piao Publish time 18-3-2021 11:20 PM

Ini 7 Wireless Mouse Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Bawah RM30

Ini 7 Wireless Mouse Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Bawah RM30

Jika anda bekerja menggunakan komputer atau laptop, sudah semestinya mouse adalah benda yang amat penting bukan?

Jika dilihat kini banyak jenis mouse yang kita boleh dapatkan sama ada mempunyai wayar atau tidak. Namun, penggunaan mouse berwayar mungkin akan melecehkan sedikit kerja anda.

Oleh sebab itu, wireless mouse diperkenalkan untuk membuatkan anda lebih selesa menggunakannya ketika bekerja tanpa gangguan wayar. Tambahan lagi bagi anda yang sedang bekerja dari rumah, memang sangat sesuai.

Jom kita lihat antara 7 jenis wireless mouse yang terbaik dan mampu milik anda boleh beli di Shopee:

1. Logitech M170

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868446/5564.jpg
Mouse ini boleh digunakan sejauh 10 meter (33 kaki). Ia amat memudahkan anda untuk melakukan kerja dan bermain game dengan yakin.

Anda hanya perlu cucuk ke USB port di komputer dan boleh menggunakannya dengan segera. Bentuknya juga menyokong dapat tangan anda berjam-jam lamanya dengan penggunaan yang selesa.

Harga : RM26.90 (Shopee)

2. Philips M314

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868447/c2c2.jpg
Mouse ini juga mempunyai silent click dan sesuai untuk orang yang tidak suka kepada bunyi butang terlalu kuat. Cara untuk menggunakannya sangat mudah dengan USB dongle mini yang hanya perlu dicucuk pada USB port dan terus boleh digunakan.

Reka bentuknya yang kecil dan ringan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana saja. Mouse sensor sesuai juga untuk penggunaan di atas pelbagai jenis permukaan.

Harga : RM21.80 (Shopee)

3. HP X3000

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868448/d790.JPG
Mouse ini didatangkan dengan reka bentuk yang menawan, ia menggabungkan pelbagai ciri-ciri teknologi canggih di dalamnya.

Sangat sesuai kepada semua orang mahu nampak elegan kerana walaupun rupanya nampak seperti mahal, tetapi harganya ternyata sangat mampu milik. Ianya juga menyokong Operasi Sistem Macintosh selain daripada Windows.

Harga : RM19.00 (Shopee)

4. Alcatroz AirMouse 3

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868449/df86.jpg
Jenama ini memang sangat terkenal dalam menghasilkan mouse menarik terutamanya bagi gaming mouse. Namun, ia juga sesuai digunakan untuk kerja seharian anda.

Rekaan bentuk yang kecil dan menarik sangat memudahkan anda untuk melakukan kerja. Malah, ia juga dikenali sebagai silent mouse kerana bunyi klik yang tidak begitu kuat.

Harga : RM19.00 (Shopee)

5. Targus W600

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868450/382b.jpg
Hadir dengan sensor 1600 DPI, Targus W600 wireless mouse mempunyai reka bentuk yang ringkas menjadikannya alat yang sesuai untuk digunakan di pejabat atau di mana sahaja.

Ia juga selesa digunakan oleh kedua belah tangan dengan fungsi navigasi yang mudah. Anda akan dapat bergerak melalui daripada dokumen dan halaman web dengan cepat. Nikmati ruang kerja tanpa kekacauan di meja atau meja kopi anda.

Harga : RM26.00 (Shopee)

6. PROLiNK Wireless Optical Mouse


https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868451/317c.png
Wireless mouse ini mempunyai sensor optik 800,1200 dan 1600 DPI yang boleh disesuaikan untuk ketepatan yang lebih baik.

Dengan jarak kerjanya hingga 10 meter, ia sangat bagus untuk kegunaan di rumah dan pejabat. Tambahan lagi, mouse ini turut dilengkapi dengan fungsi mod tidur dan mengaktifkannya dengan mudah iaitu hanya perlu klik pada mana-mana butang.

Harga : RM23.00 (Shopee)

7. Alcatroz Pebble

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/868452/5e3b.jpg
Rekaan bentuk mouse ini ternyata berbeza daripada mouse yang lain. Jika dilihat, bentuknya nampak begitu bulat dan akan memudahkan tangan kita untuk memegangnya.

Resolusinya iaitu 1200 DPI sesuai untuk penggunaan komputer serta dapat menghasilkan sensitiviti mouse yang ideal bagi pengguna.

Harga : RM24.90 (Shopee)

Jom tukar daripada mouse wayar kepada wireless, lebih memudahkan!

Sumber : https://says.com



Pages: [1]
View full version: Ini 7 Wireless Mouse Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Bawah RM30


ADVERTISEMENT