piao Publish time 10-3-2021 11:02 AM

Komen Rossi Tentang Motosikal Petronas Yamaha

Komen Rossi Tentang Motosikal Petronas Yamaha

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/download.jpg

Sekadar mendapat tempat ke 20 pada sesi ujian rasmi MotoGP.”Saya tidak selesa menunggang motosikal ini”,demikian keluhan Rossi.

Masaalah utama kami tidak begitu pantas.Sekarang kami perlu melihat kepada data bersama pasukan dan cuba cara yang lain untuk sesi ujian seterusnya.


Tambah Rossi,pada akhir ujian,beliau mengalami beberapa masaalah dengan jentera yang ditunggangnya.Itulah punca tidak dapat memecut dan sekaligus mencatat masa terbaik.

Pada sesi ujian pada hari pertama,Rossi berkedudukan ditangga ke 14.Masaalah yang dikenal pasti pada sesi ujian tersebut ialah tayar yang dipercayai kurang mencengkam.

Catatan masa bagi jentera Rossi juga tidak memberangsangkan bagi setiap pusingan.

Namun juara dunia 9 kali itu bertekad akan lebih kompetitif pada ujian seterusnya.

Berbeza dengan rakan sepasukan,Franco Morbidelli yang berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan di sesi ujian tersebut.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/images-1-e1615343308829.jpg

Persoalannya adakah ini satu helah atau faktor usia yang membataskan Rossi.Pelumba paling tua beraksi di perlumbaan MotoGP musim 2021 adalah Rossi.

Adakah Pasukan Petronas Yamaha tersilap memilih Rossi?

Sumber : www.motoqar.com

Pages: [1]
View full version: Komen Rossi Tentang Motosikal Petronas Yamaha


ADVERTISEMENT