Patutlah Kucing Takut Sangat Dengan Air....
Anda rasa kenapa agaknya kucing takutkan air? Tapi yang peliknya, kucing suka pula minum air mengalir daripada paip atau kadang-kadang bermain dengan lopak air. Ironinya, setiap kali nak mandikan kucing mulalah mereka bertindak ganas dan kadang-kadang mencakar sesiapa saja yang cuba memandikan mereka.Bulu basah
Yang sebenarnya, kucing sangat tidak suka perasaan berada dalam keadaan bulu yang basah. Apabila keseluruhan bulu mereka basah, kucing akan berasa berat dan tidak dapat bergerak pada tahap ketangkasan normal mereka. Itu pastinya adalah pengalaman yang sangat tidak selesa untuk kucing yang suka bergerak dengan lincah.
Sejarah evolusi kucing
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/thumb_720_450_dreamstime_m_123081933_1.jpg
Antara sebab lainnya ialah tiada latar belakang kucing yang dikaitkan dengan air tidak kiralah dari zaman bila sekalipun. Malah sejarah awal kucing juga datang dari tempat yang kering seperti di gurun yang tidak mempunyai air. Mungkin ini boleh membantu menjelaskan mengapa reaksi pertama mereka adalah melarikan diri setiap kali perlu mandi.
Kurang kawalan
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kucing melarikan diri jika mahu dimandikan tetapi tidak kisah bermain dengan air yang menitis dari paip. Ini kerana semasa mandi di dalam tab, mereka mempunyai kurang kawalan di dalam situasi itu. Berada dalam keadaan bulu yang basah, air yang mengalir dan masuk ke dalam mata mereka pastinya sudah cukup membuat naluri kucing mereka menjadi tidak selesa.
Bau kimia
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/cat-water-sink-scaled-1-1200x800.jpg
Kucing dapat menghidu bau bahan kimia di dalam air. Kalau anda nak tahu, kucing mempunyai deria bau yang sangat kuat. Walaupun kita tidak dapat mengesannya, bahan kimia di dalam air paip memberikan bau tertentu yang dapat dikesan oleh hidung kucing dengan segera. Mungkin itulah sebabnya kucing tidak kisah bermain dengan air yang sedikit tetapi tidak jika dimandikan terus.
Walaupun begitu, ada juga kucing yang tidak ada masalah dengan air malah sukakannya. Jika betul cara pendekatan yang diajar sejak kecil, kucing tidak mempunyai masalah untuk bermain dengan air malah ketika dimandikan.
https://twitter.com/i/status/1335201110735212544
SUMBER
MENTALFLOSS
ANIMAL FRIENDS
Kucing iols suka mandi Edited by ninja boy at 18-3-2021 12:00 AM
Kalau takut air kenapa Miau x pandai tangkap ikan dilaut, hari2 mau lahap ikan, baik Miau jadi kucing laut,kalau duduk Darat nak lahap ikan kunun, baik Miau lahap cicak rat ubi keledekrumput sbg mknn ruji jah jimat kos taw evataso replied at 17-3-2021 10:55 PM
Kucing iols suka mandi
Untung nya...
Sapa2 ada tips yg boley menyenangkan proses mandian kitty, plssss share....
Lap je la dgn wet tisu.. Settle... Air pon jimat... Iddels replied at 18-3-2021 12:30 AM
Untung nya...
Sapa2 ada tips yg boley menyenangkan proses mandian kitty, plssss share....
i mndikan dgn water heater..air suam suam je sambil gosok2 1 bdn dia. Bulus i sukaa..memula je nk lari:2lol:
Normabaru replied at 18-3-2021 10:24 AM
Lap je la dgn wet tisu.. Settle... Air pon jimat...
Ohhh menariks ni.. wet tisu spesel brand ke? Sebab ada tisu yg contain alcohol..
Orangelily replied at 18-3-2021 10:30 AM
i mndikan dgn water heater..air suam suam je sambil gosok2 1 bdn dia. Bulus i sukaa..memula je nk...
Dah try mandian suam2 kuku ni.. Last2 iols yg "dikuku" bulus... oh nasibku..
Molek sangat yang kat lam video tue{:childlike Iddels replied at 18-3-2021 10:49 AM
Ohhh menariks ni.. wet tisu spesel brand ke? Sebab ada tisu yg contain alcohol..
Byk je dik yang no alcohol.. Try pki baby wipes or facial wipes..mostly just ayaq putih tp jual mahai...blh try google..
Ps: smlm kaka tgk sorg retis tu br jual spaket 8hingget.gila sng buat duit.
Kohkoh kucing iols kalau time mandi.. okey lg..
tp part nk keringkn dgn hair dryer..
mmg bersilat la die dlm cage tu.. {:1_563:} Normabaru replied at 18-3-2021 11:58 AM
Byk je dik yang no alcohol.. Try pki baby wipes or facial wipes..mostly just ayaq putih tp jual ma ...
Haa baby wipes! my bulus tu kira baby gak la hehehe.. thanks ya sis..
Noraniza_Iblis replied at 18-3-2021 12:16 PM
kucing iols kalau time mandi.. okey lg..
tp part nk keringkn dgn hair dryer..
mmg bersilat la die...
Hahaha boleyyy imagine! Takut bunyik hair dryer la tu.. My bulus lintang pukang jadi pelarian bila dgr vacumm!
Iddels replied at 18-3-2021 12:49 PM
Haa baby wipes! my bulus tu kira baby gak la hehehe.. thanks ya sis..
klu tengok ingredients and contents mostly all are the same thing tp branding differently so pricing differently.. Smart street beli je baby wipes.. Siap ade aloevera ngko.. Haaaa, most welcome! Iddels replied at 18-3-2021 12:51 PM
Hahaha boleyyy imagine! Takut bunyik hair dryer la tu.. My bulus lintang pukang jadi pelarian...
hahah...kann!!
vacuum, hair dryer dgn blender!
cukup 3 ni..buat dorg bercicittt lari..
kucing iols lau dorg mule nk bergaduh tu..
iols pasang vacuum je..senang..
{:freak{:hero{:hero{:hero{:spec{:hero{:freak{:kill{:hypnotize{:sing{:laugh{:love{:smile{:childlike{:childlike{:cryrun{:cryrun{:love{:love{:love{:laugh{:sing{:hero{:hero{:hero{:hero{:hero Kucing kita tak suka air :lol: Kucing dan air evataso replied at 17-3-2021 10:55 PM
Kucing iols suka mandi
Untungnya..kucing iols dia suka cakar2 kalau time nk mndikannn. My cat hate water
Pages:
[1]
2