lanesra Publish time 9-3-2021 10:50 AM

Dialek Perak diancam kepupusan. Anak muda Perak malu bertutur dialek sendiri?

Edited by lanesra at 9-3-2021 11:11 AM

KUALA LUMPUR: "Idak nak makan ke ? Ate... tak pelawe...!," dialog AR Tompel dalam filem Do Re Mi terbitan 1960-an itu mungkin paling diingati jika kita memetik filem atau drama yang menggunakan dialek Perak.

Malah sehingga kini banyak drama, telefilem dan juga filem mengangkat dialek berkenaan yang nyata membantu mempromosikannya misalnya, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Namun, walaupun dianggap popular dalam kalangan penonton, realitinya dialek Perak mula diancam 'kepupusan' kerana golongan muda asal Perak tidak lagi berminat menuturkannya.

Hal ini dikongsikan oleh Pensyarah, Pusat Kajian Bahasa & Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin menerusi program Canai Bahasa dan Sastera, Warisan Pustaka: Moh Kenei Loghat Perak di laman sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), minggu lalu.

Program yang dimudahcarakan oleh Pegawai Perancang Bahasa DBP, Norhasmanalinda Mustapa itu turut menampilkan mantan Timbalan Ketua Pengarah, DBP, Dr Zaharani Ahmad dan pelakon Bell Ngasri.

Nor Hashimah berkata, antara faktor generasi muda Perak tidak lagi berminat bertutur dalam dialek berkenaan kerana berasa malu selain lebih selesa bertutur dalam bahasa baku.

Keadaan ini katanya, menyebabkan generasi muda tidak lagi cekap bertutur dialek itu malah ada yang langsung tidak mahir.

"Hal ini juga mungkin disebabkan berlaku perkahwinan campur dengan pasangan negeri lain yang menyebabkan mereka lebih selesa memilih bahasa baku.

"Mereka juga mungkin tinggal di luar Perak dan dialek itu tidak lagi digunakan dalam perbualan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan," katanya.

Tambah Nor Hashimah, hal ini sebenarnya satu kerugian kerana setiap dialek memiliki keunikan tersendiri apatah lagi berbanding negeri lain, Perak memiliki lebih daripada satu loghat disebabkan faktor bentuk muka bumi negeri itu.

Katanya, Perak menerima penyebaran dialek dari negeri lain yang bersempadan dengannya. Misalnya penduduk bahagian hulu Perak bertutur dalam dialek Pattani sementara di utara Perak lajak ke Manjung, mereka bertutur dalam loghat Kedah.

Namun, bentuk muka bumi negeri itu yang bergunung ganang juga menyebabkan sesetengah dialek dari negeri jiran tidak dapat tersebar yang membantu loghat asal Perak asli di tengah negeri itu dapat dikekalkan.

"Dialek Perak yang popular dan biasa kita dengar dalam drama atau filem itu sebenarnya dituturkan oleh penduduk di Kuala Kangsar dan Perak Tengah membabitkan daerah Kinta ke Bota.

"Saiz penutur dialek itu jika mengikut daerah agak kecil tetapi ia sangat menonjol dan unik kerana ia dianggap loghat sebenar negeri berkenaan.

"Malah ia menarik perhatian orientalis sejak zaman belum merdeka. Mereka turut mendapati orang Melayu Perak sangat unik kerana menamakan anak mereka mengikut turutan kelahiran.

"Misalnya anak sulung, jadi dia namakan Long Jaafar, seterusnya Ngah Ibrahim, " katanya.

Bagaimanapun, keunikan orang Melayu Perak dalam menamakan anak mereka tidak lagi diamalkan kini.

Tambahnya, Perak dengan bentuk muka bumi dan laluan perhubungan ketika itu yang bergantung kepada sungai menyebabkan ramai orang Melayu dari Sumatera datang ke negeri itu.

"Pada zaman itu, kita belum ada persempadanan geografi seperti hari ini, jadi kalau kita ke Sumatera jangan terkejut mendapati mereka juga bertutur seakan-akan dialek Perak menerusi penggunaan perkataan seperti 'mike' dan 'teman'.

"Malah ada tempat di Indonesia turut berkongsi nama tempat di Perak iaitu Kampar," katanya.

Sementara itu, Zaharani yang berasal dari Batu Gajah mengakui faktor kahwin campur selain tinggal di luar negeri kelahiran, membataskan kemahiran bertutur dialek berkenaan dalam kalangan generasi muda.

Katanya, sebagai anak Perak yang berkahwin dengan wanita luar dan tinggal di ibu kota, bahasa yang dituturkan adalah bahasa baku.

"Apabila saya pulang ke kampung, secara automatik lidah akan bertutur dalam dialek Perak tetapi anak-anak menganggapnya lucu dan mereka juga tidak berminat hendak bertutur dalam dialek ini kerana rasa malu," katanya.

Tegas Zaharani, walaupun dialek itu banyak dituturkan dalam drama atau telefilem ada kalanya ia tidak disebut dengan tepat.

"Umumnya dalam dialek Perak bunyi e agak leper. Jika perkataan kena di Perak disebut 'kene', kalau kenal juga disebut 'kene'.

"Jika perkataan yang berakhir dengan 'ar', orang Perak akan menyebutnya dengan 'ao' misalnya lebar menjadi lebo, kalau besar menjadi beso.

"Begitu juga kalau perkataan baling orang Perak akan buang perkataan g menyebutnya 'balin'," katanya.

