evataso Publish time 18-3-2021 09:50 PM

Petua Melegakan Sakit Gigi Berlubang


Kenapa Gigi Berlubang Menyakitkan?

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Rumah

Ubat Dari Farmasi

Endorfin Semula Jadi

Sama ada sakit berdenyut-denyut atau sensasi tajam dan menikam, rasa sakit adalah kesan sampingan gigi berlubang (kaviti), dan kadang-kalanya kita tidak dapat berjumpa doktor gigi dengan segera. Semasa menunggu untuk berjumpa doktor, terdapat beberapa cara yang boleh memberikan kelegaan sementara di rumah.

Kenapa Gigi Berlubang Menyakitkan?
Gigi berlubang mendedahkan dentin sensitif dan saraf pulpa gigi. Ini mengakibatkan rasa sakit yang datang dan hilang. Menurut American Dental Association, kesakitan kaviti sering berlaku semasa anda mengambil makanan sejuk atau manis. Tanda-tanda lain kaviti ialah makanan yang tersekat dalam gigi anda atau kawasan gigi terasa kasar apabila disentuh dengan lidah. Anda mungkin juga dapat melihat kerosakan (pereputan) pada gigi anda.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Rumah
Remedi semula jadi yang boleh dilakukan di rumah untuk melegakan kesakitan kaviti termasuk air suam, garam dan minyak bunga cengkih. Mayo Clinic mencadangkan untuk memberus gigi dengan air suam supaya membersihkan keseluruhan bahagian mulut, termasuk bahagian yang terasa sakit. Anda juga boleh berkumur air garam yang suam dengan mengikuti langkah-langkah tersebut:

Tambah dua sudu kecil garam ke segelas air suam.
Kacau sehingga garam menjadi larut.
Bilas mulut anda dengan menyeluruh dengan air garam dan kemudian ludah ke dalam sinki.
Bilasan air garam dapat membersihkan cebisan makanan dari lubang pada gigi dan melegakan keradangan. Jangan kumur dengan air panas atau sejuk. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan rasa sakit bertambah teruk.

Minyak bunga cengkih juga merupakan rawatan kelegaan kesementaraan yang berkesan untuk sakit gigi berlubang. Ikuti langkah-langkah ini:

Tambah dua atau tiga titis minyak bunga cengkih pada putik kapas, bebola kapas atau tisu yang bersih.
Tempatkan putik kapas, bebola kapas atau tisu pada bahagian kaviti kemudian biarkan sehingga rasa sakit berkurang.
Kalau minyak bunga cengkih tulen terlalu kuat, gunakan minyak zaitun untuk mencairkannya.

Ubat Dari Farmasi
Ubat gigi untuk gigi sensitif dan analgesik boleh melegakan rasa sakit gigi berlubang. Memberus menggunakan ubat gigi sensitif untuk mengebas saraf yang terdedah. Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk mengurangkan kerengsaan pada dentin dan saraf pulpa. Ibuprofen dan acetaminophen adalah dua jenis analgesik yang boleh didapati di farmasi untuk melegakan sakit gigi berlubang, tetapi anda harus mendapatkan nasihat doktor anda jika ia sesuai untuk digunakan.

Endorfin Semula Jadi
Senaman melepaskan endorfin yang merupakan penenang rasa sakit semula jadi.

Jika anda biasa bersenam, aktiviti senaman atau berlari boleh melegakan sakit gigi. Cuba senaman berjalan pantas kalau anda tidak meminati senaman keras.



