Raline Publish time 12-3-2021 09:12 PM

Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan

Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan

https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/kucing-bagi-hadiah-750x384.jpg

Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya kucing anda selalu membawa pulang bangkai haiwan di rumah? Walaupun tingkah laku ini boleh mengejutkan anda kadang-kadang, sebenarnya ini adalah kelakuan yang baik untuk kucing anda. Ini bukannya bermaksud kucing anda nakal dan jahat tetapi mereka melakukannya berdasarkan naluri.

Macam yang anda tahu, kucing mempunyai gigi yang tajam, cakaran yang menusuk dan penglihatan malam dan kemampuan menyelinap mangsa secara senyap. Semua kualiti ini menjadikan kucing dapat menangkap mangsa dengan cekap. Kucing juga dibesarkan oleh ibu mereka yang mengajar mereka macam mana untuk hidup sendiri.


https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/cat_and_mouse_x3.jpg

Kucing biasanya akan membawa pulang mangsa yang mereka buru ke tempat yang selamat untuk mereka tenang. Malang untuk anda, mungkin tempat yang selamat untuk mereka adalah rumah anda. Salah satu sebab yang lain adalah mereka membawanya pulang untuk dibawa main kemudian.

Kucing dilahirkan untuk memburu. Walaupun kucing peliharaan tahu bahawa mereka tidak perlu menangkap makanan mereka sendiri untuk hidup, mereka tidak dapat menahan keinginan untuk memburu. Sebilangan kucing yang memburu mangsa akan memberikan pemiliknya mangsa mereka sebagai hadiah.


4_c-fQ4zscM

Naluri mereka untuk membawa haiwan kembali ke tempat yang lebih selamat untuk dimakan juga bermaksud bahawa kadangkala haiwan yang mereka bawa tidak mati sepenuhnya. Sebab itulah ada kalanya mereka membawa pulang tikus atau burung yang masih hidup dan diletakkan di dalam rumah.

Menariknya, kucing melihat manusia sebagai pemburu yang tidak berpengalaman. Inilah sebabnya kenapa mereka membawa pulang haiwan mati betul-betul di hadapan anda. Mereka cuba mengajar kita macam mana untuk memburu seperti mereka. Ini pada dasarnya adalah cara kucing untuk memberitahu anda bahawa dia sayang dan ingin menjaga anda.


SUMBER THE SPRUCECATSPET FIRST

mbhcsf Publish time 12-3-2021 09:35 PM

yeaaaaaowhhhhh so cuteeeeeeee flurry fluffy feiine :$

yssej16 Publish time 17-3-2021 03:49 PM

:lol::lol::lol:

Iddels Publish time 17-3-2021 04:18 PM

Oooo sekrg baru tau.. mcm2 present dah dpt - tikuih, belalang, cicak, lipas, kumbang, etc...

siputpepel Publish time 21-3-2021 05:31 PM

Dia ingat kita takda makanan. Jadi dia pergi memburu dan bawa balik hasil buruan :lol:

krimkraker Publish time 30-3-2021 07:02 PM

Kucing meolss xbagi bangkai...die bawak hidup2..aritu penah die bawak balik anak biawak, anak ciksiti, anak ayam....die ingat tuan die nak bukak zoo ke

mama_neko Publish time 31-3-2021 05:17 PM

kucing aku kill rate dia 2 burung sehari... minggu lepas dia hidang bangkai2 burung depan porch dekat kereta.., petang tu, kereta kitaorg ja penuh taik burung.. :mad: gamaknyaburung2 tu marah, member depa kena bunuh..{:3_99:}

Belibis Publish time 3-4-2021 08:24 PM

Kucing aku dah 6 kali bawa balik anak ayam jiran.4 kali sempat dia ngap,2 kali anak aku selamatkan.terpaksa la aku jadi mak angkat ayam tu..:mad:

linsh Publish time 9-4-2021 11:33 PM

kucing saya selalu jugak tangkap cicak dan letak didepan. apa lagi larikkkk

moocoww Publish time 29-4-2021 02:37 AM

Saja meols mengadu pd si bulus,ada lipas besar masuk rumah.Dari dalam bilik dengar suara si bulus memanggil2 suruh meols keluar.Kelam kabut la pegi ke dia,ingatkan ada apa..rupanya nak tunjuk dia dah tangkapkan lipas tu{:1_555:}

ImpianSeroja Publish time 21-5-2021 09:48 AM

Alolo..so sweet cik meow:loveliness:

epal37 Publish time 3-6-2021 07:31 AM

Aduh cik meow {:runo

krimkraker Publish time 14-7-2021 11:19 AM

Miaw2 meolss ade sekor gigih bawak balik anak tikus, anak ayam, anak biawak....ape die ingat kat umah ni da xde makanan ke...

cariplease Publish time 26-7-2021 08:11 PM

Ala meow aku tak pernah bagi pun apa2

NengGos Publish time 27-7-2021 11:19 PM

Dekat rumah iolls ade sekor kucing terbiar selalu bwk balik bangkai anak ular kat rumah meolls. Mungkin tanda terima kasih sebab ioll bagi makan kot.

mizzerinz Publish time 28-7-2021 06:35 PM

Pernah kucing bawak balik biawak, ular.lipas tu toksah ckp la. Mmg byk. Cicak pn byk.

edayildiz Publish time 3-8-2021 02:07 AM

baru tahu..sedihnya..kucing i suka bawak mcm2 ..i selalu mrh..now dia dh mati:'(
Pages: [1]
View full version: Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan


ADVERTISEMENT