PristineOne Publish time 8-3-2021 12:56 PM

Cerita ceriti di SJR - sudut kasad mata tentera yang bertugas

Dua kali Pokcik ditugaskan dalam pengendalian SJR dan Ops Penawar.

Bagi tentera, bila diperintahkan meronda bersama Polis dan kawal SJR- tu dipanggil tugas medan.

Bagus juga - selalunya tentera ni hanya sibuk dgn latihan- latihan perang bagi mempersiapkan angkatan jika negara diserang.

Asyik latihan juga pun ...boring juga. Selain dari latihan, askar ( ditukar gantinama dari tentera- lebih santai :D ) juga selalu sibuk dgn perbarisan bagi majlis tentera, majlis negeri, majlis tentera dan majlis negara.

Tugas hakiki semasa aman tidak berperang ni...lebih kepada menjaga sempadan negara dan pulau pulau milik negara kita.

Jadi bila kerajaan memerintahkan angkatan tentera membantu polis semasa PKP tahun lepas - maka dgn penuh semangat askar askar turun ke jalan jaga roadblok dgn polis.Macam macam cerita lawak...cerita ceriti tg keluar di Youtube...Facebook pasal apa yg terjadi selama askar di roadblok pada PKP tahun lepas...

.......sambung..

PristineOne Publish time 8-3-2021 01:28 PM

...Tred ini lebih kepada cerita2 apa yg terjadi di SJR.. sama ada yg Pokcik sendiri yg alami...atau cerita dari askar askar Pokcik jua cerita2 yg rakan rakan kongsikan..

Bab sama ada perintah kerajaan supaya askar jaga SJR itu kita bahaskan kemudian sama ada perintah itu berkesan atau tidak...bermotif politik atau pun tidak..

Sekarang ni...kita cerita2 santai ja..

rosasen Publish time 8-3-2021 02:49 PM

menarik2...sila sambung lg

PristineOne Publish time 8-3-2021 02:58 PM

Edited by PristineOne at 8-3-2021 02:59 PM

Dapat sumbangan dari Kelab BMW Malaysia semasa PKP tahun lepas...

Kelab BMW kasik face mask ...Hand Sanitizer...Clorox ngan sabun mandi cecair ( utk askar mandi lepas jaga roadblok) dan sabun basuh ( utk cuci uniform) serta cecair dettol ( dimasukkan kedalam pam letrik dan disembur pada senjata dan askar lepas balik roadblok)

Masa PKP tahun lepas...face mask tu susah nak dapat... Pokcik la diminta oleh Panglima Pokcik ...kut kut boleh dapat sumbangan dari mana mana..

Alhamdulilah....Kelab BMW Malaysia ...kedepan membantu...tanpa basa basi...ahli ahli Kelab dapat kumpul 2.5k dalam 1 malam saja.Esuk terus beli barang keperluan ops roadblok.

keypochino Publish time 9-3-2021 12:01 AM

ok continue lagi pokcik..

white_musk Publish time 11-3-2021 03:49 PM

Pakcik adakah ternampak hantu di waktu malam?

PristineOne Publish time 16-3-2021 02:58 PM

white_musk replied at 11-3-2021 03:49 PM
Pakcik adakah ternampak hantu di waktu malam?

Bila berkongsi cerita cerita dgn askar askar Pokchik yg jaga 5 sekatan jalan raya di Melaka.....tak da pulak diorang cakap kena usik apa apa...

Cuma ada kejadian...sorang askar Pokchik...terlelap kat khemah besar tepi jalan      ( tido kat kerusi ) dia masuk duty 11malam sampai pukul 7 pagi....dan dalam syif tu ada masa rehat 2 jam.

Dia cakap....masa tido kat kerusi tu antara mimpi dan sedar...dia nampak ada orang laki laki pakai serban dan perempuan bertudung datang masuk ke khemah dan berdiri pandang dia... Tapi dia tak nampak muka.. Bila dia nak tanya ada apa masalah kalao nak dibantu....kelibat orang berserban dan perempuan bertudung tu tiba tiba hilang...

Askar Pokchik tu terus bangun dari kerusi dan terus ke khemah tengah jalan di palang sekatan jalanraya dan tanya kawan askar setugas dia...ada nampak tak orang pakai serban dan perempuan pakai tudung masuk khemah rehat?Jawap askar kawan dia tu...tak ada sapa pun yg ada masuk khemah besar...dan tiada mana mana orang awam yg berenti...dan last kereta lalu adalah 30 minit yg lepas.

