Raline Publish time 12-3-2021 10:36 PM

Rupa-Rupanya Ini Filem Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Saintis

Rupa-Rupanya Ini Filem Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Saintis

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/sinister-still3.jpg

Dalam banyak-banyak filem seram yang anda tonton, yang mana satu anda rasa filem paling seram sekali? Mesti ada macam-macam jawapan kan dan jawapan ini tentunya berbeza mengikut pendapat masing-masing. Kalau anda nak tahu, saintis dah temui filem paling seram sepanjang zaman mengikut satu kajian ini.

Dalam kajian saintifik sebenar yang dinamakan sebagai “Science of Scare Project”, penyelidik telah mengesan kadar jantung 50 peserta daripada pelbagai peringkat usia. Para peserta telah menonton filem seram selama lebih dari 100 jam. Hasil daripada kajian ini, penyelidik telah mendapati ada 35 filem paling menakutkan sepanjang zaman.

https://i.gifer.com/7oFz.gif

Para penyelidik memasang monitor denyutan jantung pada setiap peserta dan melihat berapa banyak degupan jantung mereka meningkat dengan kadar denyutan jantung mereka semasa menonton filem seram tertentu. Hasilnya, saintis mendapati filem yang paling menakutkan sepanjang zaman adalah filem Sinister pada tahun 2012. Siapa yang dah tonton, pasti tahu macam mana seramnya filem ni kan?

Semasa menonton filem Sinister, kadar denyutan jantung rata-rata penonton meningkat kepada 86 BPM yang merupakan kenaikan sebanyak 32%. Itu adalah kenaikan tertinggi dalam BPM untuk mana-mana filem seram yang ditayangkan di dalam kajian ini.

https://thumbs.gfycat.com/AngelicScaredBear-small.gif

Selepas filem Sinister, dua lagi filem seram iaitu Insidious berada di tangga kedua manakala The Conjuring di tempat ketiga. Definisi filem yang menyeramkan mungkin berbeza-beza mengikut sesetengah orang tetapi untuk para saintis definisi filem seram adalah terhad kepada jump scare, bunyi seram dan kadar degupan jantung mereka yang menonton.

https://31.media.tumblr.com/87a6f7bf620900a816031cc9bfb4302e/tumblr_n6cjs3vz171rp0vkjo1_500.gif

Jadi, adakah anda setuju filem Sinister adalah filem paling seram sepanjang zaman? Untuk yang tak pernah menonton filem ini, anda boleh tonton trailer filem ini di bawah.


_kbQAJR9YWQ

SUMBER VICE

Nico_Robin Publish time 12-3-2021 11:38 PM

Owwhh I tengok wayang citer ni.. Best!
Dia bukan jenis seram mcm cerita hantu Conjuring, Ju on,insidious,exorcist apa suma tu..
Ada banyak part yang macam ala disturbing gitu..Tambah pulak sound effect dia.. Buat kite rasa unsettling sepanjang movie..Balik dari wayang tu lama gak I rasa terganggu tapi taktau nak cerita kat sapa sebab kawan sume bukan peminat citer seram ;P;P

Tapi adagak part yg turn off m ending dia yg hantu tu intai..Mcm duhhh spoilnyaa

Selain Sinister satu lagi citer seram I suke,Coming Soon..Citer thai

Raline Publish time 12-3-2021 11:46 PM

Nico_Robin replied at 12-3-2021 11:38 PM
Owwhh I tengok wayang citer ni.. Best!
Dia bukan jenis seram mcm cerita hantu Conjuring, Ju on,i ...

jap g baru nk tgk... hehe ;P tgk dlm gelap2 baru feel seram tu

lavendernovella Publish time 13-3-2021 12:43 AM

Sinister ni mcm hantu hot lagi misteri gitu hahahahaha..
Tapi macam ada kureng lah movie ni . Mcm tak fulfill ciri2 citer hantu. Tak tau apa yg kurang. ...

September14 Publish time 13-3-2021 12:53 AM

Overated je lah cte james wan tu.. x best pun. Aku tgk conjuring tu smpai aku tertanya2 btul ke cter conjuring yg aku tgk ni.. x best lngsung n x berapa seram pun

Bagus lg cter the wailing

Jitu Publish time 13-3-2021 02:00 AM

seramlah kot bg org putih
bg aku biasa2 je
tp klu pocong, langsuir, etc mcm filem2 seram indon tahun 70an, 80an perghhh seram :funk:

tagas Publish time 13-3-2021 05:33 PM

Jitu replied at 13-3-2021 02:00 AM
seramlah kot bg org putih
bg aku biasa2 je
tp klu pocong, langsuir, etc mcm filem2 seram indon t ...

Kann

Indon nya hantu lg feel n thrill

Lejen suzana sundel bolong bagai


Hollywood ni best citer2

Thriller horror je cam friday 13th

Jeepers creepers

Wrong turn

Etc {:1_152:}

Jitu Publish time 14-3-2021 12:52 AM

tagas replied at 13-3-2021 05:33 PM
Kann

Indon nya hantu lg feel n thrill


lg pulak dulu2 kampung suasana bkn mcm sekarang
rumah papan dgn pokok besar mlm2 sunyi dgn lampu jalan pun takda
bila tengok filem seram indon ni mmg terasa betul feel seram tu
antara yg ingat lg filem arwah M Rajoli jd hantu kepala duduk atas syiling, suzanna mmg legend citer2 hantu ni
yg citer Os bt perjanjian dgn setan ular tu pun seram jugak


Raline Publish time 14-3-2021 07:22 PM

https://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2018/09/weni.jpg
ni baru serem...

