Raline Publish time 12-3-2021 10:33 PM

Syurga Nasi Campur Di Bangi Restoran Masakan Melayu Yang Selesa Untuk Seisi Kelu

Restoran Masakan Melayu Yang Selesa Untuk Seisi Keluarga

Restoran Mak Kimbong ialah sebuah restoran masakan Melayu asli yang menghidangkan aneka jenis menu dan lauk-pauk kampung untuk memuaskan apa sahaja kempunan yang ada.


https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Nasi-Campur.jpg
Restoran yang telah beroperasi sejak dari tahun 2006 ini mendapat pujian ramai kerana keenakan hampir keseluruhan hidangan yang ditawarkan. Jarang-jarang dapat jumpa restoran yang betul-betul power macam ni.

https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Nasi-Campur-Berlauk-Sedap.jpg
Menu

Cukup banyak sekali menu yang dihidangkan di Restoran Mak Kimbong ni, sesiapa pun akan rambang mata bila lihat pilihan yang ada.



https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Ikan-Bakar-Pedas.jpg
Daripada kesemua menu yang ada, kalau ditanya apa yang special di sini, jawapannya ialah Sotong Gergasi Bakar, Ikan Bakar, serta segala macam Lauk-Pauk Kampung untuk makan tengahari. Eh! Macam semua je special kat sini? Itulah kebenarannya.


https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Sotong-Bakar.jpg
Hidangan Sotong Gergasi Bakar misalnya, bukan setakat terkenal kerana saiz sotongnya yang besar, tapi juga kesempurnaan masakannya yang cukup terasa kelembutan dan kesegarannya bila digigit, apatah lagi bila dicicah dengan sambal kicap yang padu rasanya.

https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Udang.jpg

Berkenaan dengan menu petang dan malamnya pula, hidangan specialnya ialah Mee Kari Udang Galah 5 Ekor. Memang puaslah makan!

Bercakap tentang menu yang menjadi pilihan ramai pengunjung pula, bagi sarapan pagi ialah Nasi Lemak Berlauk, Soto dan juga Lontong. Untuk tengahari ialah Ikan Asam Pedas, Daging Salai, Ayam Lemak Cili Api dan Kari Ikan Power.

https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Ikan-Masak-Asam-Pedas.jpg
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Sayur.jpg
https://www.maisinggah.com/wp-content/uploads/2020/12/Restoran-Mat-Kimbong-Goreng-Bertepung.jpg
Siapa tak kecur air liur dengar menu-menu yang ada ni?

Menawarkan Berpuluh-Puluh Menu Masakan Melayu Yang Membangkitkan Selera

Restoran Mak Kimbong terkenal dengan kepelbagaian hidangannya yang dikatakan mencecah lebih daripada 40 jenis kesemuanya. Masakan ayam, daging dan ikannya sungguh beraneka.

Pilih sahaja apa yang memikat selera. Hidangan-hidangan ini boleh dinikmati bersama dengan ulaman-ulaman yang segar dan juga pelbagai jenis sambal belacan, cencaluk, budu dan juga penyet. Sebagai pencuci mulut, ada juga kuih-muih tradisional atau kudapan untuk dinikmati.

Masakan-masakan panasnya ialah seperti Laksa Penang, Laksa Johor, Nasi Dagang, Mee Kari, Pulut Kuning Bersama Rendang, Soto, Nasi Lemak Berlauk dan banyak lagi!Bersedialah untuk meluangkan masa yang lama untuk membuat pilihan kalau makan kat sini ya?



Fasiliti
Restoran Mak Kimbong menawarkan tiga ruang makan berbeza untuk dipilih oleh para pengunjung.

Anda boleh memilih untuk makan berdekatan dengan makanan (senang nak tambah kalau tak cukup sepinggan), makan di pondok yang disediakan di hadapan restoran untuk menikmati udara luar ataupun menikmati hidangan di bawah kedinginan aircond.

Berkenaan dengan tempat meletak keretanya pula, jangan risau, banyak ruang parking yang tersedia di luar restoran.

Lokasi
Kedudukan Restoran Mak Kimbong ini adalah sebaris dan bersebelahan dengan Klinik Al-Huda dan juga event space Deā€™Hana, berada betul-betul di hadapan Pangsapuri Anggun.

Restoran Mak Kimbing ini terletak dalam bangunan berwarna kuning dengan papan tanda nama kedai dan bumbung berwarna coklat. Kalau masa tengah cari-cari dari jauh tu ternampak tanda-tanda ni, dah boleh slow down untuk cari parking di kawasan berdekatan.

Instagram: makkimbong

Facebook: Restoran Mak Kimbong

cik.peah Publish time 12-3-2021 11:22 PM

Bangi seksyen berapa ni? sedapnya nampak

user.name Publish time 14-3-2021 10:18 AM

https://www.instagram.com/p/CMV0B4pFj3J/

user.name Publish time 14-3-2021 10:20 AM

https://www.instagram.com/p/CLnaowrFF6e/

user.name Publish time 14-3-2021 10:21 AM

K27BtbaAInA

Raline Publish time 14-3-2021 07:20 PM

cik.peah replied at 12-3-2021 11:22 PM
Bangi seksyen berapa ni? sedapnya nampak

nk bulan puasa ni mmg tgk lauk mcm ni mmmmggg:lol:

Dieja75 Publish time 14-3-2021 09:43 PM

Nampak macam sedap

nisako Publish time 15-3-2021 11:38 AM

dapnye............seksyen mana ni

grassjelly Publish time 15-3-2021 02:04 PM

macam kat seksyen 4

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:41 PM

Kedai ni mmg sedap. Kena dgn taste :lol:

Aylaalaa Publish time 16-3-2021 04:55 PM

Dah lama tak pergi bangi musim2 pkp pkpb nih!

Chimicuri Publish time 18-3-2021 01:21 AM

Bila blh rentas negeri nk ke Bangi

nashnadnash Publish time 18-3-2021 11:56 PM

erm,boleh cuba.sape dah cuba,review la sikit

whimsygirl Publish time 19-3-2021 04:14 PM

Terliur tengok macam2 ada
Sape2 da pegi review sket, nak ajak hubby pegi
Musim covid ni die malas kua
Pages: [1]
View full version: Syurga Nasi Campur Di Bangi Restoran Masakan Melayu Yang Selesa Untuk Seisi Kelu


ADVERTISEMENT