Raline Publish time 15-3-2021 10:38 PM

Acer Nitro 5 Dengan RTX 3060 Kini Di Malaysia Pada Harga RM5499

https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/03/Acer-Nitro-5-950x621.jpg


Acer Malaysia kini telah mengumumkan penawaran komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu kemaskini siri Acer Nitro 5.

Acer Nitro 5 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci FHD IPS dilengkapi sokongan kadar segar semula 144Hz – sekaligus menepati citarasa sejumlah peminat permainan video pada masa kini.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah cip Intel Core i7-10750H dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060. Acer Nitro 5 hadir dengan memori sehingga 8GB DDR4 RAM dan juga storan 512GB PCIe NVMe SSD. Pengguna turut boleh menaik-taraf memori sehingga 32GB RAM secara berasingan.

Melengkapkan komputer riba ini adalah sokongan WiFi 6, dan juga aplikasi NitroSense untuk pengoptimasian khusus ketika bermain permainan.

Bagi anda berminat, boleh mendapatkan Acer Nitro 5 pada harga RM5499, atau mendapatkannya pada harga pra-tempahan RM4999 sehingga 17 Mac 2021 ini.

Sumber : https://amanz.my/2021276456/

Lvstar Publish time 16-3-2021 07:18 PM

Harga boleh tahan

MiguelPoposiva Publish time 17-3-2021 02:19 AM

Edited by MiguelPoposiva at 17-3-2021 03:06 AM

Hello, friend. If you want to learn more about trading and how to be good at money investment then I would highly suggest you follow this website https://topbrokers.com/forex-charts/gbp-usd-live Here you will find a lot of great articles about this topic. It really will be useful for you in the future. Good luck.

eddyann Publish time 6-8-2021 09:35 AM

kadang2 Dell factoryoutlet lagi berbaloi untuk model Alienware.DFO murah sikit dari harga Dell biasa
Pages: [1]
View full version: Acer Nitro 5 Dengan RTX 3060 Kini Di Malaysia Pada Harga RM5499


ADVERTISEMENT