Grandmaster Publish time 17-3-2021 03:58 PM

Side Hustle

Korang tau apa tu side hustle ? Dia macam part time job la selain dari kerja sepenuh masa yang korang ada..kalau kat malaysia ni , apa side hustle yang korang rekemen?

makankuihku Publish time 20-3-2021 02:12 PM

drop ship maybe bagus utk org yg modal kecik or taknak ambik risk modal .. tapi better dgn bisnes yg mmg founder / owner rajin marketing and bagi bahan .. kita buat sales and promo saja , orang nak baru order dengan HQ .. my 2 cents :)

Grandmaster Publish time 1-4-2021 05:32 PM

makankuihku replied at 20-3-2021 02:12 PM
drop ship maybe bagus utk org yg modal kecik or taknak ambik risk modal .. tapi better dgn bisnes yg ...

Dropship ni macam semua org dah buat kan...aku jek tak pernah try. Ada org kaya dengan jadi dropshipper ke ? Tolong munculkan diri anda...byk nak tanya ni..


Pada aku satu kelemahan dropship ni ialah kita tak dpt kawal inventori pembekal kita.Sekiranya mereka kehabisan stok, kita kehabisan stok.

Kalau benda mcm tu berlaku, lead time kita ke customer akan jadik lebih lama dan ada kemungkinan kehilangan pelanggan.


Pernah tak benda mcm ni berlaku ?


Grandmaster Publish time 13-4-2021 11:35 AM

Side hustle kegemaran aku (aku share satu persatu la eh...sbb malas nak tulis panjang-panjang)

NOMBOR 1

Deliver Food Dan Groceries

Cara ini dan menjadi salah satu tren yang paling pesat berkembang di seluruh negara, dan rasanya antara sidehustle yang terbaik. Kalau korang tak suka orang lain dalam kereta korang ( jadi uber drive / grabcar), tapi masih nak jana side income dgn aturan masa korang sendiri, ini adalah kaedah terbaik untuk dilakukan.

Satu-satunya kelemahan adalah korang tak dapat buat ni sepanjang masa (restoran biasanya tak bukak pukul 2 pagi kan..), Walau bagaimanapun, cara ini masih merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan wang tambahan!

Grandmaster Publish time 24-5-2021 11:19 PM

NOMBOR 2


Home baking and cooking


Menjual makanan yang dimasak di rumah mungkin bukan pilihan terbaik buat masa ini, kerana makanan ini perlu dimakan segera dan sekarang rakyat Malaysia kini kebanyakkannya memasak di rumah. Anda boleh mempertimbangkan untuk menjual makanan sejuk beku (FYI anda juga perlu mempertimbangkan penghantaran mknn frozen tersebut), atau menyediakan perkhidmatan katering untuk penduduk di kawasan kejiranan anda.

Anda juga perlu memikirkan cara memasarkan dan menghantar produk anda supaya pelanggan anda berpuas hati. Ketahui satu atau dua perkara mengenai pengiklanan di Facebook dan Instagram, dan cari orang untuk membantu. Jika tidak, cuba jual di platform membeli-belah seperti Lazada atau Shopee.

ifanonline Publish time 1-6-2021 09:24 AM

kalau nak buat side hustle yg banyak duit dan dlm lingkungan part time, jadi gigolo atau sugarbaby...bayaran per hour masyuk...

Grandmaster Publish time 28-6-2021 07:08 PM

Side Hustle

Edited by Grandmaster at 28-6-2021 09:51 PM

NOMBOR 3
Freelance Social Media Manager

Sangat sesuai jika anda seorang yang ketagihan media sosial (termasuk TikTok!)


Sekarang media sosial sangat penting untuk perniagaan tanpa mengira saiz. Konglomerat raksasa atau atau gerai pasar malam, semua orang bergantung pada media sosial untuk berhubung dengan pelanggan atau untuk mencari customer baru.


Tapi untuk benar-benar berjaya, anda mesti mencari jalan untuk menonjol lebih dari orang lain. Hal itu sendiri adalah satu kemahiran. Jadi jika anda rasa anda mempunyai skill yang diperlukan , mungkin anda bole ke platform seperti fiverr atau upwork utk mencari jika ada kerja-kerja seperti itu yang diperlukan.




adila39 Publish time 28-6-2021 07:57 PM

Grandmaster replied at 28-6-2021 07:08 PM
NOMBOR 3




Tt continue ya writing ya...suka baca...

Keep it up

Grandmaster Publish time 3-8-2021 12:42 PM

NOMBOR 4
Personal Shopper

Sesuai untuk orang yang ada kesabaran, kaki yang kuat, banyak masa, keberanian untuk battle !!


Yang penting dalam side-hustle ni, sebelum korang start, buyer kena ada pada korang dan clear agreement. Cthnya bayar mcm mana, pakai duit sape , etc..

Dengan PKP yang belum sudah-sudah lagi ni, rasanya kerja ni masih lagi ada demand tinggi.


Kalau korang dibayar untuk buat kerja kat bawah ni , why not kan ??



Grandmaster Publish time 24-8-2021 04:19 PM

NOMBOR 5
Online Tutor / Virtual Instructor

Bagus kalau korang ada knowledge yang mendalam dalam bidang tertentu. Kena ada sikap sabar terutamanya nak mengajar nubis , internet connection yang super laju serta persiapan concall yang cukup (headset , microphone etc)

Kena bersikap adil pada siapa sahaja yang korang ajar . Contohnya kena sediakan sukatan pelajaran dan bahan pengajaran yang benar-benar memberi manfaat kepada pelajar korang.

Kalau korang tak berminat nak mengajar Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan semua tu bole try ajar subject org dewasa. Try ajar skill tentang kemahiran baru mcm digital marketing, content writing etc dan letak di laman web mcm Udemy. Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman yang korang ada dengan orang-orang yang berpikiran sama mcm korang. Kerana selain daripada content, pengalaman juga akan memberi added value pada material yang korang share.

Pages: [1]
View full version: Side Hustle


ADVERTISEMENT