sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:23 PM

Petani Urban Jom Borak Bawah Pokok Di Laman Yang Indah

Petani urban semua,
Panas-panas ni syok duk bawah pokok kat laman sambil berborak, baca buku, berinternet atau makan-makan. Kalau dapat tido lagi syok.
Ni gambar pokok bunga tahi ayam (lantana camara) yang berbunga lebat masa kemarau. Mak iols bagitau nama lain pokok jebat harimau. Iols cuma ada warna pink-oren ni je. Nak tambah koleksi. Pokok ni senang hidup. Pacak je ranting.

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:30 PM

Sekarang ni iols nak kumpul pokok ulam, herba dan yang tumbuh kat semak. Bukan makan sangat pun tapi nak buat koleksi. Tambah pula yang ada bunga cantik.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 01:46 PM

Edited by PurpleRuby at 12-3-2021 01:51 PM

Kalau nak tambah variety bunga, boleh cuba African Marigold, sis. Jambangan dia besar dan nampak meriah.

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:48 PM

PurpleRuby replied at 12-3-2021 01:46 PM
Kalau nak tambah variety bunga, boleh cuba African Marigold, sis. Jambangan dia besar dan nampak mer ...

Dah cuba tanam. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi.

Sis tanam bunga apa?

KIM.K Publish time 12-3-2021 01:49 PM

Santeknya. Iols baru bercadang nak menanam..tp kena up pagir letrik dulu. Kalau tidak apapon taboleh

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:49 PM

KIM.K replied at 12-3-2021 01:49 PM
Santeknya. Iols baru bercadang nak menanam..tp kena up pagir letrik dulu. Kalau tidak apapon taboleh

Ada babi liar ke uols?

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:54 PM

Iols sebenarnya lebih suka tanam bunga. Sayur tak minat sangat. Iols suka pokok herba dan pokok rare dalam semak. Baru ni beli anak pokok jerangau, orkid tikus (orkid hutan) dan bawang dayak. Ni tengah usha orkid hutan juga - pokok haba neraka bunga kuning dan temu kunci sebab ada bunga warna pink.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 01:56 PM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 01:48 PM
Dah cuba tanam. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi.

Sis tanam bunga apa?

Setakat ni, saya ada cuba tanam Dwarf Sunflower, German Chamomile, Chrysanthemum, Dianthus dan Gomphrena. Ada yang baru nak tumbuh kudup. Tapi chrysanthemum dah mati sebab terlampau banyak siram. German Chamomile pun baru nak tumbuh balik sebab haritu macam terencat sikit akibat terlebih siram jugak. Hydrangea pun tumbuh segar daun2 cuma belum berbunga. Mungkin sebab suhu kita tinggi.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 01:57 PM

KIM.K replied at 12-3-2021 01:49 PM
Santeknya. Iols baru bercadang nak menanam..tp kena up pagir letrik dulu. Kalau tidak apapon taboleh

Adakah kerana ada kucing jiran yang suka usik pasu dan batas bunga? Saya faham sangat tu. Haha

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 01:59 PM

Lepas biji lantana camara kering, iols nak trim dan pacak ranting dalam polibeg. Dulu tak tahu pun boleh membiak melalu biji benih. Mula2 iols pelik tengok ada pokok tumbuh tapi takde pacak ranting pun. Bila fikir balik tentu dari biji benih. Pernah sekali tu tengok daun yang jatuh atas tanah tiba2 tumbuh akar.

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 02:00 PM

PurpleRuby replied at 12-3-2021 01:56 PM
Setakat ni, saya ada cuba tanam Dwarf Sunflower, German Chamomile, Chrysanthemum, Dianthus dan Gom ...

Uols dapat benih german chamomile dari mana?

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 02:02 PM

Kawan iols yang beginner, iols cadangkan sheols tanam zinnia sebab ni antara pokok bunga yang paling senang tumbuh dan hidup


sharlenetexas Publish time 12-3-2021 02:05 PM

Pokok kekwa iols beli online dari cameron. Murah masa tu RM12 free shipping. Bila bunga dah layu, iols pindahkan pokok ke tanah dan trim. Tengoklah kalau dia nak membiak.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 02:08 PM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 01:54 PM
Iols sebenarnya lebih suka tanam bunga. Sayur tak minat sangat. Iols suka pokok herba dan pokok rare ...

Teruskan, sis. Nanti dah berbunga, share la gambar2 sini. Seronok tengok kebun orang lain. Saya pun sayur agak kurang tapi ada tanam rockmelon dengan tembikai. Kalau bunga pula, saya gedik suka cuba tanam bunga2 yang jarang dijual di nursery kat sarawak ni. Haritu cuba tanam lavender tapi tak tumbuh2 sebab salah cara. Nanti kalau rajin baru nak cuba lagi.

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 02:10 PM

PurpleRuby replied at 12-3-2021 02:08 PM
Teruskan, sis. Nanti dah berbunga, share la gambar2 sini. Seronok tengok kebun orang lain. Saya pu ...

Iols ada gak tanam labu tapi kutip pucuk je. Ada juga berbunga tapi tak sempat jadi buah. Tabur gak benih honeydew tapi tak menjadi. Ni tengah tunggu anak2markisa/passionfruit membesar.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 02:10 PM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 02:00 PM
Uols dapat benih german chamomile dari mana?

Beli kat shopee je. Nanti u usha shopee shop nama Wellgrowseeds. Banyak benih bunga yg bagus dan alhamdulilah setakat ni, benih dorang memang menjadi kalau ikut panduan yg diberi.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 02:11 PM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 02:02 PM
Kawan iols yang beginner, iols cadangkan sheols tanam zinnia sebab ni antara pokok bunga yang paling ...

Okeh, noted. Cantik ni bila dia tumbuh banyak2. Leh buat photoshoot siap.

PurpleRuby Publish time 12-3-2021 02:13 PM

sharlenetexas replied at 12-3-2021 02:10 PM
Iols ada gak tanam labu tapi kutip pucuk je. Ada juga berbunga tapi tak sempat jadi buah. Tabur ga ...

Kalau ikut pengalaman tanam sayur@tanaman melon ni, kita kena rajin buat pendebungaan berbantu. Kalau harapkan lebah n serangga lain, lambat sket. Markisa tu ok what. Rare tu. Jarang dengar orang tanam.

sharlenetexas Publish time 12-3-2021 02:14 PM

PurpleRuby replied at 12-3-2021 02:11 PM
Okeh, noted. Cantik ni bila dia tumbuh banyak2. Leh buat photoshoot siap.

Uols pernah tak tanam cosmos warna pink ke, putih ke, daun halus macam jarum? Iols banyak kali dah cuba tapi tak jadi. Anak benih yang baru keluar jadi dua daun tu mati. Tak sempat besar pun. Jenis tak tahan lasak macam ulam raja.

Lagubestbest Publish time 12-3-2021 04:41 PM

https://media.istockphoto.com/photos/workkers-with-digital-tablet-in-the-greenhouse-picture-id1002419124?k=6&m=1002419124&s=612x612&w=0&h=GxpJOqNWecEywnqmxiJoj2i0T-BeZVKfPDrtpXlxmzY=
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Petani Urban Jom Borak Bawah Pokok Di Laman Yang Indah


ADVERTISEMENT