sharlenetexas Publish time 26-4-2021 11:06 PM

mamarock replied at 26-4-2021 10:56 PM
Ptg tadi sempat alihkan anak benih bunga matahari, roselle, bendi, tomato, kobis ke dalam pasu.

...

Bulan puasa ni kalau sempat berkebun waktu pagi je. Petang tu masa untuk siram pokok. Cuaca pun tak menentu. Dah dua hari hujan petang tak perlu siram. Mak iols tengah order pokok strawberi dengan saudara. Minggu depan kot dia datang.

Sepanjang shopping online ni iols dah serik beli keratan pokok. Seller selalu beri keratan ranting muda. Mana nak hidup.

sharlenetexas Publish time 26-4-2021 11:08 PM

Tengah berangan nak buat macam ni.

https://www.instagram.com/p/CNr-i01nOPl/?igshid=6b3hojdc1mo1

mamarock Publish time 26-4-2021 11:16 PM

sharlenetexas replied at 26-4-2021 11:06 PM
Bulan puasa ni kalau sempat berkebun waktu pagi je. Petang tu masa untuk siram pokok. Cuaca pun ta ...

Mama tak sempat pagi, terkejar-kejar. Ptg ni kebetulan ada kelapangan sedikit dan kebetulan kat kawasan mama ni dah lama tak hujan ptg-ptg.

Mama semai sendiri daripada biji benih. Roses semai drp keratan batang. Strawberi drp sulur.
Tak pernah beli online ni. Sebelum Covid sekali sekala gi jalan-jalan kat Nurseri Sg Buloh. Jamu mata. ada yg berkenan bawa balik:)

Weekend ni plan nak tukar tanah pasu roses. Nanti Aidilfitri sempatlah bunga berkembang cantik.


sharlenetexas Publish time 26-4-2021 11:23 PM

mamarock replied at 26-4-2021 11:16 PM
Mama tak sempat pagi, terkejar-kejar. Ptg ni kebetulan ada kelapangan sedikit dan kebetulan kat ka ...

Pengalaman beli online, pokok2 berdaun mcm kenanga, kemuning dan neem ok je boleh survive. Tapi pokok bunga mcm dwarf zinnia dan french marigold tu abis lebam. Dah tak cantik.

ketupatnasi Publish time 25-5-2021 12:36 PM

kaka punya herbs koleksen ada:
dill
oregano
mint
basil
cekur
kunyit
halia
pegaga
pandan
kesum

sayur memang banyak kaka tanam. minggu lepas baru dapat rose (bare roots) 3 pohon. dah pindah polibag tatau la tu. dapat memang dah berkudup tp nampak mcm x membesar lagik. gigeh letak CIRP jugak ;P

zirah000 Publish time 2-6-2021 11:16 PM

Wah cntik jgk bunga ni. Iols penah tanam marigold & zinnia. So cantik bunganye:loveliness:

ImpianSeroja Publish time 11-6-2021 09:44 PM

Pokok bunga kembang sepuluh atau sekarang ni orang panggil rose jepun paling senang ditanam dan dijaga:loveliness:
Dari satu pasu mesti akan dapat berpasu pasu sebab ia senang membiak
Tahan lasak dan sangat cantik apabila ia kembang:loveliness:

Vinca Publish time 29-7-2021 07:04 AM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 02:02 PM
Kawan iols yang beginner, iols cadangkan sheols tanam zinnia sebab ni antara pokok bunga yang paling ...

Aah zinnia kalerful & senang naik bunganya. Tp mine daun2 part bawah cpt kuning & kering

ghalibboy Publish time 7-10-2021 03:59 PM

My herbs/ sayuran
1. Selasih
2. Kemangi
3. Ulam raja
4. Pudina
5. Salam
6. Kunyit
7. Halia
8. Kunyit hitam
9. Pudina
10. Ulam mak wan
11. Ketumbar jawa
12. Pegaga kampong
13. Pegaga cina
14. Kucai
15. Daun kesum
16. Daun bawang
17. Limau kasturi
18. Limau purut
19. Puding belacan
20. Keladi lambuk
21. Terung telunjuk
22. Serai
23 . Kaduk
24. Kacang botor
25. Pokok bunga telang
26. Cili padi
27. Oregano
28. Bangun2
29. Oregano batik
30. Kantan
Dll.

sharlenetexas Publish time 7-11-2021 03:42 PM

Tadi sambil tunggu Grab terperasan ada kiosk pokok bunga. Beli bunga butang, kemunting Cina dan ati ati. Baru RM24. Tambah pulak tanah dua kampit. Ni tgh tunggu online order. Beli golden shrub daisy dan sansevieria moonshine. Harap eloklah hasilnya.

sharlenetexas Publish time 8-11-2021 04:55 PM

Bunga ros pink {:1_149:}


MrsVeneer Publish time 9-11-2021 05:52 AM

PurpleRuby replied at 12-3-2021 02:13 PM
Kalau ikut pengalaman tanam sayur@tanaman melon ni, kita kena rajin buat pendebungaan berbantu. Ka ...

Nape tulisan u kecik nau.
Ssh nk bc.

sharlenetexas Publish time 9-11-2021 05:10 PM

Baru sampai tadi. Dwarf zinnia :$

sharlenetexas Publish time 10-11-2021 12:39 AM

Zinnia pink paling senang hidup. Pokok tegak besar dan tinggi


sharlenetexas Publish time 10-11-2021 12:42 AM

Beli anak pokok akar dani, dalam masa empat bulan keluar bunga. Nama lain melati Indonesia, Rangoon creeper. Ada juga jenis kelopak berlapis.

sharlenetexas Publish time 10-11-2021 12:44 AM

Tunggu bunga melur hutan/ melur Jawa kembang. Bau wangi. Senang hidup dan membiak.

sharlenetexas Publish time 10-11-2021 12:48 AM

Bunga matahari Mexico. Iols punya warna oren kemerahan. Nak cari yang betul2 warna oren pula. Pokok insulin pun sejenis bunga matahari. Belum berbunga lagi.

airisa Publish time 10-11-2021 07:42 AM

i n tanam bunga tak berapa nak jadi .. tanam sayur boleh la sikit2 tapinya tak larat nak berperang dengan serangga perosak - bena putih la, ulat la,

sharlenetexas Publish time 16-11-2021 09:54 PM

airisa replied at 10-11-2021 07:42 AM
i n tanam bunga tak berapa nak jadi .. tanam sayur boleh la sikit2 tapinya tak larat nak berperang d ...

Iols pulak tak reti sgt tanam sayur.


sharlenetexas Publish time 16-11-2021 09:57 PM

Order daisi bunga kecil tapi yg dapatnya bunga besar. Terima ajelah sebab iols baru mula koleksi daisi.
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Petani Urban Jom Borak Bawah Pokok Di Laman Yang Indah


ADVERTISEMENT