, bukan pakar terapi. Oleh itu, sesi bersama pakar terapi bersama pasangan juga amat digalakkan. Jangan jadikan kesihatan mental merosakkan hubungan bersama pasangan anda. You are not alone!
3. Self-love Lebih Penting Sebelum Anda Move On Dan Mencintai Orang Lain.Secara amnya, self-love memfokuskan usaha anda mencintai nilai serta harga diri. Self-love bukan sahaja meliputi aspek fizikal seperti berhias untuk diri sendiri, malah aspek mental juga harus diambil berat. Perasaan kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan adalah perkara biasa dalam percintaan.Kekal postitif setiap masa mungkin agak sukar dalam keadaan seperti ini. Self-love antara langkah terbaik dalam usaha untuk move on secara perlahan-lahan daripada bekas kekasih. Jika kita belajar menerima kekurangan dan kelebihan diri, pastinya kita juga turut bersedia untuk menerima kekurangan orang lain. Kalau nak start hubungan baru, boleh try lah CoffeeMeetsBage atau SweetRing yang paling cun bleh hubungan serius.
4. Tidak Kira Apa Jua Lingkungan Usia, Single Bukan Masalah Besar.Sementara rakan-rakan anda menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti date night bersama kekasih mereka, anda di rumah pula sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton filem romantik di Netflix seorang diri kerana anda masih single – well, no need to cry out the fact that you are still single!Banyak kelebihannya buat mereka yang masih single. Semestinya anda tidak terikat dengan mana-mana hubungan komitmen. Tambahan pula, anda tidak perlu serabut untuk membahagikan hal kerja dengan masa bersama kekasih. Sekiranya anda masih berusaha dalam mencari pasangan hidup, jangan terlalu memaksa diri. You can fall in love at any age. Relaksdan ambil masa anda untuk mencari pasangan. Kalau nak take a break for yourself, boleh try lah pergi ke “Self-Healing Island” - Pulau Perhentian, di sana boleh hiking, free diving, scuba diving, yoga apa-apa pun. Kakak hari itu try freediving dyngan andrasa, takut tapi sekarang dating dengan classmate German aku!
5. Perkahwinan Bukan Satu Paksaan Dalam Dunia Percintaan.Klise dalam masyarakat Malaysia apabila disoal oleh orang tua “Bila nak kahwin?”. Mendengar soalan seperti ini kadang-kala boleh mencetuskan persepsi negatif atau konflik antara keluarga atau orang tua. Ada sahaja perasaan ingin membalas kata-kata mereka tetapi kita sedar bahawa mereka cuma mahu yang terbaik buat kita.Perkahwinan itu merupakan perkara serius, komitmen antara kedua-dua belah pihak merupakan asas bagi menjalinkan perikatan untuk berumah tangga yang kukuh. Tiada paksaan dalam berkahwin, kelanjutan usia bukan satu alasan untuk berkahwin secepat yang boleh. Perkara seperti kestabilan status kewangan, pemilikan harta benda dan lain-lain harus dititikberatkan dalam menjamin hidup pasangan anda setelah berkahwin.
6. Codependency Dan Codependent Adalah Perhubungan Yang Tidak Sihat.Codependency bermaksud hubungan di mana satu pihak dalam perhubungan itu needy ataupun terlalu bergantung kepada sebelah pihak lagi. Codependency lebih ekstrem daripada sifat clinginess. Seseorang yang bersifat codependent selalunya menghabiskan masa dalam hidupnya menyenangkan pasangan mereka. Dalam istilah yang lebih mudah, satu pihak merasa dirinya memerlukan seseorang manakala sebelah pihak lagi merasakan dirinya diperlukan oleh orang lain.Contohnya, dalam hubungan percintaan pasangan memerlukan antara satu sama lain untuk rasa dicintai, hubungan codependency pula merasakan dirinya tidak berguna jika tidak diperlukan. Seorang yang codependent hanya gembira ketika membuat pengorbanan yang melampau untuk pasangan mereka. Mereka merasakan mereka mesti diperlukan oleh orang lain ini untuk mempunyai tujuan hidup. Hubungan ini tidak sihat kerana ia berkait dengan masalah kesihatan mental.

rajamoney Publish time 22-3-2021 08:28 PM

terubat hati ipan dan capiloton mmbacanya

{:1_563:}
Pages: [1]
View full version: 6 Perkara Wajib Anda Ketahui Tentang Dunia Percintaan


ADVERTISEMENT