Aking Publish time 9-3-2021 09:13 AM

Microsoft Edge Perkenal Fungsi Tab Baru Yang Sudah Tiada Di Chrome

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1emwOx.img?h=379&w=675&m=6&q=60&o=f&l=f

SoyaCincau

Najib

Selepas diuji hampir 4 bulan, Microsoft akan mula melepaskan fungsi baru pelayar Microsoft Edge, iaitu Tab Menegak (Vertical Tab) kepada semua pengguna. Ia adalah fungsi yang tidak terdapat di pelayar paling popular, Google Chrome serta di Mozilla Firefox.

Idea tentang tab terletak di selain dari bahagian atas telah lama diperkatakan, kerana ia boleh meluaskan lagi ruang untuk menatal dari atas ke bawah. Apatah lagi dengan monitor dan skrin ultra lebar semakin popular, idea ini menjadi semakin wajar.

Dalam contoh di bawah, fungsi baru tab menegak di Edge menunjukkan tab boleh disimpan di sebelah kiri pelayar. Untuk mengurangkan ruang yang diambil oleh tab ini, antaramukanya boleh dikecilkan dengan menukar teks kepada ikon sahaja.

Walaupun secara aslinya tidak ada, tab menegak boleh digunakan di Chrome melalui pemasangan extension seperti Vertical Tabs ini. Bagaimanapun, ia tidak selancar dan kemas seperti yang ada di Edge.

Tetapi sebenanrnya, tab menegak pernah ada di Chrome satu masa dahulu. Ia telah dibuang selepas pembangun mendapati tidak ramai pengguna yang benar-benar suka menggunakannya. Ia dibuang untuk meringankan proses pelayar. Perkara ini ada dicatatkan dalam nota pembangun Chrome pada tahun 2011.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1emirw.img?h=444&w=799&m=6&q=60&o=f&l=f

Pada waktu itu, perkakas seperti monitor ultra lebar masih belum popular. Jadi Microsoft percaya, sekarang adalah masa yang tepat untuk memperkenalkannya. Malah ia dijangka akan diikuti oleh pelayar lain seperti Firefox, Safari dan Chrome sendiri.

Selain tab menegak, fungsi baru yang ditambah di kemaskini Edge terbaru adalah ‘Startup Boost‘, di mana pelayar akan berjalan di belakang sistem apabila peranti dihidupkan. Perkara ini boleh mengurangkan masa pelancaran pelayar sekitar 29%-41%. Tetapi ia masih akan memberi kesan kepada prestasi kerana berjalan sepanjang masa.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1empUY.img?h=450&w=799&m=6&q=60&o=f&l=f

Untuk sejarah pelayar (browser history), ia direka semula agar tidak mengambil seluruh ruang skrin. Sebaliknya dijadikan menu yang boleh ditarik ke bawah di bahagian toolbar. Selain itu, ia boleh dipin agar mudah dicapai bila diperlukan.

Redmyvi Publish time 9-3-2021 11:22 AM

ptut aku tgk edge aku dh lain skit..

rajamoney Publish time 9-3-2021 12:35 PM

chrome dulu kini dan selamanya

buragazz Publish time 9-3-2021 12:47 PM

Chrome setakat ini.... tiada yang lain...

superdogol Publish time 9-3-2021 07:14 PM

brave for me

copy_paste Publish time 12-3-2021 10:49 AM

yg mana lebih ringan yg tu aku pakai

aziz79 Publish time 13-3-2021 08:17 PM

Masih guna Firefox

missus_meow Publish time 13-3-2021 08:28 PM

selesa guna chrome ...

Lvstar Publish time 16-3-2021 07:19 PM

Masih setia dengan chrome
Pages: [1]
View full version: Microsoft Edge Perkenal Fungsi Tab Baru Yang Sudah Tiada Di Chrome


ADVERTISEMENT