piao Publish time 8-3-2021 09:22 PM

Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Al-Quran Menjelang Enam Tahun

Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Al-Quran Menjelang Enam Tahun

Angkasawan Negara pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi media sosial Instagram ada memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia tiga tahun sudah mula mengaji naskah Iqra.

https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/2021/03/08120418/130962818-222464035903665-5930447806704874493-o-14_58_107940.jpeg

Menyasarkan umur enam tahun buat kembarnya itu khatam ayat suci Al-Quran, Dr Sheikh berkata dia menggunakan teknik ‘baghdadi’ kepada anak-anaknya itu.

Dalam hantaran di Instagram, personaliti terkenal itu telah memuat naik foto kembarnya sedang belajar mengaji bersama seorang guru.

https://www.instagram.com/p/CMD0W2hng8N/?utm_source=ig_embed

“Kembar ini sudah mula mengaji, Adam dan Noah sekarang usia tiga tahun lebih dan sangat penting untuk mula membaca dan mengajar Iqra kepada mereka. Kami pilih kaedah Baghdadi seperti yang telah terbukti keberkesanannya.”

Dalam pada itu, Dr Sheikh berharap agar kembar pertamanya dapat mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya iaitu Bella dan Tasha yang turut berjaya khatam Al-Quran di usia yang sangat muda.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober tahun 2010 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar tidak seiras, Eusoff dan Emelia.

Sumber: beautifulnara.com


piao Publish time 8-3-2021 09:23 PM

https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/2021/03/08120558/2-19_41_941869-768x702.jpeg

sharlenetexas Publish time 8-3-2021 09:30 PM

Anak2 sohai dah khatam quran belum?

babynina30 Publish time 9-3-2021 12:43 AM

Anak i 5y+ juzuk 20+.
Nasib baik i marhaen tidak dikenali msyrkt

haifawehbe Publish time 9-3-2021 03:47 AM

iols tertanya2 sampai skrg apa hasil kajian cell dekat angkasa dulu? senyap jer.. balik2 dgr psl tips family dgn anak2 jer dari dia ni.

awanysss Publish time 9-3-2021 10:54 AM

babynina30 replied at 9-3-2021 12:43 AM
Anak i 5y+ juzuk 20+.
Nasib baik i marhaen tidak dikenali msyrkt

start umur berapa tu u ajar

babynina30 Publish time 9-3-2021 11:12 AM

awanysss replied at 9-3-2021 10:54 AM
start umur berapa tu u ajar

Iqra' started when she was 4yrs.
11months later habis all iqra 1-6.

Started Al-Quran when she was almost 5. Now dah masok 6yrs, still juzuk 20+.

Ajar sendiri je kt rumah .
She goes to non-islamic kindy.


Kena kesabaran yg menggunung tinggi . Huhu :)

tagas Publish time 9-3-2021 11:30 AM

Duit ada suma jln {:1_152:}

tagas Publish time 9-3-2021 11:31 AM

Bkn takat katam quran

naik ke bulan pon bleh

janji berwanggggg {:1_152:}

Loh_83 Publish time 9-3-2021 02:10 PM

babynina30 replied at 9-3-2021 11:12 AM
Iqra' started when she was 4yrs.
11months later habis all iqra 1-6.



bagusnyaaa.... seronok baca .. :)

nanasno Publish time 9-3-2021 02:54 PM

tapi dia ni mmg betul2 strict academic ngn anak2 dia ni mcm mana la anak2 dia coupe.

marla69 Publish time 9-3-2021 07:03 PM

I still prefer didik anak tidak keterlaluan.Dia ni nampak nya try hard tuk anak berjaya n achieve big thing in lifegittiew.

KBW2 Publish time 9-3-2021 08:38 PM

Yang sorang tu rupa Jalaludin Hasan pulak.

PJmasks Publish time 11-3-2021 01:42 PM

Selain khatam je, ajarkan sekali pengajaran dalam alquran kepada anak2 sambil2 anak2 belajar tauladan. Contoh, kisah abu lahab di surah almasad, surah al-alaq cerita tentang kejadian manusia, tujuan manusia diciptakan, kepentingan iqra’, kisah2 nabi dalam alquran, kisah nabi sulaiman yang faham bahasa binatang, dan sebagainya. Takpe la lambat khatam pun asal anak sukakan alquran dan suka nak tahu lebih lagi cerita2 dalam alquran untuk dijadikan panduan hidup.

KakakGoyang1 Publish time 11-3-2021 04:18 PM

Sian anak2. Tp mana tau anak2 dia pon enjoy je kan

LadyCarefree Publish time 12-3-2021 03:31 PM

haifawehbe replied at 9-3-2021 02:47 AM
iols tertanya2 sampai skrg apa hasil kajian cell dekat angkasa dulu? senyap jer.. balik2 dgr psl tip ...

Hasilnya dia popular makan buat ig review, jual produk sakit lutut, tayamum, dsb. Jangan lupa restoran dia. Oh kalau nak dia bg ceramah, silalah. Berbayar ya

LadyCarefree Publish time 12-3-2021 03:31 PM

marla69 replied at 9-3-2021 06:03 PM
I still prefer didik anak tidak keterlaluan.Dia ni nampak nya try hard tuk anak berjaya n achieve...

Soooo true. Kena bagi kids be kids. And progress at their own pace

haifawehbe Publish time 12-3-2021 04:25 PM

LadyCarefree replied at 12-3-2021 03:31 PM
Hasilnya dia popular makan buat ig review, jual produk sakit lutut, tayamum, dsb. Jangan lupa rest ...

perabis duit tax payer jer sampai berjuta2 nk hantar dia naik ke langit hasilnya yilekk.. sampai gov staff x dpt bonus tahun tu. sudehnya balik sini jadi instapemes sajork.

ruby76 Publish time 12-3-2021 09:55 PM

Kalau nengok cara dia handle life anak2 dia, rasa sangat kesian sebab terlampau padat jadual seharian.Tapi x boleh nak buat apa kan, dah anak dia, ikut dia lah nak buat apa.

LadyCarefree Publish time 13-3-2021 01:04 AM

haifawehbe replied at 12-3-2021 03:25 PM
perabis duit tax payer jer sampai berjuta2 nk hantar dia naik ke langit hasilnya yilekk.. sampai g ...

Pastu masa ura2 nk hantar 2nd ostronot si doktor gigi, dia lantang membantah. Tp anaknya dia harap akan jd ostronot juga.
Pages: [1] 2 3
View full version: Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Al-Quran Menjelang Enam Tahun


ADVERTISEMENT