piao Publish time 4-3-2021 05:54 PM

Porsche 911 Gunther Werks terbaharu dengan warna Irish Green, ibarat kereta untu

Porsche 911 Gunther Werks terbaharu dengan warna Irish Green, ibarat kereta untuk Hulk

Gunther Werks telah mendedahkan satu lagi Porsche 911 kustom dari generasi 993. Mereka menamakannya Irish Green Commission kali ini, dan mudah untuk kita lihat kenapa ia mendapat nama itu.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/gunther-werks-porsche-911-irish-green-08-696x392.jpg

Warna Irish Green itu sangat cantik dan padan dengan lengkuk dan garisan-garisan badan 911, terutama pada fender belakang yang lebar.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/gunther-werks-porsche-911-irish-green-07-696x392.jpg

Gunther Werks meninggalkan sebahagian kawasan panel gentian karbon tidak dicat, dan menjadikannya sepasang stripe pada hud dan bumbungnya. Melengkapkan gaya ringkasnya adalah stripe keemasan pada bahagian sisi, serta rim lima cabang dengan warna sama.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/gunther-werks-porsche-911-irish-green-09-696x392.jpg

Di dalam, terdapat gabungan kulit keperangan dan Alcantara hitam, serta gentian karbon merata-rata.

Unit ini merupakan spesifikasi Touring yang diberikan kusyen kulit lebih tebal dan penebat bunyi tambahan. Jadi spesifikasi ini lebih selesa untuk pemanduan sporti dan tidak terlalu fokus untuk prestasi di litar.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/gunther-werks-porsche-911-irish-green-01-696x392.jpg

Kuasa dibekalkan oleh enjin 4.0-liter flat-six dari Rothsport Racing yang menjana 435hp dan 454Nm tork.

Beberapa talaan prestasi adalah brek Brembo, suspensi Eisenlohr Racing dan JRZ Suspension Engineering. Unit suspensi juga menggunakan komponen anodized berwarna hijau untuk sentuhan tambahan.

https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2021/03/gunther-werks-porsche-911-irish-green-03-696x392.jpg

Unit Irish Green Commission ini adalah sebahagian dari program 993 Remastered oleh Gunther Werks, terhad kepada 25 kereta sahaja.

Firma dari Huntington Beach, California ini mula mendedahkan 911 generasi 993 mereka pada acara Monterey Car Week 2018 dengan badan gentian karbon sepenuhnya.

Sumber:https://www.motoqar.com

nowhite Publish time 4-3-2021 06:36 PM

Erm..hijau
Pages: [1]
View full version: Porsche 911 Gunther Werks terbaharu dengan warna Irish Green, ibarat kereta untu


ADVERTISEMENT