Sugarbam1212 Publish time 14-3-2021 01:49 PM

Raya rumah sendiri ke bole blk kg????

Jom bgtau pendapat uolss..
Tahun ni kite beraya kt umah lg atau bole raya kt kg? Iols rasa mcm bole je raya kt kg. Harap cuti sekolah ujung bln ni kerajaan xbuka laa sempadan. Biar kite semua stay tempat masing supaya bole beraya di kg halaman nanti. Uols setuju x???

akies Publish time 14-3-2021 02:05 PM

Kalau boleh taknak raya rumah sendiri.
Sedih woo.

little_sis Publish time 14-3-2021 03:41 PM

Mana2 pun boleh.. takde beza.. cuma kalo balik kg boleh ziarah kubur parents, dan jenguk2 sedara mara.. kalo beraya rumah sendiri x boleh rentas negeri, sorg2 je kat rumah, tapi lepas solat boleh beraya rumah kakak abg.. tade beza.. dua2 pun akan sedih gak...

PristineOne Publish time 14-3-2021 03:45 PM

Edited by PristineOne at 14-3-2021 03:53 PM

Raya sama macam tahun lepas....Tak da balik kampung nya. Tak boleh rentas negeri semasa Raya ni... Hingga kini - itulah perancangannya, walau mungkin dalam 45 hari lagi ni ( sampai tengah bulan puasa) rate kadar jangkitan turun sampai 200-300 ja sehari...tetap tak boleh rentas negeri.

Negara dah tak mampu nak hadapi 1 lagi gelombang covid semata mata sebahagian rakyat nak Salam Idul Fitri kat kampung.

Mari la kita bergumbira sesama jiran dan sedara mara satu negeri.

Ini bukan pendapat Pokchik.....tapi itu lah Perancangan Perintah Pergerakkan ...yg Pokchik terima untuk kem Pokchik.

Tak tao la kalao las minit - Menteri Pokchik ...Tok Ismail ubah keputusan.

Apa apa pun - Cuba la meriahkan Raya nanti dgn suasana semasa..... Utamakan nyawa orang tua dikampung....bulan 5 ni - orang tua kat kampung pun belom sempat cucuk vaksin. Dema terdedah pada jangkitan kalao anak cucu dari KL / Selangor balik kampung.

Kita sendiri pun ...bulan 5 ni blom tentu nama naik utk cucuk vaksin...

Jadi...... boleh la kita kita ni pasang lampu lip lap ( kat mydin murah) kat beranda rumah... Persediaan kita bergumbira di Hari Raya nanti di kawasan kita tinggal.

Tips ..... Download lagu S.Jibeng ...Musafir di Aidil Fitri...sulam pulak dgn Dendang Perantau P. RAMLEE.....bestt...sure syahdu

:lol:

hayrin86 Publish time 14-3-2021 04:31 PM

akies replied at 14-3-2021 02:05 PM
Kalau boleh taknak raya rumah sendiri.
Sedih woo.

Baguslah, hatta dibenarkan sekaligus..

Jom dgr lagu ini masa Hari Raya ke, Tahun Baru Cina ke, Deepavali ke, Krismas ke..

mc6AYDTnRx8


hayrin86 Publish time 14-3-2021 04:33 PM

PristineOne replied at 14-3-2021 03:45 PM
Raya sama macam tahun lepas....Tak da balik kampung nya. Tak boleh rentas negeri semasa Raya ni... H ...

Elok la tuh, kalau boleh pun, jangan dengar lagu raya lagi bagus, ganti dgn lagu-lagu patriotik termasuk yang di bawah..

mc6AYDTnRx8


Angel24 Publish time 14-3-2021 04:58 PM

Flight ticket balik kampung tahun lepas yg jadi voucher tu masih belum pakai. Entah boleh extend lagi ke idok, silap2 hangus je nanti. Kalau betul2 selamat mmg la nak balik kampung..tapi kalau masih 1000 kes tiap2 hari...raya je la kat rumah sendiri mcm tahun lepas.

Sugarbam1212 Publish time 14-3-2021 05:56 PM

akies replied at 14-3-2021 02:05 PM
Kalau boleh taknak raya rumah sendiri.
Sedih woo.

Indeed... Huhuhu puas dah duk umah kan.

Sugarbam1212 Publish time 14-3-2021 05:58 PM

PristineOne replied at 14-3-2021 03:45 PM
Raya sama macam tahun lepas....Tak da balik kampung nya. Tak boleh rentas negeri semasa Raya ni... H ...

Yezzaaa terbaik pokchik

Sugarbam1212 Publish time 14-3-2021 05:58 PM

Angel24 replied at 14-3-2021 04:58 PM
Flight ticket balik kampung tahun lepas yg jadi voucher tu masih belum pakai. Entah boleh extend lag ...

Betul la tu... Takut jd gelombang seterusnya juga

akies Publish time 14-3-2021 07:07 PM

hayrin86 replied at 14-3-2021 04:31 PM
Baguslah, hatta dibenarkan sekaligus..

Jom dgr lagu ini masa Hari Raya ke, Tahun Baru Cina ke,...

Semangat patriotik.
Hihihi

hazzium Publish time 14-3-2021 11:42 PM

Dua2 pun boleh sebab balik kg pun still tak rentas negeri.hehe

hayrin86 Publish time 15-3-2021 09:12 AM

akies replied at 14-3-2021 07:07 PM
Semangat patriotik.
Hihihi

Betul, takkanlah Hari Merdeka dan Hari Malaysia kita tunggu semata-mata..

kucingitam Publish time 15-3-2021 11:46 AM

raya diam2 di rumah sendiri saja sudah..

balik kg pun dok makan tidur, baik lah tidur kat rumah sendiri..

Sugarbam1212 Publish time 15-3-2021 08:13 PM

hazzium replied at 14-3-2021 11:42 PM
Dua2 pun boleh sebab balik kg pun still tak rentas negeri.hehe

Manyakkk syiokkkkk la

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:33 PM

Dua2 pon iols ok jaa :D

lesprincesse Publish time 16-3-2021 09:31 PM

Nampak gaya mcm terpaksa la menerima kenyataan raya rumah sindiri jugak tis year

Sugarbam1212 Publish time 16-3-2021 09:34 PM

lesprincesse replied at 16-3-2021 09:31 PM
Nampak gaya mcm terpaksa la menerima kenyataan raya rumah sindiri jugak tis year

Nmpk gayanya begitu laa...

apple_22 Publish time 17-3-2021 01:37 AM

Kalau kes turun lg dan lg dan lg, dapatlah blik kg beraya dgn family..sedih woii raya sorg2 mcm beraya di perantauan plak

missHaidiD Publish time 17-3-2021 01:47 AM

Adik beradik semua dlm negeri yg sama. Jd takde masalah pun:lol:
Pages: [1] 2 3
View full version: Raya rumah sendiri ke bole blk kg????


ADVERTISEMENT