Aking Publish time 9-3-2021 04:46 PM

Nelayan Vietnam Cuba Rasuah Polis Marin - AKT

Edited by Aking at 9-3-2021 04:58 PM

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1eoumO.img?h=600&w=799&m=6&q=60&o=f&l=f
PPM menahan enam nelayan warga Vietnam susulan cuba merasuah RM3,000 selepas dipercayai menjalankan tangkapan hasil laut secara haram di perairan berhampiran Pulau Rawa, Mersing. FOTO IHSAN POLIS JOHOR

Harian Metro

Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my

Mersing: Enam nelayan warga Vietnam ditahan kerana cuba merasuah RM3,000 anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ketika ditahan menangkap ikan secara haram di perairan berhampiran Pulau Rawa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata dalam rondaan kira-kira jam 5.50 petang itu, PPM Mersing mengesan sebuah bot asing tanpa nombor pendaftaran.

Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, pihaknya mendapati terdapat enam lelaki berusia 20 hingga 57 tahun berada di atas bot berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan itu melakukan kesalahan mengikut akta perikanan, selain semua nelayan tiada dokumen pengenalan diri.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, seorang daripada nelayan berkenaan menawarkan rasuah berjumlah RM3,000 kepada anggota PPM supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sebuah bot nelayan bersama peralatan dan gamat seberat 50 kilogram dirampas bagi siasatan lanjut mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009, Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1953.

"Kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perikanan Mersing bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Aking Publish time 9-3-2021 04:47 PM

Jika didapati bersalah, apa hukuman kepada mereka?
Pages: [1]
View full version: Nelayan Vietnam Cuba Rasuah Polis Marin - AKT


ADVERTISEMENT