piao Publish time 8-3-2021 08:38 PM

Ford Ranger ala tentera dari Ricardo untuk UK

Ford Ranger ala tentera dari Ricardo untuk UK

Firma kejuruteraan Ricardo telah mendedahkan versi Ford Ranger ala tentera. Ia dibangunkan dengan kerjasama Polaris iaitu pengeluar kenderaan khas.

Ricardo yang sebelum ini pernah membangunkan kenderaan perisai Land Rover Wolf dan Foxhound sebelum ini telah memberikan Ranger set kelengkapan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan bahan api dan ketahanan jentera itu.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2019/10/ford-ranger-ricardo-02.jpg

Perbezaan paling ketara dari model biasa ialah penambahan sangkar guling (roll-cage), yang sama dengan Land Rover tentera, turut dilengkapi potongan di belakang untuk memuatkan persenjataan.

Di bahagian bawah, Ranger ini mendapat lantai bawah berperisai, pelindung batu dan bahan kalis air dipertingkat. Selain itu, ia diberikan cermin kalis peluru dan bampar depan belakang yang diperkukuh untuk menahan dari impak atau letupan.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2019/10/ford-ranger-ricardo-01.jpg

Modifikasi di dalam pula merangkumi harness empat-penjuru untuk semua tempat duduk, serta sistem elektrik 24V dipertingkat untuk kegunaan ketenteraan.

Model itu dikuasakan oleh enjin Ford 2.0-liter twin-turbo yang dipadan dengan kotak gear automatik 10-kelajuan. Penambah-baikan lain sebagai pilihan termasuklah suspensi, sistem brek dan tayar.

Walaupun firma itu berkata model berasaskan Ranger itu menunjukkan ia mampu digunakan untuk kegunaan ketentetaan, ia masih belum pasti sama ada akan memasuki perkhidmatan atau tidak.
Apa pendapat anda mengenai Ford Ranger ala tentera ini? Atau ada di antara anda yang telah lakukan modifikasi gaya sama?

SUMBER : Autocar

Pages: [1]
View full version: Ford Ranger ala tentera dari Ricardo untuk UK


ADVERTISEMENT