Sakit gigi berlubang boleh berlaku pada bila-bila masa. Dengan menguruskan rasa sakit di rumah, anda boleh teruskan kehidupan dengan selesa sementara menunggu pejabat doktor gigi anda dibuka. Mujurnya, tampalan atau rawatan gigi yang lain semasa berjumpa doktor gigi anda akan memberikan kelegaan yang kekal

rajamoney Publish time 18-3-2021 10:22 PM

tampal je la

evataso Publish time 18-3-2021 10:23 PM

rajamoney replied at 18-3-2021 10:22 PM
tampal je la

Tampal byk belanja. Ekekeke

Lemonademint6 Publish time 18-3-2021 10:29 PM

Good info.. Tq

belacan_gurl Publish time 18-3-2021 10:42 PM

Dari sengsara menahan sakit gigi...baik gi klinik gigi swasta jerla....kalo klinik gomen tggu lama sgt..x kisah abis duit dari menahan sakit.. dia punya tangkap sampai sakit kepala..demam..keja x jadi.. Idoklerr teman :mad:

NurAlia14 Publish time 18-3-2021 10:43 PM

Tampal kne tggu esok kalo buatnye sakit mlm nk tdo pn xblh

matseh Publish time 18-3-2021 10:52 PM

Panadol. Kalau ada duit pegi klinik 24 jam, mintak doktor pain killer. 20 min hilang sakit gigi.

kuzaime Publish time 18-3-2021 10:53 PM

Pernah kena, rasa macam nak gila tanggung sakit, berdenyut terus ke otak:mad: rasa sakit bersalin pun x seteruk sakit gigi:dizzy:

atiqah0206 Publish time 18-3-2021 10:57 PM

:lol::lol::lol::lol::lol::lol::lol::lol::lol:

rasazrin Publish time 18-3-2021 11:25 PM

Pernah kena mcm2 petua buat tp tak jalan. Akhirnya serah diri kt klinik gigi tampal terus. Baru aman dunia

chombee2010 Publish time 19-3-2021 12:50 AM

dalam banyak2 sakit, sakit gigi paling x tahan sekali. byr beratus pon sanggup

CikYaYaYa Publish time 19-3-2021 01:12 AM

Sakit gigi diaa punya sakit lain mcmm wehh.. Nak tidow pon xboleh.. Org bcakap dekat aq pon aq rasaa nak lempang2 jer sebab bising.. Jwbnya serah diri kt klinik n tampalbaru legaa jwabnyaa ;P

Cieejiee Publish time 19-3-2021 05:32 AM

Jgn main2 dgn sakit gg nie ..:L

Solero Publish time 19-3-2021 06:23 AM

Gigi bongsu nak tumbuh pun sakit..yg belubang ni lg la.. Penah rasa dah.. Sakitttt

evataso Publish time 19-3-2021 07:22 AM

CikYaYaYa replied at 19-3-2021 01:12 AM
Sakit gigi diaa punya sakit lain mcmm wehh.. Nak tidow pon xboleh.. Org bcakap dekat aq pon aq rasaa ...

Sakit hati boleh cover lagi tapi sakit gigi ni ya alowhhhh ampunn

evataso Publish time 19-3-2021 07:23 AM

rasazrin replied at 18-3-2021 11:25 PM
Pernah kena mcm2 petua buat tp tak jalan. Akhirnya serah diri kt klinik gigi tampal terus. Baru aman ...

Sakit yang menyakitkan. Sakit gigi tapi nak kluar duit pun sakit

evataso Publish time 19-3-2021 07:24 AM

belacan_gurl replied at 18-3-2021 10:42 PM
Dari sengsara menahan sakit gigi...baik gi klinik gigi swasta jerla....kalo klinik gomen tggu lama s ...

Pernah jd dekat iols sampai bengkak muka dan moody berhari2

evataso Publish time 19-3-2021 07:25 AM

Sakit gigi ni kalau datang memang tak jejak tanah dibuat nya

rasazrin Publish time 19-3-2021 07:29 AM

evataso replied at 19-3-2021 07:23 AM
Sakit yang menyakitkan. Sakit gigi tapi nak kluar duit pun sakit

Hehe.. Pegi klinik gigi kerajaan je. Tp kena tunggu lama je la. Nak cabut tu je takde keberanian lg.

Nnasda53 Publish time 19-3-2021 09:11 AM

Apa pun thanks sharing Tt.

Memang sakit gigi tak bole nak tahan..pernah pitam la sedar2 dekat klinik dah.
Pages: [1] 2
View full version: Petua Melegakan Sakit Gigi Berlubang


ADVERTISEMENT