Raline Publish time 14-3-2021 07:24 PM

tagas replied at 13-3-2021 05:33 PM
Kann

Indon nya hantu lg feel n thrill


https://31.media.tumblr.com/3ad9fe1b96b8a5e7319c5c8f333401ff/tumblr_mwx3mov8zT1so71oio1_400.gif

https://media4.giphy.com/media/26ybwCCmKXivPMJ68/source.gif

tagas Publish time 14-3-2021 08:16 PM

Raline replied at 14-3-2021 07:24 PM


Wrong turn 7 baru released

skema da tak seganas dulu2

nak tembus market international kot

banding dulu kena banned

hrp cd pirate n online jah

kalo nak watchin :doh3:

JiEunTak Publish time 15-3-2021 01:31 PM

Jeepers Creepers tu ada satu macam punya eerie and scary feeling kalau layan...
mmg menakutkan wpun bukan hantu tapi mcm a kind of creature gitu....

rasanya Conjuring yg 1st saja yg btol2 scary bagi aku....yg 2nd onwards termasuk lah kisah2 Annebelle dah x scary...

sinister nih x layan lagi.... kisah hantu ke demon2..?


ada sesetgh ceta hantu x yah kuaq hantu pun dah menakutkan... mcm The Autopsy of Jane Doe...

qicki Publish time 16-3-2021 01:36 PM

sinister ni scary jugak.....ada part yang dia gantung orang terbalik pastu gantung pulak atas sungai ada buaya.....rasa jugak la bila kepala org tu kne ngap dgn buaya tu,...hidup2 pulak tu....tp x ingat sinister berapa

qicki Publish time 16-3-2021 01:36 PM

JiEunTak replied at 15-3-2021 01:31 PM
Jeepers Creepers tu ada satu macam punya eerie and scary feeling kalau layan...
mmg menakutkan wpun ...

betul2..so far conjuring series best....seram n ada jalan cite yg best....

alesandra Publish time 16-3-2021 11:25 PM

tagas replied at 13-3-2021 05:33 PM
Kann

Indon nya hantu lg feel n thrill


Sundel bolong tu mmg babi okey.sampai ke tua traumanya:mad:

axl_bach Publish time 17-3-2021 01:55 AM

Nico_Robin replied at 12-3-2021 11:38 PM
Owwhh I tengok wayang citer ni.. Best!
Dia bukan jenis seram mcm cerita hantu Conjuring, Ju on,i ...

Coming soon tu mmg terbaik lah....antara citer seram Thai yg aku rasa paling best...

Plot dia twisted abis....igt hantu tu tukang sihir rupanya pelakon yg mati di set penggambaran

axl_bach Publish time 17-3-2021 01:56 AM

Jitu replied at 13-3-2021 02:00 AM
seramlah kot bg org putih
bg aku biasa2 je
tp klu pocong, langsuir, etc mcm filem2 seram indon t ...

Filem seram indon dulu2 dah x seram pun kalo tgk skang nih....tu citer Sundel Bolong tu haram x seram pun

Jitu Publish time 17-3-2021 08:13 AM

memanglah tak berapa seram skrg ni
suasana dah banyak berubah banding 30-40 tahun lepas
tp kadang2 dpt lg rasa keseraman tu
bila tengok tengah malam dlm gelap sorang2

selain sundel bolong byk lg citer2 lain mcm sepasang mata maut, bisikan arwah, pengabdi setan (1982), gondoruwo (1981), leak (1981), banyaklah lg tp tak ingat tajuk

Nico_Robin Publish time 17-3-2021 08:13 AM

axl_bach replied at 17-3-2021 01:55 AM
Coming soon tu mmg terbaik lah....antara citer seram Thai yg aku rasa paling best...

Plot dia t ...

Kannn..Tapi macam underrated gitu.Ramai gak taktau..

Yang xleh lupe part dia sikat rambut.. Pátu seret kaki sebelah..Psiko

Nico_Robin Publish time 17-3-2021 08:20 AM

Edited by Nico_Robin at 17-3-2021 08:23 AM

Raline replied at 12-3-2021 11:46 PM
jap g baru nk tgk... hehetgk dlm gelap2 baru feel seram tu

Tryla..Tp dia bukan seram sebab hantu tu seram ke apa.. Tp ambience n sound effect citer tu rasa cam x senang duduk.Ganggu fikiran smpai balik. Bile mystery solved tu (xleh spoil lebih) mcm lg la rasa terganggu sbb melibatkan budak..

Owh rasanya sesuai guna disturbing kot utk describe movie Sinister ni haha..
Pages: [1] 2
View full version: Rupa-Rupanya Ini Filem Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Saintis


ADVERTISEMENT