LisaMugichan_99 Publish time 18-3-2021 04:03 PM

ASIA PACIFIC PREDATOR LEAGUE 202021 AKAN BERLANGSUNG PADA APRIL 2021

Acer telah mengumumkan bahawa kejohanan Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung dari 6 hingga 11 April tahun ini. Kejohanan ini akan diadakan secara dalam talian dan dua permainan yang akan dipertandingkan adalah DOTA 2 dan PUBG.

Pada tahun lepas, Acer membuat keputusan untuk menangguh Asia Pacific Predator League sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pandemik COVID-19. Ia kini kembali pada tahun ini dan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan Grand Finals kejohanan tahun lepas telah menerima jemputan terus untuk menyertai kejohanan ini.

Terdapat sub-kejohanan yang akan dipertandingkan iaitu:

1) APAC Predator League 2020/21 Grand Final DOTA 2 Asia
2) APAC Predator League 2020/21 Grand Final DOTA 2 APAC
3) APAC Predator League 2020/21 Grand Final PUBG Asia
4)APAC Predator League 2020/21 Grand Final PUBG APAC

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah AS$400,000 (~RM1.6 juta) dan ia dibahagikan antara empat sub-kejohanan di atas. Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan slot mengikut negara asal masing-masing.

Siaran langsung kejohanan ini akan disiarkan melalui laman Facebook dan Twitch Acer Predator.

Link Asal :https://shrinke.me/3S1ZG1HD
Pages: [1]
View full version: ASIA PACIFIC PREDATOR LEAGUE 202021 AKAN BERLANGSUNG PADA APRIL 2021


ADVERTISEMENT