piao Publish time 8-3-2021 08:42 PM

Nismo tayang video penuh proses restorasi Nissan Skyline GT-R R32

Nismo tayang video penuh proses restorasi Nissan Skyline GT-R R32

Nismo yang merupakan bahagian penalaan dari Nissan, telah memulakan satu proses restorasi terhadap sebuah Skyline GT-R R32.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/r32.jpg

Program ini pada mulanya diperkenalkan pada Disember 2020, namun video yang mendokumentasikan proses restorasi ini dikeluarkan di saluaran YouTube rasmi Nismo pada minggu ini.

Sepanjang proses restorasi, kerja keras dan terperinci sangat diperlukan. Pada mulanya mereka meleraikan segala komponen di mana casis dan kerangka asal akan dinilai untuk kekuatan struktur.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/r32-1.jpg

Sekiranya terdapat masalah dan ubahsuai yang telah dilakukan, badan kenderaan akan dibaik pulih semula dalam keadaan standard kilang.

Seterusnya, kerangka asal akan dicelup ke dalam larutan electrically-charged priming sebagai persediaan untuk proses cat. Pelanggan diberi pilihan untuk memilih warna kegemaran mereka, dan ramai yang memilih kereta mereka untuk dicat dengan warna asal kilang.

https://youtu.be/a25rwwXJnKU

Nismo juga akan meleraikan dan membina semula enjin, iaitu RB26DETT 2.6-liter twin turbocharged. Setelah diselaraskan mengikut spesifikasi, enjin tersebut akan menjalani ujian dyno sebelum proses pemasangan.

Secara keseluruhan, proses restorasi ini menelan kos ¥45,000,000 (RM1.69 juta).

SUMBER : caradvice.com.au

Pages: [1]
View full version: Nismo tayang video penuh proses restorasi Nissan Skyline GT-R R32


ADVERTISEMENT