piao Publish time 5-3-2021 07:21 PM

Elakkan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif

Edited by piao at 5-3-2021 07:29 PM

Elakkan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif
https://www.chariscounselingcenter.com/wp-content/uploads/2018/06/anger-energy-and-kids.jpg
Gambar hiasan


Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.

Iaitu elakkan TENGKING anak.

Ada beza ye garang, tengking, marah, tegas? Baca ni

Garang

Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.

Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.

Tengking

Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.

Marah

Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah.

Tegas

Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.

Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.

Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.

Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit

Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.

Saidina ali ra pesan

” Didik anak 7 tahun pertama sbg raja “

Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja?

Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.

7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.

Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.

Tak kisah lah ko bg fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.

If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.

Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.

Stop TENGKING anak.

Agaknya, suka tak dpr suami atau bos yg suka menengking?

Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung..

So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.

Kredit Penulis : Abu Hannah


Levespa Publish time 5-3-2021 07:35 PM

Dan jangan bagi gadget atau tengok tv banyak.. penting tu.. terutama 5 tahun pertama

makadek Publish time 5-3-2021 07:38 PM

Aku tegas kot..
Kalau tk bole main kul 5..bermakn tk boleh..

KIM.K Publish time 5-3-2021 08:18 PM

orang yg tengking/baran ni dia tak stop sampai puas or kita ikut cakap dia..taktau berenti..on and on..nasib ko lah nak jadi lembap dengan orang2 gini

m.a.n.a.kautau Publish time 6-3-2021 06:05 AM

Lvstar Publish time 17-3-2021 12:28 AM

Kesian la kalau selalu kena tengking boleh hilang keyakinan diri

ophillea Publish time 18-3-2021 10:52 AM

iols ada kazen yang suka memekik kat anak, gaduh kuat2 dengan husband. Iolls pulak risaukan kan anaknya in future

Mamason Publish time 4-4-2021 10:26 AM

Kadang2 tertinggi suara.Kalau tak tinggi suarat depa xdgr... Bukannya marah tengking xtentu hala...

SpanishOlives Publish time 3-5-2021 09:04 AM

Sy ada masalah ni sekarang.... suami sy mmg temper takboleh tegur.. kami akan bergaduh tarik muka sebab die bukan setakat tengking anak tapi siap rentap baju anak mcm nak bergaduh dah setiap kali tu sy akan cuba relaikan sy cakap minta die bersabar, & sy terus amik anak bawa anak supaya ignore bukan apa anak sy suka melalak.. kadang boleh jadi trigger utk die pukul plak.. pastu akhirnya sentap ngan sy seolah2 mcm "apa' yag dibuat semuanya salah... tapi mmg salah pun.. tengking anak yg umurnya 5 tahun dah kenapa mcm tu sekali. Benda ni bukan sekali 2.. setiap kali hal ngn anak mesti die akan sentap & marah sgt kat saya. Kadang2 terfikir mcm nak cerai je.. because his sikap tak elok utk perkembangan anak2. sampai ada 1 hari tu anak sy ada cakap " Dalam neraka tu untuk org jahat kan ibu, mcm babah"

qdeeshq Publish time 3-5-2021 04:23 PM

Yang paling penting parents mesti sabar dengan anak2.

Jika nak disiplinkan anak, jangan terlalu violence. Mereka masih kecil dan dalam fasa exploration: -
https://www.q-dees.com/blog/how-to-discipline-your-child/

mijot Publish time 13-5-2021 05:48 AM

kekadang terlepas gak tengking anak ni....
kena banyak lg belajar ilmu keibubapaan nampaknya..

mamahadi Publish time 2-6-2021 04:13 PM

Semoga semua ibu2 dpt kontrol marah... Kesian kat anak2

Janjimanismu123 Publish time 2-6-2021 06:23 PM

Betul la tu

mamahadi Publish time 2-6-2021 07:52 PM

Kdg2 anak ni ckp sekali buat x tahu,naik sket suara adalah fhm sket... Kalu tertenking,terus drama air mata.. Huhu

epal37 Publish time 3-6-2021 01:20 AM

Betul tu.. Byk-banyakkan bersabar

noor2 Publish time 5-6-2021 07:32 AM

Aku tegas dan garang....:lol:

noor2 Publish time 5-6-2021 07:35 AM

Muka dan gaya budak dlm gambar tu pun buat aku rasa geram tengok...aku rasa nak marah tengok..

Belum pernah aku tengok anak2 aku buat muka dan gaya mcm tu...kalau buat mcm tu siap la depa..:lol:

kuchibambam Publish time 16-6-2021 05:32 AM

Sometimes aku terpikir.. kenapa Allah jadikan aku seorang ibu sedangkan aku tak layak

Kesian my kids..I ni baran, suka tengking n suka pukul.

Kesian tgk diorang..i selalu minta Allah jauhkan mereka dari I sbb takut i ni memudaratkan.

lavendermiz Publish time 27-7-2021 02:21 PM

tak tengking cuma kadang volume tu naik..hadoila, anak rapat2 susah nau nak cakap lembut2..selalu je volume naik

penoren Publish time 27-7-2021 03:20 PM

pernah tgk anak yg selalu kena tengkin.. percakapannya agak gagap and susah nk susun sentence. :(
Pages: [1] 2
View full version: Elakkan Tengking Anak Kalau Taknak Anak Jadi Lembab Dan Negatif


ADVERTISEMENT