berun Publish time 11-3-2021 02:21 PM

Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsu

Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsunami 2011

10 tahun yang lalu, satu gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter telah melanda Lautan Pasifik. Ia kemudiannya telah menyebabkan tsunami besar yang pastinya menjadi igauan buruk kepada rakyat mereka.Dalam kejadian pada Mac 2011 itu, 18,500 nyawa dilaporkan terkorban termasuk mereka yang masih hilang sehinga ke hari ini.Namun seorang lelaki, Yasuo Takamatsu dari bandar Onagawa di Miyagi, yang telah kehilangan isterinya, Yuko dalam kejadian tersebut enggan mengalah dan masih setia mencari isterinya itu meskipun sudah lebih 10 tahun kejadian berkenaan berlalu.Malah demi memudahkan pencariannyaTakamatsu yang kini berusia 64 tahun itu, sanggup mengikuti kursus menyelam sehingga berjaya memperoleh lesen menyelam dua tahun selepas kejadian.https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/03/41615303019_koi.jpeg
Percaya atau tidak, dalam tempoh tujuh tahun, Takamatsu telah melakukan 470 selaman yang sudah menjadi rutin mingguannya di sekitar wilayah berkenaan.“Saya menyelam untuk isteri saya… jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.“Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa,” katanya.“Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan ‘Adakah awak okay? Saya mahu pulang’. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang,” katanya lagi.
https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/03/Screen-Shot-2021-03-10-at-1.19.14-PM.jpgYasuo bersama isterinya, Yuko dan dua anak mereka. Foto : Hiromi Tanou via BBCSelain melakukan selaman solo lelaki ini turut menyertai pencarian bersama pihak berkuasa dimana mereka setakat ini sudah berjaya menemui 2,500 jasad di wilayah itu.NV2jkIYIi5s
Kehilangan insan tersayang terutamanya pasangan hidup pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Lebih menyedihkan sekiraKehilangan seseorang yang kita sayangi bukan lah satu perkara mudah. Lebih-lebih orang pemergiannya tanpa khabar berita tanpa diketahui apakah nasib.
Sumber : Buzzkini

mdhelmi Publish time 11-3-2021 02:23 PM

wasap je bomoh kelapa suruh dia setelkan

ledigugu Publish time 14-3-2021 06:58 AM

{:orzo{:orzo{:orzo

yssej16 Publish time 17-3-2021 02:18 PM

:(:(:(:(:(

cantik88 Publish time 17-3-2021 02:41 PM

Sedinyaa...tetap meletakkan adanya harapan :'(:'(:'(

pumpkin21 Publish time 18-3-2021 02:37 AM

:(:(:(:(:(

chombee2010 Publish time 19-3-2021 01:14 AM

sedihnyer :'(

Camarbiru16 Publish time 20-3-2021 11:47 AM

Beza dgn kisah di Indo...bila dh jumpa, tp hilang ingatan...sedih..

midori_katana Publish time 8-8-2021 02:17 AM

Sesihnya.. tak kenal putus asa. Mudah2han akan bertemu juga ‘isteri’ tercinta nanti!

cucuq Publish time 8-8-2021 11:50 AM

Bgusnya diea..sdgkn ade sesetengah pasamgan kubyr isteri bru merahh dh kawen lain..
Pages: [1]
View full version: Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsu


ADVERTISEMENT