evataso Publish time 19-3-2021 08:36 AM

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses. Bisul boleh merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah.

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak. Jom kami kongsikan petua hilangkan bisul dengan cepat tanpa perlu berjumpa doktor.

Petua hilangkan bisul
1. Air rebusan garam
Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

2. Campuran madu, tepung dan kuning telur
Untuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan di dalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.

3. Kapur sireh
Sapukan kapur sireh ke atas bisul supaya cepat kecut. Apabila kapur sireh kering, sapukan lagi. Ulang sehingga bisul anda kecut.

4. Bawang putih
Ambil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.

5. Kapas dan cuka
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Biarkan semalaman. Mungkin anda akan terasa pedih sedikit. Kalau tak tahan pedih, basuh dengan kedar segera. Ulang sehingga bisul anda kecut.

6. Beras dan kunyit hidup
Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Apabila kering, gantikan dengan campuran yang baru. Ulang sehingga bisul anda hilang.

7. Daun sireh
Kunyah daun sireh dan tepekkan pada bisul. Biarkan sehingga kering. Kepada anda yang tak pernah makan sireh, apabila dikunyah, rasanya agak pedas. Kena tahan sikit. Ulang sehingga bisul anda tiada lagi.

8. Uncang teh
Rendamkan uncang teh dalam air panas sehingga kembang. Apabila sudah suam, tekapkan uncang teh tadi ke atas bisul. Apabila uncang teh menyejuk, rendam semula sehingga panas. Ulang setiap 3 jam. Uncang teh tadi jangan pula diminum selepas tu, ada banyak bakteria.

9. Minyak tea tree
Minyak tea tree telah digunakan selama berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Namun harus diingat, minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika rasa sakit atau bisul menjadi semakin merah.

10. Ubat homeopati
Ubat homeopati juga boleh digunakan untuk menghilangkan bisul. Di antara ubat homeopati yang berkesan untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris, silicea 30c dan Bryonia 200c. Apa salahnya mencuba, kan? Mana tahu kot serasi.

11. Teh Herba
Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria yang menjadi punca bisul. Kalau anda terkena bisul. minum teh herba untuk membunuh bakteria yang ada dalam badan anda.

12. Buah delima & daun lidah buaya
Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

13. Ubat salap
Ubat salap yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan yang disebabkan oleh bisul.

14. Pucuk daun semalu
Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul hilang.

15. Menjaga kebersihan
Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Gunakan sabun antibakteria bagi individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.

16. Pakaian ketat
Elak diri dari memakai pakaian yang ketat kerana pakaian ketat boleh menyebabkan anda banyak berpeluh. Peluh yang banyak menyebabkan banyak bakteria ada pada tubuh badan.

17. Jangan menggaru
Jangan menggaru kulit kerana kulit yang terluka akan menyebabkan bakteria punca bisul masuk ke dalam kulit.

18. Losyen antiseptik
Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang luka untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.

19. Mencuci
Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan nanah dari bisul yang pecah.

20. Jangan picit bisul
Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menyebabkan jangkitan masuk lebih jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh menyebabkan bisul merebak ke tempat-tempat lain.

SELAMAT BERAMAL

c===8 Publish time 19-3-2021 11:32 AM

petua dari arwah kawan saya, dia kata ni petua mat saleh (ayah dia mmg mat saleh)

utk bisul yg baru tumbuh, tenyeh dgn taik idong, insyaAllah susut bisul tu

saya penah cuba & menjadi

sarah82 Publish time 19-3-2021 10:01 PM

Pernah korang dengar grass seed?

Kalau jadi bisul.. Dan tak nak keluar.. Angpa beli grass seed kat sensei.. Balik campur sikit dgn air.. Bagi jadi pes dan tempek kat bisul..

mrsbale Publish time 19-3-2021 10:10 PM

Xtau petua tp mak i pnah pesan kalau bisul ni jangan pandai2 duk p cucuk/pecah sendri nnt takut melarat lg teruk.

Amandaminaj96 Publish time 19-3-2021 10:18 PM

Tgk gmbr pun dah tau pedih {:3_92:}

Aurora446 Publish time 19-3-2021 10:27 PM

Good info

cantik88 Publish time 19-3-2021 10:30 PM

Petua yang bagus

wati2110 Publish time 19-3-2021 11:09 PM

Terima kasih atas info....kebetulan anak saudara kene bisul kt cuping telinga belah kanan...kesian dia x boleh tido mengiring je belah kiri...nnti nk bg petua ni kt kakak la...

ophillea Publish time 19-3-2021 11:43 PM

Iolls pakai petua yg bawang putih tu...

Solero Publish time 19-3-2021 11:48 PM

Tima kasih ats info..i selalu jd bisul ni. Kerap sgt jd

0rkidHut4n Publish time 19-3-2021 11:52 PM

pendek cite. dari no 15 ke seterusnya kalau di amal mungkin bisul tu tak wujud.

noyanoyi Publish time 20-3-2021 12:54 AM

sis penah kena bisul,letak keliling bisul tu dgn ubat katak namanya,omputih grass seed la kot mmg esoknya pecah trs bisul

GigaMom Publish time 20-3-2021 01:45 AM

Jumpa dr pum dr pecahkan bisul tu
Bagi nanah2 keluar habis baru buh ubat

Kat rumah sdiri
Nak buh kapur makan paling senang
Tapi buh sekeliling sahaja
Bahagian mata jgn bubuh
Nnti kering susah nk keluarkan

Jika tak keluarkan habis nnti bisul tu dtg semula
Sebb kuman kan
So pastikan nk picit keluar nanah bagi habis
Dah picit bersihkan
Letak ubat

Lydiawie Publish time 20-3-2021 06:38 AM

Thanks info
Pages: [1]
View full version: 20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!


ADVERTISEMENT