Raline Publish time 14-3-2021 07:15 PM

“Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir..” Maryam Younarae

“Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir..” Maryam Younaraehttps://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/2021/03/14190145/121526745_623935951636028_7859306707300143532_n-768x768.jpg
Personaliti media sosial terkenal Malaysia-Korea, Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri.Sering mendapat perhatian netizen, Maryam Younarae dan Ryzal baru-baru ini tampil dalam sebuah program hiburan diberi nama Lancaang Bethol terbitan Astro.wVwFnew4zrwMeskipun ramai yang terhibur dengan gelagat mereka, pastinya ada juga yang kurang selesa apabila melihatkan dua budaya bertembung dan berbeza daripada norma masyarakat tempat.https://www.instagram.com/p/ByDLKo5h03g/?utm_source=ig_embedTampil menjawab komen-komen nakal netizen menerusi program tersebut, Maryam mengakui dia kini masih belajar untuk menjadi muslimah yang baik dan sempurna misalnya proses berhijab,Tambahnya lagi, dari segi pemakanan, dia juga sedang belajar untuk mengubah dan mengadaptasi perkara baru seperti haram memakan daging khinzir.https://www.instagram.com/p/CHIlPxlJ9sx/?utm_source=ig_embed“Misalnya, sebagai orang korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi. Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu, Manusia tidak sempurna.”Manakala bagi Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia sama sekali tidak memaksa isterinya itu untuk berubah sekaligus usai mengahwininya.“Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya. Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa.” Ujar Ryzal.Terdahulu, Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun 2019 yang lalu.SUMBER : Astro Gempak

Raline Publish time 15-3-2021 10:30 AM

sendu pulak thread kpop ni

prettyuglybabe Publish time 15-3-2021 11:06 AM

overrated sangat dorang ni..
entah apa yang kelakarnya entah..
kalau pompuan melayu buat serupa bini tu, mampus semua kena tarbiah..

pxlbb Publish time 15-3-2021 12:12 PM

My god benarlah nak buat duit kena jadi bodo akhir zaman ni

Loh_83 Publish time 15-3-2021 12:33 PM

x kenal pon ...

haryatie Publish time 15-3-2021 12:42 PM

suami dia ni siapa2 ek, retis ker
tiba2 terkenal bilada kahwin dgn minah korea ni
mmg life dia org smua direkod utk tatapan umum ke macam mana
aku kurang faham sikit dgn benda2 mcam ni

Raline Publish time 15-3-2021 01:03 PM

pxlbb replied at 15-3-2021 12:12 PM
My god benarlah nak buat duit kena jadi bodo akhir zaman ni

btul tu setuju sgt

hotmak Publish time 15-3-2021 02:28 PM

mula2 nampak ok lelama try hard sangat, tapi yelah cari makan cara tu kan, terpaksa lah jual life

nak tanya, susah tak nak tinggalkan minuman keras, selain oink2 tu pun rutin harian jgk kan

Kak.Nah.Bosan Publish time 15-3-2021 04:31 PM


mat dan duduk berapa tahun terus fasih cakap melayu. susah pulak tu nak dengar pelat :lol:

md_nana Publish time 15-3-2021 04:38 PM

hotmak replied at 15-3-2021 02:28 PM
mula2 nampak ok lelama try hard sangat, tapi yelah cari makan cara tu kan, terpaksa lah jual life

...

yup. layan sikit2 ok lagi tp nk layan hari2 mcm over laaa pulak.

Surfnsun Publish time 15-3-2021 04:41 PM

Cringe couple..x minat

neve4881 Publish time 15-3-2021 04:42 PM

derang ni kira duk tetap kt msia kah??
dulu balik sini asteruk yg sponsor tiket flight kan? naik business class...tapi tgk x balik2 korea pulakkk

cikpah27 Publish time 15-3-2021 05:07 PM

Lepas kes dengan AC haritu, malas dah nak tengok video depa.. Laki dia ajar mariam ni perkataan yang bukan2 sampai memalukan dia balik.. Try hard sangat..

cikpah27 Publish time 15-3-2021 05:08 PM

neve4881 replied at 15-3-2021 04:42 PM
derang ni kira duk tetap kt msia kah??
dulu balik sini asteruk yg sponsor tiket flight kan? naik bu ...

Haah duduk malaysia.. Laki dia kata kalau maryam ni dah bosan & takmau duduk malaysia baru depa pindah balik korea..

AKAZ85 Publish time 15-3-2021 05:17 PM

Couple over.. Dulu lawak la tengok.. Sekarang macam mengada2 lebih

anarina Publish time 15-3-2021 05:57 PM

Try hard sangatttt

Tihafi Publish time 15-3-2021 06:25 PM

Memula dulu layan gak tapi skang dah malas. Try hard sgt

azimodin Publish time 15-3-2021 09:05 PM

Iouls lebih suka khalid/seul kimchibudu yg femes sekejap dulu sebab nampak sweet berkasih sayang je.

setori_mori Publish time 15-3-2021 09:40 PM

Kak.Nah.Bosan replied at 15-3-2021 04:31 PM
mat dan duduk berapa tahun terus fasih cakap melayu. susah pulak tu nak dengar pelat

Mat dan pelat la, pelat ganu :lol:

missyL Publish time 15-3-2021 10:25 PM

prettyuglybabe replied at 15-3-2021 11:06 AM
overrated sangat dorang ni..
entah apa yang kelakarnya entah..
kalau pompuan melayu buat serupa bi ...

I setuju la u.xnmpk lawak pn
Huhu
Cm over je i tgok..
Huuu
Pages: [1] 2 3 4
View full version: “Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir..” Maryam Younarae


ADVERTISEMENT