piao Publish time 4-3-2021 08:52 PM

Resepi Biskut Maamoul Paling Menyelerakan

Resepi Biskut Maamoul Paling Menyelerakan
https://iluminasi.com/img/thumb/banner-resepi-biskut-maamoul-paling-menyelerakan.jpg

Maamoul merupakan sejenis biskut wajib setiap kali terdapat perayaan di Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Ia dibuat dari campuran tepung suji dan tepung gandum.Biskut ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Terdapat juga pelbagai inti seperti kurma, kekacang dan campuran kurma serta kekacang. Untuk resepi ini, ia menggunakan inti kurma dan kacang pistachio.Acuan tradisi yang sebenar adalah dari kayu seperti acuan kuih bakar atau kuih bangkit zaman dahulu. Untuk versi moden pula adalah seperti yang pemilik resepi gunakan.Biskut MaamoulLangkah 1:Bahan-bahan:
[*]Tepung semolina (1 ½ cawan)
[*]Tepung gandum (½ cawan)
[*]Minyak sapi cair (½ cawan) – jangan gunakan mentega kerana aromanya tidak sama
[*]Minyak sayur (¼ cawan)
Cara penyediaan:Satukan semua bahan, tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman (suhu bilik). Selepas semalaman, sambung langkah seterusnya.Langkah 2:Kacau dahulu sedikit doh yang dibiar semalam tersebut. Selepas itu dalam bekas yang sama, masukkan lagi bahan-bahan berikut:
[*]Tepung gandum (1 ½ cawan)
[*]Tepung suji (½ cawan)
[*]Gula serbuk (powdered sugar) (1 cawan)
[*]Serbuk penaik (1 sudu kecil)
[*]Cordamom powder (1 sudu kecil)
[*]Garam (secubit)
Cara penyediaan:Kacau semua sehingga sebati.Langkah 3:Bahan-bahan:
[*]Susu suam (¼ cawan)
[*]Gula (1 sudu kecil)
[*]Yis (1 sudu kecil)
Cara penyediaan:Bancuh, tunggu yis berbuih. Dalam doh tadi, tambahkan ½ cawan susu, beberapa titik esen vanila dan bancuhan yis tadi. Kacau sebati, tutup dan biarkan selama sejam.Langkah 4 (inti):Bahan-bahan:
[*]Kurma (10 biji) – dikisar atau cincang
[*]Serbuk pistachio (½ cawan)
[*]Minyak sapi cair (1 tbs)
Cara penyediaan:Gaul semua dan bulat-bulatkan.Langkah 5:Selepas sejam, bulat-bulatkan doh, letak inti kurma dalam doh dan masukkan dalam acuan (juga boleh gunakan acuan kuih bakar).Nota: Jika ada kelihatan serbuk-serbuk pistachio pada doh, ianya kerana pemilik resepi sayang untuk basuh tangan selepas gentel inti tadi. Maka, pemilik resepi gaul serbuk pistachio yang tertinggal pada tangan, pada doh tersebut.Langkah 6:Bakar suhu 165° lebih kurang 20-30 minit atau sehingga warna bertukar menjadi keperangan, mengikut ketuhar masing-masing. Siap. Boleh taburkan dengan gula serbuk apabila sudah sejuk.https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2021/03/1614748669_170_Resepi-Biskut-Maamoul-Paling-Menyelerakan.jpgResepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.Kredit resepi: AJ Idris

KIM.K Publish time 4-3-2021 09:42 PM

Tak pernah lak aku makan
Abang angkat aku dulu yemeni selalu buat pai kurma

Manjee62 Publish time 16-3-2021 08:00 AM

Dulu masa beli biskut ni di Mekah tak tahu nama dia. Jenuh google nak cari kat mana biskut tu kat sini. Sedap.

ayukpingu Publish time 16-3-2021 09:59 AM

nanti cubahttps://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/67.gif

Entahlah.Babe Publish time 16-3-2021 10:13 AM

mak ai sedapnya. Thanks for the recipe

yssej16 Publish time 17-3-2021 03:35 PM

boleh cuba ni {:thumbo

Misschili Publish time 17-3-2021 11:51 PM

thnks for sharing this recipe

Misschili Publish time 17-3-2021 11:52 PM

looks so yummy

makankuihku Publish time 18-3-2021 12:30 AM

feveret saye ., tq

kuchibambam Publish time 19-3-2021 10:33 PM

nak beli mn..malas nak buat

Guli Publish time 30-4-2021 08:12 PM

Tq share resepi

Guli Publish time 30-4-2021 08:12 PM

Nampak sedap :loveliness:

Guli Publish time 30-4-2021 08:13 PM

Kalau orang Jual ,terus beli la.

awaeal Publish time 26-9-2021 10:22 PM

good
شركة تعقيم بجازان

شركة تعقيم خزانات بجازان
شركة رش دفان بجازان
شركة تنظيف خزانات بجازان

شركة مكافحة حشرات بجازان

شركة تنظيف منازل بجازان

شركة تنظيف مساجد بجازان
Pages: [1]
View full version: Resepi Biskut Maamoul Paling Menyelerakan


ADVERTISEMENT