zasrfikri Publish time 9-3-2021 09:02 PM

ANAK PELAKON AMYZA AZNAN BAKAL SUPERSTAR MALAYSIA. VOKAL LEVEL MARIAH CAREY !!!

GALAKSI VIRAL - Anak pelakon popular Malaysia Amyza Aznan yang bernama Adrian dikatakan bakal menjadi The Next Superstar Malaysia oleh ramai peminat hiburan tempatan baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kejutan kemampuan luar biasa Adrian yang mampu melakukan teknik Whistle Register dengan begitu padu sekali ketika membuat persembahan bersama ibu beliau di rancangan Family Duo TV3.
https://1.bp.blogspot.com/-ayy3-N4A8I4/YEdtxiObJcI/AAAAAAAAFXQ/t0bRN2ukcTs1p7je5NPO6uiJwKqWKWKXQCLcBGAsYHQ/s320/amyza.png

Boleh dikatakan Adrian adalah penyanyi lelaki pertama di Malaysia yang secara umum diketahui mampu membuat teknik Whistle Register ini secara mantap dan padu.Di Malaysia hanya terdapat dua penyanyi yang betul-betulmampu membuat Whistle Register ala Mariah Carey bunyinya mantap dan power iaitu Idayu AF3 dan Nikki Malaysian Idol. Lain-lain ada juga yang membuat teknik nyanyian ini tetapi tidak sepadu Idayu AF3, Nikki dan kini Adrian.
Ketika menonton rancangan Family Duo ini, ramai penonton akan terfikir kenapa lagu Mariah Carey berjudul Emotion dipilih sebagai salah satu yang akan dinyanyikan oleh mereka dalam rancangan ini. Ini adalah kerana hampir semua peminat muzik antarabangsa sedia maklum lagu Mariah Carey Emotion adalah lagu Mariah yang paling banyak guna teknik Whistle Register dan bukan semua penyanyi boleh menyanyikannya dengan baik. Namun, selepas menonton persembahan vokal mereka untuk lagu Emotion and Ku Bersuara (nyanyian asal Ernie Zakri), pasti ramai akan terkesima dan terkejut dengan potensi besar anak Amyza Aznan ini yang bakal menjadi The Next Superstar in Malaysia ini.
Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>>http://galaksiviral.blogspot.com/2021/03/anak-pelakon-amyza-aznan-bakal.html

Redmyvi Publish time 10-3-2021 08:17 AM

mmg sedap suara anak dia.. tak sangka ramai gk pelakon yg ada ank boleh menyanyi..

buragazz Publish time 10-3-2021 09:38 AM

Aku ada tgk kat Youtube memang agak mantap jugak vokal dia cumanya dia belum pecah suara kan ke dah..

Su_annur Publish time 19-3-2021 08:36 AM

Sore ank dy mmng sdp...tp besala sore bdk2 tggu nnti bla sore dh pecah msih sma lg ke x
Pages: [1]
View full version: ANAK PELAKON AMYZA AZNAN BAKAL SUPERSTAR MALAYSIA. VOKAL LEVEL MARIAH CAREY !!!


ADVERTISEMENT