Tambah Zaharani, dialek Perak secara umumnya popular dan antara ayat daripada dialek itu yang kerap digunakan orang ramai jika mahu cuba bertutur loghat itu adalah perkataan 'ate'.

"Ate ini sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Melayu klasik iaitu 'hatta'.

"Ia adalah permulaan ayat untuk menjelaskan sesuatu. Perkataan 'ate' ini memang ciri perak yang paling menonjol.

"Dialek Perak ini unik dan seharusnya generasi muda Perak terutama yang menetap di luar, tidak berasa malu kepada warisan sendiri," katanya.

Sementara itu bagi Bell, walaupun tidak lahir di Perak tetapi kekerapan berlakon dalam drama dan telefilem yang menggunakan dialek itu menyebabkan beliau mula memahami dan mahir menggunakannya.

"Saya berlakon sejak remaja dalam drama yang menggunakan dialek Perak. Sedikit sebanyak saya faham dan mula menggunakannya. Misalnya antara yang biasa digunakan ialah perkataan 'ate',' katanya.

Tambah Bell, drama dan telefilem juga filem mempunyai peranan tersendiri dalam mempopularkan dialek negeri.

seribulan Publish time 10-3-2021 07:54 AM

Moga tak le, kome...
@noor2

noor2 Publish time 10-3-2021 07:19 PM

seribulan replied at 10-3-2021 07:54 AM
Moga tak le, kome...
@noor2

Ijokkkkk.....

seribulan Publish time 10-3-2021 07:21 PM

noor2 replied at 10-3-2021 06:19 PM
Ijokkkkk.....

Ate, kome...kite bakor...tumpo...

noor2 Publish time 10-3-2021 07:23 PM

seribulan replied at 10-3-2021 07:21 PM
Ate, kome...kite bakor...tumpo...

X semiak ghase perut haghi ni...

seribulan Publish time 10-3-2021 07:25 PM

noor2 replied at 10-3-2021 06:23 PM
X semiak ghase perut haghi ni...

Cer citer2x...nape tu, kome?

noor2 Publish time 10-3-2021 07:26 PM

seribulan replied at 10-3-2021 07:25 PM
Cer citer2x...nape tu, kome?

Angin gamaknya....

seribulan Publish time 10-3-2021 07:29 PM

noor2 replied at 10-3-2021 06:26 PM
Angin gamaknya....

Ooo. .ingin mentekedarah x hape2 bebenonye, kome..

noor2 Publish time 10-3-2021 07:30 PM

seribulan replied at 10-3-2021 07:29 PM
Ooo. .ingin mentekedarah x hape2 bebenonye, kome..

Ate menung ghasenya mikio....paseinya...

seribulan Publish time 10-3-2021 07:34 PM

noor2 replied at 10-3-2021 06:30 PM
Ate menung ghasenya mikio....paseinya...

Moh le kuor forem sebento...:)

noor2 Publish time 10-3-2021 07:35 PM

seribulan replied at 10-3-2021 07:34 PM
Moh le kuor forem sebento...

Jom beghanso....

seribulan Publish time 11-3-2021 07:58 AM

noor2 replied at 10-3-2021 06:35 PM
Jom beghanso....

Pe citer peghut kome? Ate udoh elok bebeno ke?






noor2 Publish time 12-3-2021 08:35 AM

seribulan replied at 11-3-2021 07:58 AM
Pe citer peghut kome? Ate udoh elok bebeno ke?

Ya Allah bz bebeno...elok dah..angin je...

seribulan Publish time 12-3-2021 08:37 AM

noor2 replied at 12-3-2021 07:35 AM
Ya Allah bz bebeno...elok dah..angin je...

Agak dah...sabo je le, kome...mujo dah baik peghut tu...

noor2 Publish time 12-3-2021 08:38 AM

seribulan replied at 12-3-2021 08:37 AM
Agak dah...sabo je le, kome...mujo dah baik peghut tu...

Ate...kume nk start kerja dah ni....tata...

seribulan Publish time 12-3-2021 09:06 AM

noor2 replied at 12-3-2021 07:38 AM
Ate...kume nk start kerja dah ni....tata...

Awak dah mula ni, kome :)

noor2 Publish time 12-3-2021 08:06 PM

seribulan replied at 12-3-2021 09:06 AM
Awak dah mula ni, kome

Baghu dapat jenguk porum balik....tu pun kejap lagi mesti tumbang dah mengholoh...

seribulan Publish time 12-3-2021 08:11 PM

noor2 replied at 12-3-2021 07:06 PM
Baghu dapat jenguk porum balik....tu pun kejap lagi mesti tumbang dah mengholoh...

Haha...ni tengah ralit bace bodgos kakak niqabis dgn ex Indon & ratu...mcm2 adeee, kome....sabo je le :)

noor2 Publish time 12-3-2021 08:12 PM

seribulan replied at 12-3-2021 08:11 PM
Haha...ni tengah ralit bace bodgos kakak niqabis dgn ex Indon & ratu...mcm2 adeee, kome....sabo je ...

Hehe bior le...dah jodoh dema dgn oghang laki yg same...

seribulan Publish time 12-3-2021 08:15 PM

noor2 replied at 12-3-2021 07:12 PM
Hehe bior le...dah jodoh dema dgn oghang laki yg same...

Idoknye, kome...ni ade yg tumpah teh kakak tu punye cinte Agong, Mr. A...kwang3x...udoh teman ngintei IG yg deme letak situ...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Dialek Perak diancam kepupusan. Anak muda Perak malu bertutur dialek sendiri?


ADVERTISEMENT