piao Publish time 18-3-2021 11:58 PM

5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. Mungkin Ramai Yang Buat.

5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat.
https://khairulhakimin.com/wp-content/uploads/2020/11/BARKAH-01-1024x586.jpg



Keberkatan hidup bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dan dirasa.Kita tidak mungkin dapat menilai keberkatan hidup sesuatu individu hanya dengan melihat harta kekayaan yang dimiliki.Atau mungkin juga dengan melihat tahap kedhaifan yang ditempuhi.Kekayaan bukanlah penanda aras bahawa hidup anda mendapat keberkatan.

Boleh jadi Allah datangkan kekayaan sebagai Istidraj yang akan membuat tahap kesesatan dan kealpaan anda bertambah.Kemiskinan pula, boleh jadi Allah datangkan sebagai medan ujian buat hamba yang dikasihinya.

Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah: ..

1. Duit bertimbun, tapi selalu tak cukup!
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.lepas tu, siap bagi alasan, "Aku bukan taknak sedekah, tapi duit gaji aku ciput je..nak bayar kereta pun tak lepas" (sambil makan kentang goreng di McDonalds).

2. Buat kerja tapi tak pernah siap!
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat!
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.Macam pepatah orang tua, "Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

4. Masa habis dengan sia-sia!
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

5. Hati sentiasa gundah gulana!
Bila hidup tak berkat, apa pun yang kita capai dalam hidup (wang, kepandaian, pangkat) tak mendatangkan apa-apa makna.Tiada rasa gembira hadir dalam hati.Malah, rasa kekosongan jiwa semakin bertambah-tambah.Hidup dah penuh tapi jauh dalam sanubari , terasa satu kehilangan.Itu maknanya anda semakin jauh dari Sang Pencipta.


Apa lagi tanda-tanda hidup tak berkat yang anda tahu ???



Sumber : http://dakwahdotmy.blogspot.com/2017/04/baca-dan-fahami-5-tanda-tanda-hidup.html

purpleghozt Publish time 20-3-2021 06:40 AM

Hati yang gundah gulana tu saya setuju ... lagi plk umur dh 3 series ... mungkin Allah dh beri petunjuk utk kurangkan duniawi

kasijelaya Publish time 29-4-2021 11:15 AM

hati gundah gulana
pasal dah tak ada cita cita
dah spt org tua habiskan sisa masa

org sibuk langsung xde masa pikir benda ni
termasuk kaum wanita nak sibuk keje rumah

akan tetapi
penagih sibuk juga nak cari duit
walaupon mereka tak terasa
tak erti berkat
boleh masuk ke 4

yg 1 pendek kata tamak
bukan setakat duit
banyak lagi barang yg manusia tamak
ada yg tamak kereta
ada yg gila pompuan cantik
ada yg gila rumah mewah
wanita ramai yg gila baju, kosmetik

yg 2 tu senang cerita
kalau korang bisnes
staff kalau perangai ni
terus buang
atau masuk keje ikut suka
biasanya ada ikatan dgn satu
pasal nak kejar nafsu
dpt gaji je esok hilang
pergi cari awek

yg 3 manusia tak sempurna
semua pun pernah buat salah
tulah pasal kene puasa
wasalam
Pages: [1]
View full version: 5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. Mungkin Ramai Yang Buat.


ADVERTISEMENT