Masa tu jam 2 pagi dan sekatan jalan raya tu 2 hala selepas tol masuk ke Jasin ( dekat plaza tol).

Seram jugak la si askar Pokchik tu... Semua polis dan Rela kat situ cakap ...tu mainan tido dan askar tu bermimpi... Tapi si askar tu mati mati cakap dia dah bangun masa tu dan dia nampak jelas kelibat orang tu.   Kekal misteri...

Tu je la cerita cerita seram sikit apa yg terjadi pada Ops Penawar tahun ni.

PristineOne Publish time 31-3-2021 03:10 PM

Serba sedikit gambar suasana SJR Ops Penawar Co19 semasa PKP 2.0 baru baru ini.

PristineOne Publish time 31-3-2021 03:12 PM

Pokcik sedang tandangan buku pelawat di SJR Tol Ayer Kroh

PristineOne Publish time 31-3-2021 03:21 PM

Waktu malam...di SJR Tol Jasin, Melaka..

amyhisashi Publish time 1-4-2021 05:48 PM

PristineOne replied at 31-3-2021 03:12 PM
Pokcik sedang tandangan buku pelawat di SJR Tol Ayer Kroh

Wah, pokcik dh mcm retis ni...

keypochino Publish time 3-4-2021 10:53 PM

Selain kisah seram, kisah lucu ada x pokcik

Kak-Leen Publish time 4-4-2021 02:11 AM

PristineOne replied at 31-3-2021 03:21 PM
Waktu malam...di SJR Tol Jasin, Melaka..

Pokcik dok Kem Terendak ke?
SJR tusemua kat Melaka..

PristineOne Publish time 18-4-2021 06:49 AM

Saja nak kasi tahu....

Dah confirm memang tak boleh rentas negeri masa raya nanti.

Arahan pergerakkan dan penugasan dah pun Pokcik terima untuk deploy anggota2 kat SJR dan tambah kekuatan anggota askar Pokcik.

Sesama la kita beraya di wilayah masing masing nanti ya. :D:bye:

sharlenetexas Publish time 21-4-2021 04:49 PM

Jiran iols pesara tentera. Awal tahun lepas dia join sjr ni. Sempat dua hari je sebab dia sakit2. Lutut dia jadi lemah dan tak boleh berjalan. Alhamdulillah sekarang dah beransur sembuh dan boleh drive kereta. Masa mula2 sakit ramai kawan2 persatuan veteran tentera datang melawat. Dia aktif dengan persatuan ni.
Nasib baiklah iols taste dengan abam2 polis muda2. Takdelah aku nak tengok yang veteran ni :lol:

achinto Publish time 5-5-2021 01:17 PM

Seronoknya baca. TT update la cerita-cerita SJR ni {:1_152:}

PristineOne Publish time 19-5-2021 06:11 PM

achinto replied at 5-5-2021 01:17 PM
Seronoknya baca. TT update la cerita-cerita SJR ni

Pada malam menjelang Raya...

Pokchik agih agihkan sumbangan berupa coklat raya dan air kotak dari beberapa individu yang mengingati askar dan polis yg beraya di sekatan- sekatan jalan raya

PristineOne Publish time 19-5-2021 06:14 PM

Posing Raya untuk semua :D   Di SJR Putrajaya ... Pokchik bersama askar-askar dari 1 RAMD dan Inspektor Khirul serta anggota Polis dari IPD Putrajaya. Tidak ketinggalan saudara berbangsa Cina dari RELA Dengkil.

rosasen Publish time 20-5-2021 08:52 AM

PristineOne replied at 18-4-2021 06:49 AM
Saja nak kasi tahu....

Dah confirm memang tak boleh rentas negeri masa raya nanti.


alahai..terlambat plak baca posting ni.. :(

shahreen Publish time 26-5-2021 08:46 PM

PristineOne replied at 19-5-2021 06:14 PM
Posing Raya untuk semua    Di SJR Putrajaya ... Pokchik bersama askar-askar dari 1 RAMD dan Inspek ...

Pokchick dh jaga sjr putrajaya plak ke? Biasa lalu sjr ni thn lps. Nnt lalu nk mtk otogerap pokchick la
Pages: [1] 2 3
View full version: Cerita ceriti di SJR - sudut kasad mata tentera yang bertugas


ADVERTISEMENT