piao Publish time 19-3-2021 10:45 PM

Susah nak tahu kucing korang sihat atau tak? Jom baca tips mudah ini!

Susah nak tahu kucing korang sihat atau tak? Jom baca tips mudah ini!

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat istimewa. Kadangkala mereka senang untuk difahami, tapi selalunya tingkah laku mereka diselubungi ‘misteri’.

Ini kerana kucing merupakan haiwan yang kuat serta bijak menyembunyikan masalah kesihatan.

Sebagai penjaga dan pencinta kucing, pasti korang ingin tahu cara menilai kesihatan ‘si bulus’ kesayangan korang.

Jadi, untuk mengetahui sama ada kucing korang sihat atau tidak, korang kena peka dan perhatikan tanda-tanda di bawah ini terlebih dahulu.

#1 Teruja bila tiba waktu makan
Kucing yang sihat akan sentiasa bersemangat saat tiba waktu makan. Cara mengenalinya adalah bila kucing menggeserkan badan pada kaki korang dan membawa korang ke arah tempat makanan biasa dihidangkan.

Sementara itu, kucing yang tidak sihat hilang selera makan dan tidak membuang air besar seperti biasa.


https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/1800x1200_cat_eating_meal_other-e1615362264812.jpg
#2 Sistem pencernaan yang baik
Kucing sihat mempunyai sistem pencernaan yang baik. Macam mana nak tahu? Hah, ia boleh dikenalpasti melalui najis si bulus korang!

Bentuk ideal najis kucing adalah kecil, padat dan lonjong. Dari segi warna dan tekstur pula, najis sihat berwarna coklat gelap dan kelihatan pejal tetapi tidak keras.

Najis kecil dan tidak berbau menandakan segala nutrisi dalam makanannya diserap dengan baik dan menunjukkan bahawa usus kucing korang sihat.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/cat-care_litter-box-problems_main-image1_0-e1615861022460.jpg
#3 Rancak & aktif ketika bermain
Biarpun tabiat kucing mungkin akan berubah seiring usia, kucing yang sihat kekal aktif dan suka bermain. Tak kiralah mengejar mainan atau melompat dan berlari kesana-sini.

Sebaliknya pula jika si manja korang tidak sihat, ia cenderung menunjukkan simptom tidak bermaya atau tidak berminat dengan sebarang aktiviti yang biasa dilakukan oleh seekor kucing seperti berlari dan bermain.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/animals-1615362481701-8655-scaled-e1615362509672.jpg
#4 Bulu berkilau bak bintang, mata bersinar seperti permata
Salah satu tanda paling mudah untuk kenal pasti kucing korang sihat adalah dengan melihat penampilan bulu pada badannya. Biasanya, kucing yang sihat memiliki bulu yang bersinar dan bersih.

Selain itu, matanya juga kelihatan cantik dan bersinar!

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/1_DBpb1z9BXziIS1CS_7OhvA-e1615363191309.jpeg
Kalau nak si manja korang sihat, benda paling utama yang perlu dititikberatkan adalah kandungan nutrisi yang disajikan dalam makanannya.

Namun, masih ramai yang ambil mudah berkenaan perkara ini dan tidak kisah tentang pemakanan kucing mereka. Asalkan makanan kucing, semua boleh. Jangan macam tu!

Makanan berkualiti untuk si manja tersayang!
Tanggapan sebegitu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan kucing korang, malah makanan tidak berzat atau mengandungi banyak pengawet mungkin akan menyebabkan penyakit kronik terhadap kucing seperti batu karang dan sebagainya.

Sebab itulah pentingnya pemilihan makanan yang berkualiti tinggi buat meow korang.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/giphy-2.gif
Tapi disebabkan terlalu banyak pilihan makanan kucing di pasaran, korang mesti pernah mengalami masalah ini: susah nak cari makanan yang selamat dan bernutrisi buat kucing kesayangan korang, betul tak?

Jangan risau, nah kami share makanan yang terbaik untuk kucing korang!

Purina ONE, pilihan terbaik untuk si bulus yang sihat dan cergas
Diperkaya dengan bahan berkualiti tinggi, PURINA ONE adalah makanan kucing premium yang dijamin lazat serta memenuhi keperluan nutrisi kucing korang supaya kekal sihat sepanjang masa!

Dengan makanan PURINA ONE, korang boleh lihat perbezaan ketara dengan kucing korang ni seawal 3 minggu saja tau!

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/03/Screenshot-2021-03-16-at-9.40.46-AM.png


Selamat mencuba!

Sumber : https://ohmymedia.cc

Aurora446 Publish time 19-3-2021 11:16 PM

{:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo

sharlenetexas Publish time 19-3-2021 11:29 PM

Kucing iols makan Friskies. Pernah bagi Whiskas sebelum ni.

lembumanis Publish time 20-3-2021 04:15 AM

Sebelum ni bago TOTW tapi hazab poo nya bau busuk namati. Then skrg tukar Leonardo, poo ok takde la hazab sgt. Berat pun naik sado dah

tumpangbaca Publish time 20-3-2021 09:19 PM

Bg makan ank bulus snappy tom

siputpepel Publish time 21-3-2021 05:34 PM

Thanks for sharing !
Pages: [1]
View full version: Susah nak tahu kucing korang sihat atau tak? Jom baca tips mudah ini!


ADVERTISEMENT