Kucing Sebenarnya Kenal Nama Sendiri Tapi Buat-Buat Tak Faham
Kucing Sebenarnya Kenal Nama Sendiri Tapi Buat-Buat Tak Fahamhttps://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/nama-kucing-750x383.jpg
Pernah tak anda memanggil nama kucing anda tetapi mereka tidak datang kepada anda? Itu mungkin perkara biasa sebagai pemilik kucing. Tetapi sebenarnya ada satu kajian yang dilakukan di mana kucing sebenarnya faham dan kenal dengan nama mereka cumanya terpulang pada mereka sama ada mahu melayannya atau tidak.
Sepasukan penyelidik mendapati kucing domestik memberi respons yang lebih kuat terhadap namanya sendiri daripada perkataan lain dalam satu eksperimen. Kajian ini ada disebut di dalam penemuan mereka yang dinamakan sebagai “bukti eksperimen pertama yang menunjukkan kemampuan kucing untuk memahami ucapan verbal manusia.”
Penulis utama kajian itu iaitu Atsuko Saito, seorang ahli biologi kognitif di University of Tokyo mengesyaki bahawa kucing dapat memahami beberapa komunikasi manusia seperti yang telah terbukti dilakukan oleh anjing. Maknanya, bukan anjing sahaja yang faham cakap manusia tapi kucing juga sama!
https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2021/03/111434467_gettyimages-1143489763.jpg
Saito telah menguji kemahiran ini pada 78 ekor kucing di mana mereka menggunakan empat perkataan neutral yang sama panjang dan bunyi dengan nama kucing itu sebelum memanggil nama kucing pada akhirnya. Semasa empat perkataan itu disebutkan, kebanyakan kucing tidak memberikan sebarang reaksi. Tetapi sebaik saja nama mereka disebut, kucing akan memberikan reaksi sama ada menggerakkan telinga atau kepala.
Walaupun suara pada rakaman itu bukanlah suara pemiliknya, kucing akan memberikan reaksi semasa nama mereka dipanggil. Menunjukkan kucing sememangnya sedia maklum dengan nama mereka sendiri tidak kiralah siapa yang memanggilnya.
Tapi sudah tentu, ini tidak membuktikan kucing anda benar-benar memahami konsep nama seperti manusia. Walaupun kajian ini membuktikan kucing faham dan kenal dengan nama mereka, tidak semestinya mereka akan datang jika anda memanggilnya. Sebilangan kucing mungkin menyahut namanya dengan memusingkan kepala atau menggerakkan telinga tetapi kurang dari 10%sahaja yang akan bangun untuk bergerak ke arah suara itu.
8lf9lQW07OU
Kucing sebenarnya sama hebat seperti anjing ketika mereka mempelajari sesuatu. Tetapi kucing tidak begitu berminat untuk menunjukkan apa yang telah mereka pelajari kepada pemiliknya. Jadi, bertabahlah pemilik kucing sekalian.
SUMBER
NATURE
SCIENTIFIC AMERICAN
starden barden harden bart! Aaa...kucen jiran pokok klu kteorg pggl nm dier buat dek jek...klu pggl nm lain laju jer dier dtg....sabo jer lah Kucing i akan datang kalau dipanggil nama. Manja gila kalau boleh setiap malam nak tido sekatil I ada lebih 20 ekor kucing..betul bila ada nama ni kucing tau je bila kita panggil nama dia. Kt rumah ni dah 3 generasi dan latest ada 8 ekor kitten belum bagi nama.ada cadangan tak? hazzium replied at 14-3-2021 11:30 PM
I ada lebih 20 ekor kucing..betul bila ada nama ni kucing tau je bila kita panggil nama dia. Kt ruma ...
makk aiii ramainya kucingggg.. iols suggestkan uols buat spay and neuter kucing2 uols tuhhh grassjelly replied at 15-3-2021 03:42 PM
makk aiii ramainya kucingggg.. iols suggestkan uols buat spay and neuter kucing2 uols tuhhh
Ya sekarang tengah neuter dan spay kan semua kucing dalam rumah ni..one by one.rasa serba salah tapi terpaksa utk kemaslahatanmeow dan tuan meow..hehe hazzium replied at 15-3-2021 09:24 PM
Ya sekarang tengah neuter dan spay kan semua kucing dalam rumah ni..one by one.rasa serba salah ta ...
ohhh bagus2.. keep it up, semoga murah rezeki ibubapa kepada kucing2 yang ramai.. aminnn inshaAllah
grassjelly replied at 15-3-2021 10:14 PM
ohhh bagus2.. keep it up, semoga murah rezeki ibubapa kepada kucing2 yang ramai.. aminnn inshaAlla ...
Aamiin.doa yg sama utk awak Aamiin..doa yg sama utk awak Memang kucing tau nama diorang pun tapi sengaja buat taj tahu..geram jer tak datang pun bila panggi Lagi2 time dia kenyang pandang pun tak sudi...cehh kucing tahu nama dorang kalau lapar je :lol: Bila panggil gendut tak pandang
Bila panggil nama dia baru dia pandang
Oooo, tahu pulak nama dia ya :lol: kucing i, panggil nama dia pandang je. Bukan nak dtg pun :sweat3: kucing aku pn paham
Baru jap aku pggil dia dtg
Walhal tgh tidur tu...
Laki aku ckp dia bgn dh
Tp ada masa dia angkt kepla je pastu sambung tidur blik kucing i pun sama. panggil nama tau pandang je pastu dah blankkkk haha hhahaa...mmg pun...suka menyakitkan hati... acah2 pekak bila kita panggil... Buh name dia mcm bunyik kte paggl mkn jela kalo cmtu
Pages:
[1]
2