Raline Publish time 15-3-2021 10:47 AM

Lelaki Ubah Suai Motosikal Jadi Perhatian Ramai, Dah Macam Bentuk Bumblebee!

Lelaki Ubah Suai Motosikal Jadi Perhatian Ramai, Dah Macam Bentuk Bumblebee!

Bagi peminat dunia permotoran, mereka pasti melakukan penjagaan motosikal masing-masing dengan sebaiknya seperti membuat servis berkala di bengkel selain mempunyai keinginan untuk ‘modify’.

Malah, ada segelintir individu sanggup mengeluarkan duit dengan menambah pelbagai jenis aksesori demi kepuasan hati agar motosikal mereka kelihatan lebih ‘seksi’.

Tidak terkecuali bagi seorang lelaki di Indonesia ini apabila mengubah suai motosikal mengikut citarasa sendiri. Hasil kreativiti lelaki tersebut dikongsi melalui perkongsian posting di laman Facebook miliknya Dewa Penolong Jands.

https://i2.wp.com/borakdaily.com/wp-content/uploads/2021/03/123308877_205053741019950_5849705473395880976_o.jpg?resize=768%2C1636&ssl=1

Memetik laporan Liputan6, kelihatan motosikal berwarna kuning miliknya dipasang dengan pelbagai aksesori sehingga membentuk seperti sepasang sayap ‘ganas’ termasuk beberapa lampu berwarna-warni.

https://i2.wp.com/borakdaily.com/wp-content/uploads/2021/03/128068899_215250613333596_6438624949827214918_o.jpg?resize=768%2C1636&ssl=1

Jadi tidak hairan sekiranya motosikal itu akan meraih perhatian pengguna jalan raya lain, tapi mungkin juga boleh menganggu penglihatan orang ramai.

Posting tersebut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen yang teringat pada filem animasi berjudul Crush Gear. Malah tidak kurang ada juga melihat reka bentuk motosikal berkenaan seperti Bumblebee dari filem Transformers.

https://i1.wp.com/borakdaily.com/wp-content/uploads/2021/03/131020847_225568322301825_806377950516755185_o.jpg?resize=768%2C361&ssl=1

Boleh ya ubah macam tu? Kalau kat negara kita, memang kecoh pasal ubah suai ekzos. Tak berani nak tukar lebih-lebih, kena ikut undang-undang yang ditetapkan!

Sumber: Liputan6


Skuau Publish time 15-3-2021 11:06 AM

Aku ingt lelaki tu yg 'berubah' bentuk jd bumblebee:laugh3:

rajamoney Publish time 15-3-2021 11:15 AM

da mcm beyblade ke crush gear pemainn bdk2 dulu tu

mdhelmi Publish time 15-3-2021 11:39 AM

kat malaysia xlepas jpj ni

Reira77 Publish time 16-3-2021 01:40 AM

Dah mcm belalang kunyit je

skinsandstars Publish time 16-3-2021 09:29 AM

Membazir duit betul

Normabaru Publish time 16-3-2021 10:40 AM

Buang masa buang duit..pastu gigih mintak klua isinar air mata air Haihhh

Plain-tif Publish time 18-3-2021 12:10 AM

Kreatif la bro👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
Pages: [1]
View full version: Lelaki Ubah Suai Motosikal Jadi Perhatian Ramai, Dah Macam Bentuk Bumblebee!


ADVERTISEMENT